Dalam Kdrama, tema romantik dengan pengakhiran bahagia telah menjadi daya tarikan tersendiri bagi para penonton.
Dengan kisah-kisah yang penuh emosi hingga plot yang mendebarkan, Kdrama Korea romantik biasanya menampilkan happy ending yang terbaik yang telah berjaya menggetarkan hati penonton.
Drama-drama ini mempersembahkan pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan bagi para peminat, menonjolkan kisah-kisah sedih di sepanjang episod tapi berakhir bahagia. Para penonton tersenyum sendiri dan berpuas hati dengan ending yang ditampilkan.
Berikut dibawah ini adalah beberapa Kdrama Korea romantik yang mempunyai happy ending terbaik dan berjaya mencuri perhatian.
1. THAT WINTER, THE WIND BLOWS (2013)
Kdrama ini mengisahkan tentang Oh Soo, seorang kaki judi yang patah hati dan berpura-pura menjadi saudara Oh Young, wanita dari keluarga kaya yang buta. Perkara ini dilakukan oleh Ph Soo untuk melunaskan hutangnya kerana berjudi. Namun, kisah cinta berbeza status sosial ini tentu tidak mudah untuk dilalui oleh mereka.
2. PINOCCHIO (2014)
Kdrama ini mengisahkan tentang perjalanan Choi In Ha, seorang wartawan siaran yang menghidap “sindrom Pinocchio”. Bersama rakan-rakannya, mereka memperjuangkan keadilan melalui dunia kewartawanan yang keras. Sementara In Ha berjuang dengan keadaannya, dia dan kawan-kawannya menemui erti sejati dari kejujuran dan integriti dalam kerjaya ini.
3. THE KING: ETERNAL MONARCH (2020)
Kdrama ini mengisahkan tentang Lee Gon, raja Korea ketiga yang berjuang dengan masa lalu tragisnya, terutamanya kes pembunuhan ayahnya semasa dia masih kecil. Sewaktu dia terperangkap dalam pengembaraan melintasi dimensi, dia bertemu dengan Jeong Tae Eul, seorang inspektor dari dunia paralel yang menjadi rakannya dalam menghadapi ancaman dan mengejar kebenaran, mereka berdua berusaha menutup celahan antara kedua dunia mereka.
4. MY LIBERATION NOTES (2022)
Kdrama ini berlatarkan Desa Sanpo, dimana ada tiga bersaudara, Yeom, Chang Hee, Mi Jung, dan Ki Jung yang ingin melarikan diri dari kehidupan mereka. Muncul seorang lelaki misteri bernama Tuan Goo yang berpindah ke kampung mereka, sikapnya yang berhati-hati dan suka menyendiri membuatkan Mi Jung, saudara yang paling pemalu memutuskan untuk mendekatinya, membuka pintu untuk kisah yang tidak terjangka.
5. ALCHEMY OF SOULS: LIGHT AND SHADOW (2022)
Kdrama romantik ini mempunyai happy ending terbaik yang mengisahkan tentang kembalinya Jang Uk dari kematian, membawa kisah ahli sihir yang terkubur dan kembali dalam kehidupan. Semasa seorang gadis muda yang menjadi tahanan meminta bantuannya untuk mendapat kebebasan, Jang Uk terlibat dalam perburuan para pengubah jiwa hingga dia berjaya mengungkap tipu daya yang rumit di sebalik dinding rumahnya sendiri.
6. MY DEAREST (2023)
Kdrama ini mengisahkan tentang kisah cinta antara Yu Gil Chae, seorang wanita bangsawan dan Lee Jang Hyun, seorang lelaki misteri yang muncul semasa pencerobohan Qing pada tahun 1600-an. Ketika Jang Hyun tiba-tiba muncul, kehidupan mereka berdua berubah. Terpisah oleh perang sebelum perasaan mereka berkembang, kisah cinta mereka terjalin di tengah-tengah perperangan yang penuh dengan kesedihan dan pengorbanan.
7. QUEEN OF TEARS (2024)
Kdrama ini mengisahkan tentang Baek Hyun Woo, pengarah undang-undang bagi syarikat konglomerat Queens Group, dan Hong Hae In, pewaris chaebol, yang mengetuai jabatan kedai Queens Group. Mereka adalah pasangan yang melalui krisis dan rintangan, menjalin kisah cinta yang mendebarkan dan penuh liku serta sedikit lucu.
Demikian sahaja beberapa buah Kdrama romantik yang berjaya memainkan hati penonton tapi berakhir dengan kebahagiaan. Dengan pelbagai kisah yang menyentuh hati, drama Korea romantik ini membuktikan bahawa cinta sejati selalu berakhir bahagia.