Home Artis Korea 7 foto Ma Dong Seok beraksi cute, lain dari kebiasaan

7 foto Ma Dong Seok beraksi cute, lain dari kebiasaan

0

Ma Dong Seok adalah pelakon senior Korea Selatan yang semakin lama semakin dipandang di mata dunia

Pelakon ini mengejutkan semua peminat dan dia berjaya meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri apabila terpilih untuk masuk berlakon dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), The Eternals.

Dikenal memiliki badan sasa dan sudah terbiasa membawa karakter yang garang dan ganas dalam dunia seni lakon, siapa sangka pelakon lelaki yang berasal dari Korea Selatan iaitu Ma Dong Seok memiliki karakter yang berbeza di belakang tabir!

Pelakon ini mempamerkan sisi lain dirinya yang manis dan menghiburkan melalui pose (gaya) unik yang tidak disangka-sangka di akaun media sosial miliknya, jom sama-sama kita lihat 7 gambar comel seperti keanak-anakan dari pelakon terkenal Ma Dong Seok berikut ini!

24a523ef afcb 45ea a2e3 4a4ac8ba4a821. Biasa tampil dalam filem aksi yang penuh dengan adegan pertarungan, nampaknya tidak membuat Ma Dong Seok kekok untuk bergaya santai dan comel seperti idol KPOP

426f17ee 662d 4927 a079 c34efa0526cf2. Mengenakan aksesori yang comel seperti cekak beruang dan kacamata berbentuk hati, Ma Dong Seok tidak segan-segan berkongsi gaya comelnya bersama pelakon lelaki terkenal Lee Joon Hyuk

32e40c50 81c5 46c1 b2f9 a50e680a07043. Nampak tersenyum lebar bersama belon bentuk beruang, Ma Dong Seok mengucapkan rasa terima kasihnya sewaktu filem terbarunya mencapai 8 juta penonton

ca1c90f2 af9a 4ea0 81ef cb466850de124. Pernah membawa karakter bos mafia, siapa sangka pelakon yang kini sudah berusia 52 tahun ini mempunyai ‘bestie’ yang merupakan sebuah patung Garfield?

43743ba1 69ce 4b57 95b6 baf14b583d3b5. Sambil memeluk patung Garfield yang berukuran agak besar, Ma Dong Seok dengan penuh ekspresi meniru ekspresi mengantuk patung garfield tersebut

Ma dong seok6. Adakah ini definisi untuk mempunyai tubuh sasa namun berhati Garfield? Sepertinya nampak ganas tapi dalam hati ada taman!

Ma dong sok7. Ma Dong Seok juga berkongsi gambar dia dengan gaya yang unik dalam set penggambaran filem terbarunya iaitu ‘The Roundup : No Way Out’

Penampilan dan wataknya yang begitu meyakinkan dalam setiap filem aksi yang dilakonkan olehnya, ternyata tidak membuat pelakon popular Ma Dong Seok kehilangan sisi lawak jenakanya. Ternyata pelakon yang juga dikenali dengan nama Don Lee ini turut memiliki sisi yang comel yang turut menghiburkan!

Baca lagi: Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM
Baca juga: 10 Filem Kanak-Kanak Dengan Kisah Yang Gelap