Negara Itali merupakan salah sebuah negara di Benua Eropah yang mempunyai tarikan tersendiri dan mempunyai banyak sekali tempat indah dan menarik.
Oleh sebab itu, negara Itali sering kali menjadi tumpuan dan menjadi pilihan kebanyakan artis dan selebriti India untuk tujuan peribadi mereka.
Tidak mengejutkan apabila ramai bintang dari India yang melangsungkan upacara hari bahagia dan istimewa mereka di negara Itali. Dari nama-nama besar seperti Varun Tej hingga Anushka Sharma, berikut ini adalah selebriti-selebriti India yang melangsungkan hari bahagia mereka di negara Itali.
Siapakah bintang India tersebut? Jom sama-sama kita lihat:
1. Bintang filem terkenal India iaitu Deepika Padukone dan Ranveer Singh sangat bahagia hingga kini dan perkahwinan mereka telah berlangsung pada 14 November 2018 di Danau Como, Itali. Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan sangat baik
2. Isha Ambani yang merupakan anak kepada billionaire India telah bertunang dengan Anand Piramal pada 21 September 2018 di Danau Como, Itali
3. Dihadiri oleh bintang filem Telugu, Ram Charan, perkahwinan antara Varun Tej dan Lavanya Tripathi berlangsung dengan gemilang pada 1 November 2023 di Toskana, Itali
4. Kenangan manis disunting oleh Virat Kohli pada 11 Disember 2017 di Itali, Anushka Sharma sangat memukau dan menawan dalam balutan lehenga Sabyasachi yang serba mewah
5. Surveen Chawla dan Akshay Thakker juga memilih negara Itali sebagai lokasi perkahwinan mereka dan mereka sangat berpuas hati dengan pilihan tersebut
6. Keindahan Toskana, Itali menjadi saksi kepada perkahwinan romantik dan penuh makna antara Neha Bhasin dan Sameer Uddin pada 23 Oktober 2016. Dihadiri ramai selebriti
7. Tidak ketinggalan, bintang filem kesayangan ramai yang mula mencipta nama pada tahun 90-an iaitu Rani Mukerji juga telah melangsungkan hari paling bahagia dalam hidupnya di negara Itali
Selebriti dari negara India yang tersenarai di atas nampaknya seperti sangat terinspirasi dengan keindahan negara Itali sehingga mereka mengadakan acara istimewa dan penting dalam hidup mereka di negara tersebut. Adakah anda berminat untuk mengikuti jejak langkah mereka?