Siri Kdrama original Netflix 2023 masih menjadi topik hangat walaupun telah memasuki tahun 2024.
Siri Original Netflix dari Korea Selatan telah banyak mencuri perhatian para penggemar kdrama dari tanah air kebelakangan ini. Tidak hanya jumlah penonton, beberapa siri ini juga menjadi topik hangat di sosial media.
Sejenak kilas balik dari awal tahun 2023 lalu, berikut ini beberapa siri original Netflix Korea yang dianggap paling sukses di tahun 2023. Jom kita lihat ulasannya dibawah ya gais!
The Glory
Siri original Netflix pertama yang berjaya dan menduduki tangga top 10 Malaysia yang paling lama adalah The Glory. Seperti bahagian pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2022, The Glory Part 2 juga mendapat banyak pujian dari para pengkritik dan para penonton.
The Glory Part 2 ditayangkan dengan jumlah 8 episod pada Jumaat 10 Mac 2023. Manakala 8 episod dari bahagian pertamanya ditayangkan pada 30 Disember 2022. Drama siri ini mencuri perhatian kerana menjadi pentas kemunculan semula Song Hye Kyo. Selain itu, lakonan para pelakon lain turut mencuri perhatian. Pelakon-pelakon seperti Lim Ji Yeon, Park Sung Hoon, Kim Heiora, Kim Gun Woo, dan Cha Joo Young turut mendapat pujian dan disukai ramai.
The Glory mendapat rating 8.1/10 dari IMDb.
Celebrity
Membawa genre thriller misteri, siri original Netflix Celebrity berjaya mengangkat sisi gelap kehidupan selebriti media sosial. Dibintangi oleh Park Gyu Young, dia membawa watak sebagai seorang influencer terkenal yang bernama Seo Ah Ri.
Kejayaan dan populariti yang diperolehinya ternyata memicu rasa cemburu beberapa orang selebriti media sosial yang lain. Mereka sanggup melakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan Ah Ri. Tambahan pula, seorang selebriti memang dituntut untuk tampil “sempurna” oleh orang ramai.
Mendapat rating 7.4/10 dari IMDb.
The Uncanny Counter Season 2: Counterpunch
Setelah berjaya dengan musim pertama, siri original Netflix The Uncanny Counter 2 kembali dengan cerita yang lebih menegangkan. Menyajikan watak villain yang memiliki kuasa yang jauh lebih kuat dibandingkan dengan siri pertama.
Mereka terdiri dari Hwang Pil Gwang (Kang Ki Young), Gelly Choi (Kim Hieora), dan Wong (Kim Hyun Wook) yang memiliki kuasa seperti seorang counter. Kumpulan roh jahat tersebut juga tidak pernah gentar untuk membunuh sesiapa sahaja semasa melakukan kejahatan mereka.
Drama ini mendapat rating 8/10 dari IMDb.
Queenmaker
Queenmaker adalah siri original Netflix yang ditayangkan serentak semua episod dan tamat pada hari pelancarannya juga kerana Netflix melepaskan semua episod pada hari yang sama. Kdrama yang menyaksikan Kim Hee Ae (Hwang Do Hee) dan Moon So Ri (Oh Kyung Sook) sebagai watak utama ini, ditayangkan pada 14 April dengan bilangan episod sebanyak 12 episod semuanya.
Drama siri ini menceritakan tentang Hwang Do Hee yang sangat pintar di sebalik Kumpulan Eunsung. Pada awalnya dia setia mengabdi diri, namun kerana dikhianati oleh majikan sendiri, dia melawan kumpulan syarikat tempatnya dulu bekerja melalui jalur politik. Dalam drama ini anda akan melihat liciknya setiap ahli perniagaan dan ahli politik dalam merampas kekuasaan.
Drama ini juga mendapat rating 7.5/10 dari IMDb.
Doona!
Lakonan Bae Suzy memang dinanti-nantikan, tidak hairanlah jika drama ini mendapat perhatian hingga viral di beberapa platform media Sosial. Bae Suzy menyapa para peminat melalui siri original Netflix Doona! yang tampil dengan sembilan episod. Kali ini dia bergandingan dengan Yang Se Jong dan Ha Yong.
Melalui drama romantik ini, Suzy membawa watak sebagai Lee Doona, bekas anggota kumpulan Dream Sweet yang menyepikan diri kerana masalah kesihatan. Dia bertemu dengan Won Jun dan mula tertarik antara satu sama lain. Lee Doona dalam siri ini disebut-sebut mirip dengan karakter Suzy ketika di awal kemunculan sebagai bintang idol.
Doona! mendapat rating 7.1/10 dari IMDb.
A Time Called You
A Time Called You dibintangi oleh Ahn Hyeon Seop, Jeon Yeo Bin, dan Kang Hoon. Kdrama ini merupakan adaptasi dari drama popular Taiwan yang bertajuk Someday or One Day. Tayang secara perdana 8 September lalu.
Siri original Netflix ini mengisahkan tentang Han Jun Hee (Jeon Yeo Bin) yang belum boleh melupakan pemergian kekasihnya Koo Yeon Jun (Ahn Hyeon Seop) yang meninggal dunia akibat tragedi pesawat terhempas. Entah bagaimana Han Jun Hee tiba-tiba kembali ke tahun 1998 dan menjadi seorang pelajar sekolah yang bernama Kwon Min Ju. Di situ dia berjumpa dengan seorang jejaka yang mirip dengan kekasihnya yang meninggal dunia.
A Time Called You meraih rating 7.8/10 dari IMDb.
Mask Girl
Mengangkat isu-isu sosial, salah satu isu hangat adalah isu buli, siri original Netflix Mask Girl berjaya menarik perhatian ramai penonton. Siri thriller ini menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Kim Mo Mi (Lee Han Byul) yang tiada kepercayaan diri kerana penampilannya.
Walaupun begitu, dia tetap meneruskan impiannya sebagai streamer popular hingga dia memakai topeng. Dia digelar sebagai “Mask Girl”. Sayangnya, identiti asalnya terbongkar. Identitinya diketahui oleh Joo Oh Nam (Ahn Jae Hong), seorang lelaki yang dalam diam menaruh hati padanya. Dari sinilah, mereka berdua mula terlibat dengan kes yang rumit.