Home Artis Korea 7 Foto “Pre-Wedding” Choi Han Bit, Artis Transgender Korea

7 Foto “Pre-Wedding” Choi Han Bit, Artis Transgender Korea

0

Choi Han Bit merupakan pelakon, model, dan penyanyi yang berasal dari Korea Selatan.

Choi Han Bit merupakan seorang artis transgender Korea Selatan, mengumumkan melalui akaun Instagram peribadi miliknya pada 13 Jun 2023 bahawa dia akan mendirikan rumah tangga pada 18 Jun yang akan datang. Segala persiapan sudah dilakukan, termasuk sesi penggambar prewedding (pra perkahwinan).

IMG 1003

Dia merupakan ahli kumpulan girl group Korea yang dikenali sebagai Mercury. Artis transgender ini merupakan graduan lepasan Korean National University of Arts di Seoul dengan major dalam bidang tarian tradisional Korea.

Dengan dorongan dan sokongan kuat kedua ibu bapanya, Choi Han Bit menjalani pembedahan pertukaran jantina dari lelaki ke wanita pada tahun 2016 dan menukar namanya kepada nama perempuan yang digunakan kini iaitu Han Bit. Choi Han Bit secara sah mengikut undang-undang telah diiktiraf sebagai sorang wanita di negara Korea Selatan.

Dalam gambar prewedding pasangan ini, Choi Han Bit dan kekasih hatinya memilih konsep mewah dan elegan seperti golongan bangsawan.

Berikut ini merupakan beberapa gambar yang telah dikongsikan oleh Choi Han Bit, jom sama-sama kita lihat:

7088ea57 d94b 4286 8125 c1df6faefeca1. Dalam gambar ini, Choi Han Bit bergaya membelakangi kamera dengan gaun putih elegan yang terjuntai di lantai

Choi Han Bit2. Dia dan kekasih hatinya juga bergambar dengan gaya mesra dengan saling berpegangan tangan

6a6762f2 3679 49bc a36f 9d309b9caa963. Kesan romantik juga ditunjukkan melalui adegan mesra yang diabadikan di tengah-tengah ruangan penuh kemegahan

def52c21 f69d 42ea b55e 607ce485b74e4. Choi Han-bit juga bergaya dengan duduk di tangga, membiarkan gaunnya yang mewah menjuntai sambil memegang jambangan bunga

d38e4e67 616b 4244 b087 d30baed2f3005. Dalam gambar ini, Choi Han-bit nampak tersipu malu sewaktu kekasih hati berlutut di hadapannya

563f9de7 d275 4531 99ef 3c51878cbc766. Choi Han-bit bergaya anggun dengan gaun pink lembut

043ae1dd b04c 4d4a 8c43 dc05f50a85f87. Dengan menggunakan tiara dan veil perkahwinan, aura Choi Han-bit sudah benar-benar nampak seperti wanita sebenar walaupun ternyata dia asalnya adalah seorang lelaki!

Nampaknya khabar perkahwinan ini dibanjiri dengan banyak doa daripada para pengikutnya di laman Instagram. Gambar-gambar pre-wedding yang dikongsikan tampak mewah dan elegan.

Baca lagi: Yoo Ah In Disyaki Mengambil 2 Lagi Jenis Dadah

Baca juga: 100 Pelakon Lelaki Korea Paling Kacak