Family by Choice yang kini sedang meriah diperbincangkan merupakan remake drama Cina yang berjudul Go Ahead (2020).
Kdrama ini mengisahkan tentang kehidupan tiga orang individu yang akrab seperti ahli keluarga, walau tanpa ikatan darah. Mereka bertemu semasa kecil hingga menjadi akrab seperti keluarga.
Bukan hanya Family by Choice, beberapa buah Kdrama 2024 berikut ini juga menyoroti kehidupan keluarga tanpa ikatan darah. Mereka bertemu ketika mengalami masa lalu yang pahit dan hidup seperti keluarga yang saling melindungi.
1. Family by Choice
Kdrama Family by Choice menyoroti hubungan antara Kim San Ha (Hwang In Yeop), Yoon Joo Won (Jung Chae Yeon), dan Kang Hae Jun (Bae Hyun Sung). Pada masa kecil, Kim San Ha mengalami trauma karena menjadi saksi kematian adiknya. Tidak lama selepas itu, dia juga ditinggalkan oleh ibunya.
Kim San Ha bertemu dengan Yoon Joo Won yang menganggapnya sebagai saudara sendiri. Dia juga bertemu dengan Kang Hae Jun yang ditinggalkan oleh ibunya tanpa khabar berita. Mereka bersahabat sejak kecil dan sudah seperti saudara yang saling melindungi.
2. Dear Hyeri
Kdrama Dear Hyeri mengisahkan tentang kehidupan Joo Eun Ho (Shin Hae Sun) yang mengalami penyakit mental identiti berganda. Adiknya hilang dan tidak dapat ditemui lagi. Dia juga memiliki hubungan rumit dengan Jung Hyun Oh (Lee Jin Wook), bekas kekasihnya yang satu pejabat dengannya. Alter egonya yang bernama Joo Hye Ri jatuh cinta pada Kang Joo Yeon (Kang Hoon).
Dear Hyeri juga menyoroti kehidupan Jung Hyun Oh yang enggan berkahwin kerana luka hati di masa lalu. Semasa ayahnya meninggal dunia, lintah darat yang bernama Yang Mi Ja (Choi Soo Min) datang untuk meminta hutang. Tidak dapat membayar hutang, Jung Hyun Oh tinggal bersama Yang Mi Ja sebagai penjaga orang tua supaya hutang ayahnya dilunaskan. Akhirnya, hingga dewasa Jung Hyun Oh hidup bersama Yang Mi Ja yang sudah seperti neneknya sendiri.
3. No Gain No Love
Kdrama No Gain No Love mengisahkan tentang Son Hae Young (Shin Min Ah) yang tidak ingin mengalami kerugian dan nasib malang dalam hidupnya. Dia berkahwin secara kontrak dengan Kim Ji Wook (Kim Yong Dae) supaya dia boleh mendapatkan kembali wang yang diberikan di majlis perkahwinan bekas kekasihnya yang curang.
Son Hae Young pada awalnya hanya anak tunggal. Namun, ibunya menjalankan pusat asuhan dan sering membawa anak asuhan untuk diasuh di rumah. Di antara anak asuhan ibunya yang bertahan lama adalah Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun) dan Cha Hee Sung (Joo Min Kyung). Son Hae Young akrab dengan kedua-dua anak itu. Hingga dewasa mereka tinggal bersama dan selalu berkongsi rahsia.
4. Perfect Family
Kdrama Perfect Family mengisahkan tentang kehidupan Choi Sun Hee (Park Ju Hyun) yang memiliki kehidupan sempurna. Dia sangat bijak dan ceria. Ayahnya adalah peguam terkenal, sementara ibunya merupakan ibu yang penyayang. Di sebalik kehidupannya yang sempurna, Choi Sun Hee ternyata merupakan anak angkat.
Keluarga Choi Sun Hee yang sempurna mengalami krisis aneh selepas kematian Park Kyeong Ho (Kim Young Dae), sahabat dan juga sekelasnya. Choi Sun Hee mula mencurigai ibu bapa angkatnya yang menyembunyikan rahsia tanpa dia ketahui ibu bapa angkatnya itu mengasihinya lebih dari segalanya.
5. My Sweet Mobster
Kdrama My Sweet Mobster mengisahkan tentang kehidupan bekas gangster yang bernama Seo Ji Hwan (Uhm Tae Goo). Dia jatuh cinta dengan Go Eun Ha (Han Sun Hwa), yang merupakan seorang content creator tentang kanak-kanak.
Seo Ji Hwan berhenti dari kehidupan lamanya dan menjadi CEO syarikat makanan. Dia merekrut bekas banduan sebagai pekerja di syarikatnya.
Bukan hanya menjadi pekerja, Seo Ji Hwan juga tinggal serumah bersama bekas gangster dan bekas banduan yang dipercayainya. Mereka adalah Joo Il Young (Kim Hyun Jin), Kwak Jae Soo (Yang Hyun Min), Jung Man Ho (Lee Yoo Joon), Yang Hong Ki (Moon Dong Hyeok), dan Lee Dong Hee (Jae Chan).
6. The Atypical Family
Kdrama The Atypical Family mengisahkan tentang kehidupan Keluarga Bok yang awalnya memiliki kuasa super, tapi kini tidak boleh menggunakan kuasa itu. Bok Gwi Ju (Jang Ki Young) boleh pergi ke masa lalu dengan kuasanya. Namun, dia menderita penyakit kemurungan selepas isterinya meninggal dunia. Selepas bertemu Do Da Hee (Chun Woo Hee), kuasa Bok Gwi Ju dan keluargany perlahan-lahan pulih.
Do Da Hee merupakan penipu yang ingin merebut harta Keluarga Bok. Semasa ayahnya meninggal dunia, seorang lintah darat datang untuk menagih hutang. Walau begitu, Do Da Hee akhirnya tinggal bersama lintah darah itu dan menjadi penipu untuk melunaskan hutang ayahnya.
7. Dreaming of a Freaking Fairytale
Kdrama Dreaming of a Freaking Fairytale menyoroti kehidupan Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin), Cinderella abad ini yang mendapat wasiat dari ayahnya untuk berkahwin dengan lelaki kaya. Dia jatuh cinta dengan CEO bernama Moon Cha Min (Lee Jun Young), orang atasannya yang berperangai seperti anak kecil.
Berbeza dari kisah Cinderella, Shin Jae Rim tinggal bersama ibu tiri dan saudari tiri yang baik hati. Ayah dan ibu tirinya berkahwin karana cinta. Selepas kematian ayahnya, Shim Jae Rim perlu menyesuaikan diri dengan keluarga tirinya yang sama-sama berduka. Walau tanpa ikatan darah, mereka saling menyayangi dan melindungi di masa sukar.
Termasuk Family by Choice, ketujuh-tujuh drama Korea 2024 di atas mengisahkan tentang keluarga tanpa ikatan darah. Masing-masing memiliki kisah mereka tersendiri dan mereka menjalin hubungan dengan cara yang tidak terduga. Walau begitu, mereka tetap saling menyayangi dan sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan keluarga.