Drama Korea baharu di Coupang Play “Hide”, dibintangi oleh Lee Bo Young telah pun menayangkan episod perdananya pada 23 Mac 2024. Selain Lee Bo Young, drama menarik ini turut menampilkan Lee Moo Saeng, Lee Chung Ah, dan Lee Min Jae sebagai pelakon utama.
Drama Korea terbaru “Hide” menyoroti kisah penuh misteri tentang hidup Na Moon Young (Lee Bo Young). Na Moon Young adalah seorang bekas pendakwa raya yang kini bekerja sebagai seorang peguam. Pada awalnya hidup wanita ini berjalan dengan sangat baik, namun kematian mengejutkan Cha Sung Jae (Lee Mu Seong) iaitu suaminya, telah menarik ingatannya kembali tentang kematian misteri mendiang ayahnya.
Sejak awal lagi, hidup Na Moon Young (Lee Bo Young) memang selalu terpalit banyak kejadian pelik dan aneh. Perkara ini membuatnya sangat menderita sejak kecil. Bukan hanya ditinggalkan secara tiba-tiba, berikut ini adalah 7 penderitaan dan kesengsaraan hidup Na Moon Young (Lee Bo Young) dalam drama Korea Hide. Jom kita lihat!
1. Na Moon Young membesar dengan asuhan dan jagaan seorang bapa tunggal. Dia hanya hidup berdua dengan Na Seok Jin (Oh Gwang Rok), iaitu ayahnya
2. Malangnya ayahnya itu selalu dibebani hutang yang sangat banyak. Perkara ini membuatkannya selalu turut sama melarikan diri bersama ayahnya untuk menghindari lintah darat
3. Lebih mengejutkan, ayahnya meninggal dunia secara misteri selepas berbual dan bercakap dengan kawan lamanya. Dia tidak sempat mengucapkan salam perpisahan
4. Sejak insiden itu, Na Moon Young mempunyai trauma yang membuatnya takut jika ditinggalkan secara tiba-tiba
5. Malangnya perkara yang sama kembali terjadi lagi. Sung Jae menghilang secara misteri selama lebih dari 24 jam tanpa meninggalkan tanda-tanda dan sebarang kesan
6. Selepas itu, Cha Sung Jae telah disahkan sebagai mangsa kemalangan jalan raya. Kes yang membabitkan Cha Sung Jae ditutup sebagai kes cubaan bunuh diri
7. Sung Jae rupa-rupanya meninggal dunia dengan meninggalkan bebanan hutang pinjaman sebanyak 4.5 billion won. Perkara ini membuatkan Moon Young pula yang terpaksa melunaskan hutang-hutang tersebut
Tidak berhenti di situ, Na Moon Young juga perlu membongkar rahsia di sebalik kes yang terakhir yang suaminya itu tangani. Selepas rentetan penderitaan itu, Na Moon Young juga perlu menerima hakikat bahawa suaminya tidak sebaik yang disangkakan selama ini. Cha Sung Jae nampaknya seolah-olah terlibat dalam sebuah kegiatan jenayah yang besar. Apakah yang akan terjadi seterusnya?