Bintang Idol KPop kadang-kadang menjadi sasaran kemarahan bagi agensi yang menaungi mereka apabila mereka dianggap melanggar peraturan dan sekiranya bakat mereka tidak meningkat. Perkara itu paling kerap dirasakan oleh bintang Kpop ini sewaktu masih bergelar trainee. Walaupun demikian, mereka tetap berusaha menerima segala teguran dan amukan dengan berlapang dada demi masa depan mereka sendiri.
Berikut ini merupakan beberapa orang bintang idol Kpop wanita yang menjadi sasaran kemarahan dari pihak agensi mereka. Mereka berusaha menjadi bakat baru yang lebih baik dengan menurut segala kemahuan pihak agensi supaya kejadian serupa tidak berulang lagi.
Jom sama-sama kita baca artikel ini untuk mengetahui alasan dan sebab yang membuatkan idol Kpop ini dimarahi!
1. Sunmi dimarahi dan diberi amaran oleh J.Y Park sewaktu dia sukar untuk fokus dalam sesi rakaman selepas selesai berlatih kembali di JYP Entertainment untuk mempersiapkan debut solonya
2. BoA merasa tubuhnya menjadi semakin pendek kerana disuruh diet dan dimarahi SM Entertainment jika dia membantah sewaktu masih berusia 14 tahun di masa latihannya sebagai trainee
3. Yuri dan Hyoyeon SNSD sering dimarahi kerana mereka selalu lupa lirik lagu setiap kali penilaian bulanan semasa latihan trainee. Nampaknya persamaan mereka berdua itu membuatkan mereka semakin rapat
4. Soyou bekas anggota kumpulan SISTAR dimarahi Starship Entertainment kerana berat badannya dianggap tidak ideal. Dia dikatakan tertekan kerana disuruh untuk melakukan diet yang ketat dan sering menangis sendirian semasa latihan trainee dahulu
5. Jihyo TWICE dan kumpulannya dimarahi kerana gagal menunjukkan penampilan terbaik dalam Sixteen.
6. YG Entertainment memarahi Sandara Park yang tertangkap menjalin hubungan cinta sewaktu masih bergelar trainee. Dia seterusnya menurut peraturan dan memutuskan hubungan cintanya
7. Wendy Red Velvet merasa bersalah kerana sering melampiaskan rasa kecewa kepada ibunya. Sebab utama adalah kerana dia selalu dimarahi dan disuruh untuk melakukan diet ketat oleh agensinya
Walaupun harus bersabar menerima kemarahan dari pihak agensi, bintang idol KPop di atas sebaik mungkin bertahan dalam masa latihan mereka. Kesabaran dan kerja keras tanpa henti mereka pada masa bergelar trainee dahulu berjaya membantu mereka membawa kejayaan pada hari ini.