Memasuki bulan September tahun 2023 ini, terdapat banyak Kdrama siri dan filem Korea baru yang bakal ditayangkan untuk peminat-peminat setia.
Pada bulan ini, juga terdapat ramai artis terkenal dan ternama Korea Selatan yang membuat comeback di kaca TV dan juga layar perak. Mereka akan mempersembahkan pelbagai watak baru yang lain dari kebiasaan dan bakal memukau hati para penonton.
Dalam banyak-banyak Kdrama siri dan filem yang bakal ditayangkan, ada tujuh Kdrama dan juga filem Korea Selatan yang menggunakan latar waktu pada masa dahulu. Terdapat cerita yang berkaitan dengan pengembaraan masa, tetapi ada juga cerita yang menggambarkan suasana di masa lampau yang sesuai dengan topik yang diangkat dan dipersembahkan.
Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini!
1. Ditayangkan pada 8 September nanti, drama siri A Time Called You berdasarkan siri televisyen Taiwan Someday Or One Day, menceritakan tentang seorang wanita yang balik ke tahun 1998 dan bertemu kekasihnya yang telah meninggal dunia
2. Arthdal Chronicles 2 menggunakan latar waktu jauh di masa dulu sewaktu sebuah negara baru terbentuk. Drama siri ini akan ditayangkan pada 9 September 2023
3. Drama siri Song of The Bandits yang bakal ditayangkan pada 22 September akan membawa kisah pertarungan para penyamun untuk tanah air mereka pada tahun 1920-an
4. Bakal menemui anda pada 25 September, drama siri Twinkling Watermelon membawa tema muzik dan masa muda dengan unsur pengembaraan waktu ke tahun 1995
5. The Worst of Evil menceritakan tentang polis yang menyamar dalam sebuah organisasi dadah besar pada era 1990-an. Drama siri ini bakal ke udara pada 27 September yang akan datang
6. Ditayangkan pada 27 September nanti, filem Road to Boston bakal mengajak para penonton untuk menonton kembali kisah atlet Suh Yun Bok dalam perlawanan 1947 Boston Marathon
7. Cobweb akan membawakan kisah liku-liku pembikinan filem di era dimana sensor dan tapisan filem yang ketat pada tahun 1970-an. Filem ini akan ditayangkan pada hari perayaan Chuseok
Boleh dilihat bahawa tema yang diangkat dalam ketujuh-tujuh tajuk kdrama siri dan filem tersebut sangat pelbagai jenis. Anda sebagai penonton pastinya mempunyai kebebasan untuk memilih tayangan yang akan anda dinikmati.
Kdrama atau filem mana yang membuatkan anda tertarik?