Home Entertainment 7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix

7 Kdrama Terbaru Bakal Tayang di Netflix

0

Kdrama terbaru atau drama siri Korea selalu hadir dengan bermacam-macam tema yang memang berjaya membuatkan para penonton terpikat.

Tentu sahaja, kemunculan bintang ternama dan popular Korea Selatan akan membuatkan drama siri tersebut semakin menarik.

Pelakon wanita cantik yang serba boleh iaitu YoonA SNSD dan beberapa pelakon besar lain seperti Yang Se Jong,dan juga Bae Suzy akan menampilkan lakonan mereka yang luar biasa khas buat tontonan anda semua.

Jom sama-sama kita lihat 7 kdrama siri Korea Selatan yang ditayangkan di plaftorm streaming Netflix!

 

Kdrama
1. See You In My 19th Life merupakan drama siri romantik yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun. Drama siri dengan kisah cinta manis ini akan ditayangkan pada 17 Jun 2023 nanti

1a90cb3b 726e 4f81 8d71 b6f4136e7f76
2. Kisah pewaris chaebol dan pekerja di King Hotel, drama siri King The Land ini dibintangi oleh Lee Jun-ho dan Im Yoon-ah. Drama siri ini juga bakal ditayangkan pada 17 Jun 2023 yang akan datang

58687638 4641 4d4b 9786 f843da092ea0
3. Park Gyu Young dan Kang Min Hyuk bakal membuatkan para penonton terhibur dengan gandingan mereka dalam drama siri Celebrity. Drama siri ini akan ditayangkan pada 30 Jun 2023

 

552073a5 1f6e 4653 b61b 5011b851c7c9
4. Lee Min Ki dan Han Ji Min bergabung bersama dalam drama siri yang menampilkan keindahan suasana desa yang bertajuk Behind Your Touch

Baca lagi: kdra5 Kdrama Adaptasi Webtoon Paling Popular

038bd851 7bb0 4e45 9628 5d29be735677
5. Drama siri Korea Selatan dengan genre fantasi dan romantik yang dibintangi oleh Rowoon dan Jo Bo Ah ini bertajuk Destined With You

 

044580b6 d1d7 41b9 a81d 7f93e9f8ae0a
6. Drama siri yang tidak kurang hebatnya dan dibintangi oleh pelakon popular, Jeon Yeo Been dan Ahn Hyo Seop bergandingan bersama dalam drama siri romantik A Time Called You

 

e60e10ed 6cd7 45b7 be1c 12d3b67c8661 1
7. Bae Suzy dan Yang Se Jong juga turut berlakon bersama-sama dalam drama siri romantik mengenai kisah antara bintang idol Kpop dan seorang pelajar yang bertajuk Doona!

Kdrama siri Korea yang akan ditayangkan di Netflix tersebut bakal menghiasi hari-hari anda nanti. Kdrama siri Netflix manakah yang paling anda nanti-nantikan?

Baca lagi: Lee Do Hyun Mengesahkan Pendaftaran Tentera

Baca juga: 10 Kdrama Pembunuhan Penuh Plot Twist, Berjaya Buat Penonton Tergamam