Home Movie Barat 7 Filem Thriller Menarik yang Boleh Anda Tonton di Netflix, Jarang Dibicarakan

7 Filem Thriller Menarik yang Boleh Anda Tonton di Netflix, Jarang Dibicarakan

0

Dalam banyak-banyak filem hit, Netflix juga menyajikan filem-filem thriller hebat yang tidak diketahui ramai. Filem-filem yang jarang dibicarakan tersebut secara kualiti memang tidak kurang hebatnya dengan filem hit yang lain.

Jalan cerita yang berkembang dan plot twist yang tidak terduga membuatkan filem-filem thriller di bawah ini berbaloi mendapat perhatian yang lebih dari para penonton.

 

1. Calibre (2018)

473cc0b8 2d12 4e29 8d2e 93049360d814

Filem thiller pertama yang merupakan ‘hidden gem’ di Netflix adalah Calibre. Filem ini fokus pada dua orang sahabat yang bernama Marcus dan Vaughn. Mereka memutuskan untuk pergi berburu rusa di Dataran Tinggi Skotlandia. Tidak ada yang aneh di tempat itu. Hingga suatu hari mereka tanpa sengaja menembak seorang anak kecil. Semasa cuba melarikan diri, mereka berhadapan dengan penduduk setempat.

 

2. The Hater (2020)

cb795c8d ddac 4ac0 9f34 033eddd67387

Kehidupan seorang Buzzer dirangkum dengan berkesan dalam filem thriller berjudul The Hater. Filem ini fokus pada pelajar jurusan undang-undang yang bernama Tomasz (Majiec Musialowski). Pemuda introvert itu diam-diam obses dengan keluarga Krasucki, keluarga kaya raya di bandar tempatnya tinggal. Semasa dia bekerja di sebuah agensi, dia menggunakan peluangnya untuk menjatuhkan reputasi Krasucki melalui hantaran kebencian di sosial media.

 

3. The Stranger (2022)

a933d459 2e39 4305 8ca7 cbea032f4881

Filem thriller berikutnya yang perlu anda tonton di Netflix adalah The Stranger. Filem ini menceritakan tentang seorang polis yang bernama Mark Frame. Dia terpaksa menyamar menjadi orang lain supaya suspek pembunuhan yang bernama Henry mengakui perbuatannya. Tidak berjaya, Mark terperangkap ke dalam ikatan hubungan yang dibangunkan oleh Henry, tanpa dia sedari sebenarnya Henry telah menipunya.

 

4. The Occupant (2020)

3c35d75b 13b8 4ea4 93db 7ad5643aefc3

Filem Sepanyol ini menceritakan tentang Javier, seorang eksekutif yang dipecat secara tiba-tiba. Javier sekeluarga terpaksa berpindah ke apartment yang lebih kecil. Merasa tidak dapat menerima kenyataan dengan kehidupan barunya, dia mula mengintai kehidupan keluarga baru yang mendiami apartment mewah lamanya.

 

5. 7 Prisoners (2021)

24f821d2 c80b 479b b236 a904481cb745

7 Prisoners merupakan filen thriller dari Brazil dengan premis yang unik. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang bernama Mateus yang berpindah ke bandar untuk bekerja demi menyara keluarganya. Malangnya, dia terperangkap dalam sistem penghambaan moden oleh majikannya, Luca. Dalam keadaan terhimpit, dia terpaksa memilih untuk memberontak atau tetap bekerja demi keluarganya di kampung.

 

6. Emily the Criminal (2022)

22279af0 70af 403a 85fc 51ab91b11734

Emily the Criminal adalah filem tayangan Netflix yang dipandang remeh. Bukan hanya jalan ceritanya sahaja yang membuatkan filem ini berbaloi ditonton, lakonan hebat Aubrey Plaza sebagai Emily membuatkan perasaan penonton tidak keruan.

Mengisahkan tentang Emily yang sukar mendapat pekerjaan kerana rekod jenayah yang dimilikinya. Dia menemui perniagaan kad kredit palsu yang membawanya ke dunia gelap bawah tanah yang mengerikan.

 

7. I Don’t Feel at Home in This World Anymore (2017)

Filem thriller

Filem ini fokus pada Ruth (Melanie Lynskey), jururawat yang sentimental terhadap dunia. Dia kerap mengalami perkara buruk hingga suatu ketika, rumahnya dimasuki pencuri. Selepas laporannya kepada pihak polis hanya sia-sia, Ruth memutuskan untuk mencari barang-barang yang dicurinya dengan bantuan Tony (Elijah Wood), jirannya.

Dalam banyak-banyak filem thriller yang popular di Netflix, tentu terdapat beberapa buah filem thriller yang bagus tapi tidak diketahui ramai bukan? Filem-filem thriller di atas ini sesuai untuk menemani anda di hujung minggu!

Baca lagi: 16 Drama Korea Tentang Dunia Perubatan dan Forensik, Pelbagai Cabaran dan Konflik
Baca juga: Filem Thriller Baru Korea “Sad Tropics” Tampilkan Pelakon-Pelakon Bintang, Kisah Balas Dendam

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here