Kdrama siri yang dilancarkan pada tahun 2023 ini setakat ini telah berjaya menampilkan pelbagai macam genre, bermula dari thriller, romantik, komedi, keluarga, hingga genre makjang yang berjaya mencuri perhatian ramai.
Kali ini kita kan fokus kepada Kdrama siri yang bertemakan kekeluargaan yang tidak hanya menyajikan kehangatan dan kasih sayang keluarga, tetapi juga mengangkat bermacam-macam konflik yang tidak pernah ada penyudahnya.
Kdrama siri dengan tema kekeluargaan juga mempunyai ramai golongan peminatnya, lebih-lebih lagi jika permasalahan yang diangkat dalam jalan cerita sangat berkait dengan kehidupan pada masa kini.
Jika anda merupakan salah seorang peminat genre seperti ini, anda wajib menonton tujuh Kdrama siri 2023 yang kami senaraikan di bawah ini, jom sama-sama kita lihat:
1. Selain fokus dengan tema thriller dan pengembaraan waktu, My Perfect Stranger turut mengangkat kisah kekeluargaaan dua watak utama siri ini dan kisah mengenai keluarga mereka mengandungi sangat banyak pengajaran berharga untuk dijadikan pedoman. Dibintangi Kim Dong-wook dan Jin Ki-joo
2. Crash Course in Romance menyajikan kisah beberapa buah keluarga dengan masalah mereka masing-masing, ada keluarga yang sangat harmoni dan ada juga yang sebaliknya
3. Call It Love mengusung kisah sebuah keluarga yang menderita dan memendam trauma selama bertahun-tahun akibat perbuatan curang yang dilakukan oleh ayah mereka
4. Tidak hairanlah jika The Good Bad Mother sangat trending dan sering dibicarakan. Drama siri ini mengangkat kisah konflik keluarga yang berjaya membuatkan para penonton geram dan juga sedih hiba dengan cubaan hidup setiap watak yang ditonjolkan
5. Doctor Cha menyajikan kisah tentang masalah keluarga dan kecurangan yang memang sangat berkaitan dengan keadaan masyarakat waktu ini
6. Payback: Money And Power adalah sebuah drama siri tentang balasan dendam pasangan adik beradik kepada penguasa keji yang telah menghancurkan keluarga mereka
7. Oasis menceritakan tentang kehidupan dua buah keluarga dengan status sosial yang berbeza. Perbezaan status inilah yang menjadi masalah sewaktu anak mereka kian menginjak ke usia dewasa
Kdrama siri tentang kekeluargaan yang disajikan pada tahun 2023 ini memang menyampaikan banyak pesanan dan pengajaran berharga buat para penonton. Bermula dari menghargai saat bersama keluarga tercinta hingga bagaimanakah cara menghadapi masalah bersama keluarga.
Daripada semua tujuh Kdrama siri yang tersenarai di atas, Kdrama manakah yang paling menyentuh perasaan mengenai kisah keluarga? Anda suka yang mana?
Baca Lagi: 5 Kdrama Paling Popular Sepanjang Mei 2023
Baca Juga: 10 Idol KPop Bakal Menggegar Jun Ini