Home Entertainment 7 Kdrama Bukan Romantik 2023, Rating Tertinggi

7 Kdrama Bukan Romantik 2023, Rating Tertinggi

0

Adakah anda mahu berehat sebentar dari menonton Kdrama yang banyak menampilkan adegan romantik dan mencari drama siri yang boleh membuat adrenalin anda naik?

Ternyata bukan hanya kdrama romantik yang berjaya mencatat rating tinggi pada tahun ini, beberapa kdrama genre bukan romantik juga terpilih sebagai kdrama kegemaran ramai dan yang berjaya mencuri hati para penonton.

Jalan cerita yang mencemaskan dan menegangkan yang disusun begitu rapi dengan plot twist yang mengejutkan menjadikan beberapa buah drama siri Korea Selatan genre bukan romantik ini mencapai rating tinggi dan paling banyak dibicarakan. Jom kita lihat senarai di bawah ini:

 

Kdrama
1. Meneruskan kisah balas dendam terhadap berbagai kes yang diangkat dari kisah benar. Taxi Driver 2 berjaya meraih rating hingga 21 peratus.

Taxi Driver 2 adalah Kdrama yang sering ditunggu-tunggu setiap episodnya. Jika Taxi Driver musim pertama menampilkan sebahagian besar misi balas dendam secara solo oleh Do Gi (dilakonkan oleh Lee Je-hoon), Musim ke-2 ini menonjolkan lebih banyak kerja sama antara anggota pasukan dan penyertaan dari anggota kumpulan Rainbow Taxi.

270defbe 006e 4fc5 8e28 4e2f4adbe61a
2. Bloodhounds juga berjaya merebut perhatian penonton dengan kisah balas dendam seorang atlet tinju hingga mencapai TOP 10 Global di Netflix.

Bloodhounds (2023) mendapat tempat kedua untuk kategori Drama TV Teratas di Netflix. Tempat kedua ini bertahan setelah dua minggu dramanya rasmi ditayangkan! Dalam drama tersebut, penonton akan disajikan adegan pertarungan hingga aksi berdarah Park Sung Woong.

 

dfacb7cc 10c7 492d b95e ff11bdcc3809
3. Beralih ke tema seram, Revenant menjadi pilihan tontonan segar dengan plot twist terbaik hingga boleh mencapai rating 10.6 peratus.

Ditayangkan bermula 23 Jun lalu, Revenant menampilkan lakonan hebat oleh Kim Tae-ri, Oh Jung-se dan Hong Kyung dengan menceritakan tentang seorang wanita yang dirasuk roh jahat dari zaman Joseon.

 

a156eb44 306d 4884 aba2 15603192dd00
4. Sangat kerap dibincangkan, Bitch X Rich dengan tema buli dan perselisihan faham di sekolah elit memang paling menarik untuk ditonton.

 

00c4adf6 6ce3 4626 8d30 894d6db32ad8
5. Mengajak penonton melihat kehidupan di dunia distopia masa depan, Black Knight menjadi Top 10 Global Netflix dalam 3 hari penayangannya.

 

8c5f7d6d 2699 451a a73a efbabe56200f
6. Duty After School menjadi drama sekolah dengan tema makhluk asing paling mendebarkan. Ratingnya juga mencapai 9.51 peratus.

 

a6bd2a57 a2fa 4fba 823e 8a924d7ba068 1

7. Mengangkat kisah pertarungan politik yang menegangkan dan elegan, Queenmaker menjadi viral di Netflix.

Bersiap sedia adrenalin dan minda yang fokus untuk berfikir dan berteka-teki dengan jalan cerita yang ditampilkan. Bermula dengan genre mahluk mengerikan di sekolah hingga balas dendam berbagai latar belakang, selamat menonton!

Baca lagi: 3 Filem Perang “Underrated” Berdasarkan Kejadian Sebenar
Baca juga: Battle for Happiness Berakhir dengan Rating Penonton Tertingginya