7 Foto Myung Se Bin yang sangat gemar menggubah bunga
Myung Se Bin sedang mencuri perhatian ramai penonton kerana pelakon wanita ini membintangi drama siri popular Doctor Cha (2023).
Dalam drama arahan Netflix tersebut, Myung Se Bin dipilih untuk membawa watak sebagai Choi Seung Hi, iaitu perempuan simpanan suami kepada Cha Jeong Suk.
Dalam dunia nyata, ternyata artis dengan senyuman manis ini sangat berbakat dalam bidang lain iaitu dunia gubahan bunga.
Jom kita lihat sama-sama foto Myung Se Bin sewaktu melakukan aktiviti kesukaannya iaitu menggubah bunga!
1. Selain sangat berbakat dalam bidang lakonan, ternyata si wajah manis ini juga mempunyai hobi lain iaitu menggubah bunga
2. Demi hobinya yang satu ini, dia mengikuti kelas gubahan bunga di Piverdiere Korea yang merupakan pakar dalam bidang kesenian bunga dan sekolah perniagaan
3. Sebelum menggubah bunga, Se Bin dan peserta lain mengikuti bermacam jenis kelas seperti kelas melakar dan melukis bunga
4. Wanita genit ini juga sering berkongsi pelbagai bunga cantik gubanhannya melalui laman Instagram @sebin_flowers
5. Hobi yang diminati oleh pembawa watak Choi Seung Hi ini telah dibuat secara bersungguh-sungguh sejak tahun 2021 lagi. Tidak hairanlah jika sekarang hasil gubahannya selalu dipuji oleh para peminat
6. Bukan sahaja pandai menggubah dalam bentuk bouquet (jambangan), kadang-kadang Myung Se Bin juga membuat mahkota dan juga kalungan dari bunga-bungaan. Sangat indah sekali!
7. Selain hobi menggubah bunga, Myung Se Bin juga selalu keluar bersama-sama orang-orang yang terdekat dengannya. Pelakon wanita ini juga gemar melancong dan mengembara ke luar negara
Myung Se Bin dilahirkan pada 10 April 1975 dan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang peguam yang bernama Gang Ho Sung di Sheraton Walkerhill Hotel pada 17 Ogos 2007. Walau bagaimanapun pasangan ini bercerai lima bulan kemudian pada bulan Januari 2008.
Pelakon berbakat besar ini pernah membintangi beberapa drama siri popular Korea Selatan selain Doctor Cha (2023) iaitu Kill Me, Heal Me (2015), First Love Again (2017), Bossam: Steal the Fate (2021) dan banyak lagi.
Jika dalam drama siri Doctor Cha, Choi Seung Hi hobinya sangat suka bermain golf dan melancong bersama Seo In Ho, hobi Myung Se Bin dalam dunia nyata ternyata lebih manis dan tampak penuh kewanitaan bukan?
Baca Lagi: Doctor Cha: 6 Mangsa Kecurangan Dr Seo & Dr Choi
Baca Juga: Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas