Home Artis Korea 7 Kdrama Romantik Seperti See You in My 19th Life

7 Kdrama Romantik Seperti See You in My 19th Life

0

Kdrama See You in My 19th Life baru tamat pada 23 Julai 2023 yang lalu. Drama siri ini menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis (Shin Hye Sun) yang mengingati semua kehidupan lampaunya. Setelah dilahirkan semula, dia memutuskan untuk mengejar cinta pertamanya di kehidupan ke-18.

Membawa genre fantasi romatik, drama siri tvN ini berjaya membuat para penonton tersenyum sendiri dan pada masa yang sama berfikir-fikir juga tentang misteri yang dipersembahkan dalam naratif penceritaan.

“See You In My 19th Life” – 3 Sebab Wajib Tonton Kdrama Terbaharu Ini

IMG 9375

Buat anda yang belum boleh move on dengan Kdrama ini, berikut ini adalah beberapa buah Kdrama yang boleh anda tonton.

Semua Kdrama ini mempunyai kisah cinta unik yang hampir sama dengan See You in My 19th Life. Jom sama-sama kita lihat!

1. Seperti See You in My 19th Life, pewaris hotel mewah dalam King the Land (2023) juga jatuh hati pada salah seorang pekerja terbaiknya

Kdrama

 

2. Jalinan kasih dan cinta antara pemilik hotel dan pekerjanya juga menjadi premis cerita Hotel Del Luna (2019). Watak utama wanita mempunyai dendam masa lalu seperti Ban Ji Eum

e0974c8a 6378 45b8 b6a9 a23f0edb604d

 

3. Kisah cinta keempat-empat watak utama Goblin (2016-2017) tragis di masa lalu dan berlanjutan setelah dilahirkan semula, sama seperti watak-watak dalam See You in My 19th Life

0e51006f 5929 4178 9513 fd96f0b727a6

 

4. Sama seperti Moon Seo Ha, watak utama Angel’s Last Mission: Love (2019) juga kaya raya namun tidak bahagia. Dia bertemu dengan cinta pertamanya yang telah meninggal dunia

4032f38f acbf 44f4 b12f 00ca38b391e2

 

5. Shin Hye Sun bukan hanya tampil memukau dalam See You in My 19th Life. Dia juga mempunyai kisah cinta unik dan menarik dalam Still 17 (2018)

390080d6 dffe 4d57 9a91 c40c0ab7c866

 

6. Watak wanita yang memulakan langkah untuk menawan hati jejaka kesayangannya seperti Ban Ji Eum dan Yoon Cho Won, juga boleh anda tonton dalam Hospital Playlist musim 1-2 (2020-2021)

eef592b6 0c68 4644 92c6 808c902a908b

7. Alchemy of Souls (2022-2023) mempunyai premis seperti See You in My 19th Life, sesungguhnya bukan tubuh atau fizikal tetapi jiwa dan hati nurani yang membuatkan seseorang jatuh cinta

aedc3ce9 9f68 4c71 aeca 213132062836

 

Ketujuh-tujuh drama siri romantik yang tersenarai di atas memiliki kisah cinta yang hampir serupa dengan See You in My 19th Life. Semuanya sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda yang belum move on dengan kisah romantik Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) dan Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun). Selamat menonton!

Baca lagi: 8 Kdrama Seram Misteri Seperti Revenant, Pemburuan Roh Jahat
Baca juga: 8 Kdrama Popular Ahn Bo Hyun, Kekasih Jisoo BLACKPINK
Baca lagi: Military Prosecutor Doberman: Ahn Bo Hyun Memukau Sebagai “Pendakwa Tentera” Yang Menuntut Keadilan