Home Entertainment 7 Filem Seram Komedi, Dalam Ngeri Ada Lucunya

7 Filem Seram Komedi, Dalam Ngeri Ada Lucunya

0

Filem komedi dan seram memang genre yang saling bertentangan. Namun, tahukah anda, kombinasi antara dua genre yang jauh beza ini dapat mencipta sebuah filem yang unik dan genius.

Sebuah filem yang menyajikan kengerian ala-ala filem seram yang dibuat dengan jenaka dan adegan ringan yang menyegarkan sehingga penonton tidak begitu ketakutan.

Genre ini dipopularkan oleh francais klasik Evil Dead. Melihat kejayaan siri filem tersebut, akhirnya banyak pembikin filem yang mula mengusung genre ini.

Berikut ini adalah lima buah filem seram komedi terbaik yang boleh anda jadikan permulaan untuk menjelajahi filem-filem genre unik ini!

 

1. Zombieland (2009)

5312571e 56ca 4b35 b6f3 d90ba6b8ddb4
Seperti dalam filem yang bertemakan zombie yang lain. Zombieland (2009) berlatar di dunia post-apocalyptic di mana bumi telah dikuasai oleh wabak Zombie. Namun, filem ini tidak menjual suspens dari proses bertahan hidup di dunia Zombie tapi malahan lebih fokus kepada unsur komedi. Filem ini memiliki banyak Komedi Slapstick yang menghiburkan. Filem ini benar-benar menangkap stereotip tentang Amerika jika terjadi Kiamat Zombie.

Filem seram komedi ini menceritakan tentang mutasi dari wabak lembu gila yang mengubah manusia menjadi Zombie. Watak utama Columbus (Jesse Eisenberg) dan rakan setianya Tallahassee (Woody Harrelson) perlu mengembara menjelajahi benua Amerika yang telah dikuasai oleh Zombie. Dalam filem ini Columbus selalu membuat peraturan tidak masuk akal untuk bertahan hidup yang menjadi bahan jenaka utama.

 

2. Tucker and Dale vs Evil (2010)

76f97c96 192f 42ab b605 87fac3ed5b51
Filem seram komedi seterusnya ini, yang dilancarkan lebih dari satu dekad yang lalu ini dikenali dengan komedi gelapnya. Filem ini menceritakan tentang sepasang gelandangan bernama Tucker McGee (Alan Tudyk) dan Dale Dobson (Tyler Labine) yang dianggap sebagai dua pembunuh psikopat oleh gerombolan pelajar yang sedang bercuti di hutan tempat mereka bermukim. Filem seram yang dibaluti komedi ini adalah sebuah contoh bahawa salah faham boleh membawa maut.

 

3. Army of Darkness (1992)

60c6fa66 822c 4ee8 b2b2 e92b0a10cf07
Army of Darkness (1992) adalah filem seram seram komedi fantasi yang dihiasi komedi dari Universal Pictures. Filem ini merupakan sekuel ketiga dari siri seram popular Evil Dead karya pengarah Sam Raimi. Kembali menceritakan Ash Williams (Bruce Campbell) yang kali ini terlempar ke abad pertengahan, Ash perlu berjuang melawan kumpulan mayat hidup untuk boleh kembali ke masa depan.
Francais Evil Dead memang salah satu filem seram komedi terbaik hingga waktu ini. Siri ketiga ini juga tidak kurang hebatnya dari siri yang lain.

 

4. Shaun of the Dead (2004)

1631221c a0d6 4f66 95ba 497ff890f5bb
Shaun of the Dead (2004) adalah filem seram komedi bertemakan Zombie yang menjadi filem pertama dari trilogi Three Flavours Cornetto ciptaan Edgar Wright. Sebelum akhirnya disusuli oleh Hot Fuzz (2007) dan The World’s End (2013) sebagai sekuel standalone tanpa ada hubungan antara filemnya. Filem ini mengubah suasana kiamat Zombie yang mencengkam menjadi sebuah drama komedi yang jenaka.

Menceritakan tentang Perjuangan seorang pekerja kedai elektronik bernama Shaun (Simon Pegg) yang perlu melindungi kekasih dan ibunya dari serangan Zombie yang sedang melanda London. Filem komedi seram ini cukup popular hingga mendapat adaptasi komik oleh penerbit IDW Publishing dalam 4 edisi mini siri yang dilancarkan pada tahun 2005.

 

5. Ready or Not (2019)

63ec6926 f25c 4242 a1b6 a9bf316d61ec
Apa akan terjadi jika filem bergenre seram slasher digabungkan dengan komedi? Hasilnya adalah filem seram komedi gelap yang brutal namun menghiburkan. Tema ini dibawa dalam filem Ready or Not (2019) karya Guy Busick dan R. Christopher Murphy.
Grace (Samara Weaving) adalah gadis muda naif yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Alex (Mark O’Brien) dari keluarga besar Le Domases. Pada malam pertama mereka Grace perlu menyertai tradisi keluarga Le Domases untuk bermain permainan sorok-sorok. Melangnya, permainan tersebut menjadi sebuah pemburuan maut dan Grace perlu bertahan hidup dengan bersembunyi dari seluruh ahli keluarga baru yang cuba membunuhnya.

 

6. What We Do in the Shadows (2014)

91b6a2e7 ade2 4294 83a8 46b508a86e7a
What We Do in the Shadows (2014) adalah filem mokumentari yang mengisahkan tentang empat vampire yang cubamenjalani hidup normal di dunia moden yang penuh dengan suka duka. Menyeimbangkan hidup normal dengan naluri mereka yang harus membunuh dan membunuh manusia di malam hari menjadi plot utama filem ini.
Jima anda sering menonton filem garapan dari pengarah Taika Waititi pasti sudah tidak asing dengan gaya komedi yang dibawanya. Walaupun filem ini bergenre seram namun anda bakal terhibur dengan komedi ala Taika Waititi yang unik. Filem ini menjadi salah satu filem seram komedi dengan rating paling tinggi di IMDB.

 

7. Haunted Mansion (2023)

Seram komedi
Haunted Mansion (2023) merupakan filem komedi seram yang baru sahaja ditayangkan di pawagam di seluruh dunia pada bulan Julai yang lalu. Filem dengan unsur fantasi ini mengisahkan tentang usaha Gabbie (Rosario Dawson) dan anaknya untuk mengusir hantu yang menghantui rumah agam yang baru mereka duduki. Gabbie lantas mengupah pasukan pemburu hantu yang dianggotai oleh pemandu pelancong, paranormal, pendeta dan seorang sejarawan untuk mengusir hantu yang mengganggu mereka.

Filem Ini termasuk sebagai salah satu filem keluaran Walt Disney Pictures. Terdapat banyak adegan jumpscare yang mengejutkan dalam filem ini. Tapi filem ini tidak mengandungi babak gore ataupun kekerasan yang berlebihan, jadi masih sangat sesuai untuk ditonton bersama anak-anak dan keluarga di rumah.

Filem bergenre seram komedi boleh menjadi alternatif buat anda yang ingin menonton filem seram tapi tidak cukup kuat dengan atmosfera seram yang mengerikan. Genre ini sangat popular dan masih banyak lagi pilihan yang boleh anda tonton.

Baca lagi: 7 Filem Asia Terbaik Sepanjang Zaman Berdasarkan Rating IMDb
Baca juga: 7 Filem Seram Angkat Isu Kemurungan Dan Kesihatan Mental