Home Entertainment 7 Filem Thriller Terbaik, Plot Unik dan Mind Blowing

7 Filem Thriller Terbaik, Plot Unik dan Mind Blowing

0

Sesekali jika menonton filem thriller yang memainkan emosi, jiwa pasti terbawa-bawa dengan jalan cerita yang turun naik dan penuh misteri.

Bukan hanya membuatkan hati merasa cemas tetapi juga cukup membuatkan emosi naik turun! Ditambah dengan kemunculan hantu dan makhluk jahat, pasti ada yang merasa ngeri!

Berikut ini adalah senarai filem thriller buat anda yang sukakan sensasi seram dengan cerita yang unik dan mindblowing!

 

1. A Quite Place (2018)

Filem thriller

Bagi yang pernah menonton filem ini pasti setuju jika dikatakan filem ini turut sama membuatkan kita sama-sama terdiam dan tegang sepanjang filem ini berjalan. Rasanya hampir sama seperti mengalami apa yang dihadapi oleh para pelakon dalam filem tersebut. A Quiet Place menceritakan tentang makhluk yang menyerang manusia pada waktu mereka mengeluarkan suara. Sangat tegang!!

John Krasinski mendapat pujian berganda atas ketelitiannya mengarah filem ini. Bukan hanya itu, Krasinski juga sama-sama berlakon dalam filem ini bersama isterinya Emily Blunt. Filem ini juga sudah memiliki sekuel keduanya, A Quiet Place: Part II.

 

2. Don’t Breathe (2016)

c227737c baa3 4307 b291 a42feb904a4e

Don’t Breathe merupakan filem seram thriller yang diarahkan oleh Fede Alverez. Filem yang ditayangkan pada tahun 2016 ini menampilkan Jane Levy, Dylan Minnette, Daniel Zovatto, dan Stephan Lang.

Mengisahkan tentang tiga orang pencuri yang beraksi dengan menceroboh rumah seorang veteran tentera di senuah kejiranan yang ditinggalkan. Mereka terperangkap di dalam rumah, dan ternyata lelaki tua itu mampu mengesan lokasi mereka hanya dengan mendengar suara nafas dan gerakan.

 

3. Old (2021)

4aece982 b0ee 44f7 9b1b 17d55c44a4aeOld merupakan filem seram thriller yang diadaptasi dari novel grafik Sandcastle karya Pierre Oscar Levy dan Frederik Peeters.
Filem ini dibintangi oleh Gael García Bernal, Vicky Krieps, Eliza Scanlen, Thomasin McKenzie, Alex Wolff, Abbey Lee dan Aaron Pierre.

Filem garapan M. Night Shyamalan ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sedang bercuti di sebuah pantai terpencil.
Tiba-tiba tempat mereka bersantai selama beberapa jam telah menyebabkan mereka menjadi tua dengan cepat.

 

4. Death on the Nile (2022)

e35fa516 9c5a 4d10 a78c a75027542739

Death on the Nile merupakan filem thriller penuh misteri garapan Kenneth Branagh yang berasaskan novel tahun 1937 dengan judul yang sama karya Agatha Christie , dan adaptasi layar perak kedua dari novel Christie, selepas filem tahun 1978.

Filem yang dibintangi oleh Gal Gadot ini diangkat mengisahkan seorang detektif yang bernama Hercule Poirot yang sedang bercuti di atas sebuah kapal wap mewah. Namun semuanya berubah menjadi sebuah pencarian menakutkan dan memburu seorang pembunuh apabila pasangan yang sedang bulan madu ditemui mati dibunuh.

 

5. Last Night In Soho (2021)

118942a6 6c95 4292 a1b6 9cd918350a5fLast Night in Soho adalah sebuah filem seram thriller yang dicipta dari karya Wright yang diarahkan oleh dirinya sendiri. Filem ini dibintangi oleh Anya Taylor-Joy, Thomasin McKenzie, Matt Smith, Diana Rigg, dan Terence Stamp

Filem yang bergenre seram psikologikal ini menceritakan tentang seorang pereka fesyen yang secara misteri telah memasuki tahun 1960-an, di mana dia bertemu dengan seorang penyanyi yang sangat mempesona. Namun, segala kegemilangan tahun 60-an tidak sama seperti apa yang kelihatan, dan semuanya berakhir menjadi semakin seram dan mengerikan.

 

6. Us (2019)

0e06b2c5 b807 4d3d b031 7eaaed5975b2Us (2019) menjadi karya Jordan Peele yang paling ikonik. Sebuah keluarga diserang oleh keluarga lain yang ternyata merupakan jelmaan mereka sendiri (doppelgangers). Seram!

Us adalah filem seram dari Amerika Syarikat yang ditayangkan pada tahun 2019 yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Jordan Pele. Filem ini dibintangi Lupita Nyong’o, Winston Duke, Shahadi Wright Joseph, Evan Alex, Elisabeth Moss, dan Tim Heidecker.

 

 

7. Deep Water (2020)

3fb03897 d4b6 4dc2 9f1a 8dea52e55668Deep Water merupakan filem thriller psikologikal yang dibuat berdasarkan novel tahun 1957 bertajuk sama karya Patricia Highsmith. Filem ini diarahkan oleh Adrian Lyne dengan menampilkan Ben Affleck dan Ana de Armas, Tracy Letts, Lil Rel Howery, Dash Mihok, Finn Wittrock, Kristen Connolly dan Jacob Elorditampil.

Mengisahkan tentang seorang suami kaya yang membiarkan isterinya berlaku curang untuk mengelak penceraian. Namun semua teman lelaki isterinya itu berakhir mati dengan tragik.

Manakan filem thriller yang menjadi pilihan anda? Filem yang membuatkan para penonton merasa cemas?

Baca lagi: 10 Filem Terbaik Berlatarkan Lautan
Baca juga: 10 Filem Seram Sains Fiksyen Seperti ‘M3GAN’