Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama Tentang Balas Dendam Wanita, Pembalasan Paling Kejam

7 Kdrama Tentang Balas Dendam Wanita, Pembalasan Paling Kejam

0

Drama Korea memang memiliki banyak cerita menarik, bermula dari genre romantik hingga seram. Semuanya sangat sesuai untuk dijadikan hiburan bagi yang biasa menonton di waktu terluang.

Salah satu drama yang boleh anda jadikan tontonan adalah drama Korea dengan tema balas dendam. Drama balas dendam biasanya menampilkan aturan rancangan yang sangat rapi, sehingga membuatkan penonton ingin tahu dan tidak sabar-sabar dengan kisah rancangan balas dendam tersebut.

Selain itu, drama Korea dengan tema tersebut juga menampilkan adegan-adegan balas dendam yang boleh membuatkan penonton puas hanya dengan menontonnya. Tambahan pula, jika balas dendam dilakukan oleh watak-watak wanita. Penonton dapat melihat watak wanita yang cerdik,licik dan hebat.

Berikut dibawah ini adalah senarai drama Korea yang menampilkan kisah balas dendam wanita, wanita-wanita ini bangkit dengan rancangan licik tersendiri untuk mendapatkan keadilan buat diri mereka semua!

 

1. BIRTH OF A BEAUTY

Drama koreaBIRTH OF A BEAUTY menceritakan tentang balas dendam seorang wanita gemuk yang bernama Sa Geum Ran (Ha Jae Sook). Dia sudah berkahwin dengan lelaki yang berasal dari keluarga chaebol. Selama tinggal dengan keluarga suaminya, Sa Geum Ran selalu dilayan dengan teruk. Hingga suatu hari, dia mendapati bahawa suaminya curang dengan wanita lain. Perkara tersebut membuatkan Sa Geum Ran kecewa dan memutuskan untuk keluar dari rumah.

Dalam perjalanan, dia mengalami kemalangan yang membuatkan semua orang sudah menyangka bahawa Sa Geum Ran telah meninggal dunia. Padahal, Sa Geum Ran masih selamat. Dia pergi ke klinik pembedahan plastik dan meminta doktor untuk menukar penampilannya melalui prosedur pembedahan plastik. Sa Geum Ran berubah menjadi wanita cantik dengan identiti baru iaitu Sara (Han Ye Seul). Dia nekad untuk melakukan balas dendam dengan merosakkan perkahwinan baru suaminya.

Baca juga: 10 Drama Jepun Tampilkan Kisah Balas Dendam Menyayat hati, Penuh Emosi

2. THE WORLD OF THE MARRIED

Balas dendamDrama ini sangat viral pada tahun 2020 kerana jalan cerita yang boleh membuatkan penonton emosi. THE WORLD OF THE MARRIED menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh seorang doktor wanita yang bernama Ji Sun Woo (Kim Hee Ae). Pada mulanya, dia menjalani hidup yang sangat aman damai dengan suami tampan dan satu-satunta anak lelaki yang sangat disayangi.

Namun, semuanya berubah apabila dia mengetahui bahawa suaminya curang dengan wanita yang jauh lebih muda darinya. Lebih teruk lagi, wanita itu hamil anak suaminya. Perkara ini membuatkan Ji Sun Woo merasa sakit hati. Dia membuat rancangan untuk melakukan balas dendam. Dia nekad untuk merosakkan kehidupan suaminya bersama wanita simpanan tersebut.

 

3. MY NAME

2ef0eb0a 3a46 436d a72f eba7921ab77dDrama ini pasti membuatkan anda puas. MY NAME menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh seorang gadis yang bernama Yoon Ji Woo (Han So Hee). Semasa hari lahirnya yang ke-17, dia melihat ayahnya ditembak dan dibunuh oleh seorang lelakinmisteri. Yoon Ji Woo menangis kerana dia tidak boleh menolong ayahnya. Dia nekad untuk mencari orang yang membunuh ayahnya.

Semasa dia mencari pembunuh misteri tersebut, dia bertemu dengan Choi Moo Jin (Park Hee Soon), ketua mafia tempat ayahnya bekerja. Choi Moo Jin bersedia membantu Yoon Ji Woo untuk dalam balas dendam. Dia melatih Yoon Ji Woo supaya gadis itu mampu bertarung dan mempertahankan diri.

Apabila gadis itu sudah bersedia, Yoon Ji Woo ditugaskan untuk menyusup masuk ke unit pencegahan dadah sebuah jabatan polis dan bekerja sebagai detektif di sana. Dalam proses ini, dia mula melihat dengan jelas siapakah pembunuh sebenar ayahnya. Sebuah kisah balas dendam dan pengkhianatan yang sangat mengejutkan!

 

4. EVE

e8b88fd8 93f3 4b84 be3a a4429b7e2f83EVE menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh wanita cantik bernama Lee Ra El (Seo Yea Ji). Dia memiliki pengalaman yang pahit kerana keluarganya hancur dan ayahnya meninggal dunia. Dalam diri Lee Ra El hanya tersisa saki baki dendam. Dia berniat untuk melakukan balas dendam kepada CEO LY Group, Kang Yoon Gyeom (Park Byung Eun), orang yang dianggap menjadi penyebab kematian ayahnya.

Dalam proses balas dendam, dia dibantu oleh Seo Eun Pyung (Lee Sang Yeob), seorang peguam yang mencintai Lee Ra El dengan tulus. Lee Ra El cuba menghancurkan kehidupan rumah tangga Kang Yoon Gyeom. Semasa menjalankan misi balas dendam, banyak cabaran yang dihadapinya dan Lee Ra El mula menaruh hati kepada Kang Yoon Gyeom. Inilah yang membuatkannya berada dalam dilema.

 

5. THE GLORY

0431509d 94c8 492c a5f1 1b6eeb5211c3THE GLORY merupakan salah satu drama Korea tema balas dendam yang terkenal. Drama ini mengisahkan tentang balas dendam seorang wanita yang bernama Moon Dong Eun (Song Hye Kyo). Dia adalah mangsa buli semasa berada di bangku sekolah. Kawan-kawan sekolahnya menyeksanya dengan cara yang keji hingga berbekas luka bakar yang tidak boleh hilang. Moon Dong Eun berniat untuk membalas dendam apabila dia sudah dewasa.

Apabila dewasa, Moon Dong Eun menjadi guru di sekolah yang merupakan tempat dimana anak pembuli tersebut belajar. Dia juga sudah mengkaji latar belakang dan rahsia semua pembuli yang pernah menyeksanya. Melihat mereka hidup berjaya membuatkan Moon Dong Eun semakin bersemangat untuk merosakkan kehidupan mereka seorang demi seorang.

 

6. PERFECT MARRIAGE REVENGE

9b7ed44a c4f1 4cce ad7d edf9fff417b5PERFECT MARRIAGE REVENGE menceritakan tentang balas dendam yang dilakukan oleh pelukis wanita yang bernama Han Yi Joo (Jung Yoo Min). Dia merupakan anak angkat sebuah keluarga kaya. Dia sudah berkahwin dengan lelaki yang dicintai. Namun, dia mengetahui kebenaran bahawa suaminya mengahwininya bukan kerana cinta tapi karena suaminya mencintai adiknya.

Selain itu, keluarganya juga mengambil kesempatan ke atasnya dan memerangkapnya dalam satu kes penipuan. Dia mengalami kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Namun, keajaiban berlaku dimana dia melakukan penjelajahan waktu ke masa lalu, zaman sebelum dia berkahwin. Akhirnya, dia memutuskan untuk melakukan balas dendam terhadap suami dan keluarganya. Dia juga melakukan perkahwinan kontrak dengan lelaki kaya yang dapat membantunya dalam proses balas dendam.

 

7. MARRY MY HUSBAND

447fe040 f2a8 4dc7 9f13 8329748d4ba7MARRY MY HUSBAND merupakan drama Korea yang menjadi perbincangan pada awal tahun 2024. Drama ini mengisahkan tentang balas dendam yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Kang Ji Won (Park Min Young). Dia sudah berkahwin dengan rakan sepejabat setelah lama bercinta. Namun, dia menghidap penyakit kanser yang menyebabkan tubuhnya lemah. Perkara mengejutkan terjadi apabila dia mendapati suaminya curang dengan sahabatnya sendiri.

Semasa bertengkar, Kang Ji Won ditimpa kecelakaan yang membuatnya meninggal dunia. Namun, keajaiban terjadi dimana dia kembali hidup di masa lalu semasa masih bekerja dan belum berkahwin. Akhirnya, Kang Ji Won nekad untuk menukar nasibnya dengan sahabatnya supaya hidup sahabatnya itu sengsara. Dia juga berusaha untuk merosakkan kehidupan suaminya yang selalu mengambil kesempatan ke atas dirinya dulu.

Demikian sahaja beberapa buah drama Korea tentang balas dendam yang dilakukan oleh wanita. Anda paling tertarik untuk menonton drama yang mana?

Baca lagi: 10 Drama Korea dengan Komedi Gelap, Penuh Gelak Tawa dan Kritikan Sosial
Baca juga: 11 Drama Korea Ini Tonjol Watak Kaki Lantak, Buat Terliur