Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Kdrama Ini Tampilkan Cerita Lucu dengan Elemen Fantasi Menarik Serta Kisah...

7 Kdrama Ini Tampilkan Cerita Lucu dengan Elemen Fantasi Menarik Serta Kisah Healing dari Patah Hati

0

Salah satu elemen fantasi yang disukai dan sangat seronok untuk dirungkai dalam Kdrama ialah elemen eksperimen yang dilakukan ke atas manusia. Tidak kiralah eksperimen yang dilakukan itu memberi kesan ke atas tubuh badan fizikal, memori atau emosi.

Lebih menarik lagi jika elemen fantasi ini dipadukan dengan kisah romantik yang manis-manis dan diwarnai dengan unsur komedi penuh lawak jenaka yang menceriakan suasana dan mewarnai jalan ceritanya.

Kdrama yang sangat menghiburkan dengan kisah para pencari cinta yang terperangkap dengan eksperimen yang aneh dan kuasa mistik yang mengejutkan adalah sangat mengujakan untuk ditonton. Kdrama ini dipenuhi dengan adegan lucu dan penuh komedi yang membuatkan para penonton tidak berhenti tertawa.

Berikut ini adalah senarai Kdrama yang membawa genre romcom dengan unsur fantasi yang sangat menyeronokkan serta kisah patah hati yang akhirnya disembuhkan! Mari sama-sama kita lihat.

 

Kdrama

1. Love Alarm (2019) juga adalah kisah tentang pencarian cinta dengan eksperimen. Menggunakan aplikasi yang akan ‘bergetar’ apabila jodoh anda berada berdekatan anda! Menarik bukan?

 

1b110c30 538e 434b a7f2 24dd033f22df

2. Behind Your Touch (2023) menyatukan cinta dengan kuasa aneh yaitu dapat melihat petikan-petikan masa lalu orang yang disentuh

 

6e4804bf b74e 4606 8df2 ec1e1c32a43e

3. Kali ini eksperimen yang membuatkan dua orang terperangkap dalam tubuh yang tidak mengalami penuaan melalui drama Korea Melting Me Softly (2019)

 

63cfb537 c035 4741 ae84 824988feed1a 1

4. Patah hati tapi akhirnya menemui kebahagiaan, penuh lawak jenaka dan menghiburkan, Bora di Bo-ra! Deborah (2023) juga patah hati dengan kekasih yang ternyata berlaku curang

 

IMG 0614

5. Destined With You (2023) juga merupakan kisah yang menyatukan dua insan melalui takdir. Kisah mereka bahkan melampaui zaman

 

52003a64 af91 4a22 9472 f16aea78439b

6. Kali ini, kembali lagi pada kisah patah hati kerana dicurangi kekasih yang paling dipercayai. Cheon Sa Rang muncul dalam King the Land (2023)

 

58da6cab 885a 44ad 9524 c6cf73d31d58

7. Bad Memory Eraser (2024) ialah kisah mengenai eksperimen yang dilakukan pada seseorang yang mempunyai masa lalu yang buruk dan menyedihkan. Namun dalam proses eksperimen tersebut, orang patah hati itu menemui cinta!

Senarai drama di atas ini mempunyai kisah cinta menarik tentang seorang gadis yang patah hati yang akhirnya bertemu dengan seseorang yang lebih baik untuknya. Ditambah lagi dengan eksperimen unik serta kuasa luar biasa yang membuatkan jalan cerita semakin menarik. Diwarnai dengan elemen komedi dan romantik, pilihan drama ini pastinya akan membuatkan hari-hari anda lebih ceria. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: No Gain No Love Drama Untuk Santai-santai. Adakah Kdrama Ini Berbaloi untuk Ditonton?
Baca juga: Kdrama Pertama Hyun Bin Selepas Berkahwin, “Made in Korea” Bakal Menemui Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here