Nama pelakon Jo Byeong Gyu mula dikenali melalui wataknya dalam drama Korea Sky Castle (2018-2019). Semenjak itu, ramai peminat mula mencari filem atau drama siri yang dibintanginya.
Tahun ini, Jo Byeong-kyu kembali mencuri perhatian menerusi wataknya dalam The Uncanny Counter musim ke 2. Buat anda yang masih tercari-cari drama siri yang dibintangi oleh pelakon ini, jom lihat artikel di bawah ini!
1. Girls’ Generation 1979 (2017)
Girls’ Generation 1979 menceritakan tentang Lee Jung-hae (Bona), seorang pelajar kelas 2 sekolah menengah yang merupakan anak kedua dari sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan kilang pakaian dalam. Dia dan kawannya, Jung Hye-joo (Chae Seo-jin), menjalani masa remaja bersama-sama.
Dalam drama ini Jo Byeong-gyu membawa watak sebagai watak pembantu, iaitu adik kepada Lee Jung-hee yang bernama Lee Bong-soo.
2. Dokgo Rewind (2018)
Drama siri ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bersatu untuk melawan pembuli. Kang Hyuk (Sehun) pandai berlawan, namun dia sudah berhenti sekolah. Suatu hari dia menyelamatkan Kyu-Soon (Yoo In Hwan) dari beberapa orang pelajar yang nakal. Sayangnya, beberapa hari kemudian Kyu-Soon dipukul hingga mati. Kang Hyuk memutuskan untuk membalas dendam terhadap pelajar yang bertanggung jawab atas kematian Kyu-Soon.
Jong-Il (Jo Byeong Gyu) dan Tae-Jin (Ahn Bo Hyun) juga muak dengan keadaan buli yang disebabkan oleh pelajar sekolah menengah yang nakal. Kedua-duanya memutuskan untuk bergabung dengan rancangan Kang Hyuk.
3. Sky Castle (2018)
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan 4 orang wanita yang tinggal dalam kejiranan SKY Castle yang mewah. Mereka berusaha untuk membuat suami mereka lebih berjaya dan membesarkan anak-anak mereka seperti putera dan puteri raja.
Jo Byeong Gyu membawa watak sebagai salah seorang anak kembar dari keluarga No Seung Hye (Yoon Se Ah) yang bernama Choi Ki Joon.
4. Arthdal Chronicles (2019)
Drama siri ini menceritakan tentang sebuah dunia mitologi yang berlaku di zaman kuno bernama Arthdal. Di sana, hidup berbagai-bagai suku kaum dengan kepakaran, peraturan, kepercayaan serta perwatakan yang berbeza-beza. Keamanan hidup mereka pada suatu hari berubah jadi kacau bilau.
Jo Byeong Gyu menjadi pelakon pembantu sebagai anggota Doldambool yang bernama Sateunik.
5. Hot Stove League (2019)
Melalui drama siri ini, Jo Byeong Gyu berjaya meraih anugerah “Best New Actor” dalam SBS Drama Awards 2020. Hot Stove League mengisahkan tentang seorang pengurus baru dari pasukan besbol profesional iaitu Dreams.
Pasukan mereka berada pada peringkat bawah. Bersama dengan rakan lain serta pengurus operasi pasukan, Lee Se Young (Park Eun Bin), mereka berjuang bersungguh-sungguh dan tidak akan menyerah kalah.
Jo Byeong Gyu membawa watak sebagai Han Jae Hee, pekerja yang bergabung dengan Dreams: Management & Business Operations.
6. The Uncanny Counter (2020)
Diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama, drama ini mengisahkan tentang sekumpulan individu yang disebut sebagai “Counter.” Tujuan mereka adalah untuk memburu roh jahat dengan menggunakan kuasa khas yang diberikan kepada setiap anggota “counter”.
So Mun (Jo Byeong Gyu) adalah seorang pelajar sekolah menengah yang tempang akibat kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya. So Mun merupakan anggota termuda dalam “Counter.”
Baca juga: Kdrama Moving, Siapakah Manusia Super Dari Korea Utara Di Episod 13?
7. The Uncanny Counter 2 (2023)
The Uncanny Counter 2 adalah drama siri terbaru Jo Byeong Gyu yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Dia masih membawa watak sama yang bernama So Mun.
Drama ini meneruskan kisah dari musim pertama di mana para “Counter” masih memburu roh jahat yang ada di Korea.
Namun, suatu hari mereka mendengar khabar kekalahan dari para “Counter” yang berada di Cina semasa melawan iblis kejam dan kuat. Iblis tersebut memutuskan untuk ke Korea untuk menyerap kekuatan yang ada di sana.
Demikian sahaja 7 drama yang dibintangi oleh Jo Byeong Gyu, drama siri manakah yang sudah anda tonton dan bakal ditonton?