Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Kdrama yang Tampilkan Kisah Keluarga Penuh Misteri, Banyak Kejutan

7 Kdrama yang Tampilkan Kisah Keluarga Penuh Misteri, Banyak Kejutan

0

Kdrama baharu Perfect Family bakal ditayangkan pada bulan Ogos 2024 nanti. Kdrama yang dibintangi oleh Park Joo Hyun ini akan menguak kehidupan keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna, tetapi penuh misteri dan rahsia. Kehidupan keluarga itu tiba-tiba berubah selepas anak perempuan mereka terlibat dalam kes pembunuhan.

Bukan hanya Perfect Family, beberapa buah Kdrama 2024 berikut ini juga turut menampilkan kisah keluarga yang penuh misteri. Kehidupan mereka tidak pernah lepas dari masalah.

 

1. Perfect Family

Kdrama

Perfect Family mengisahkan tentang kehidupan keluarga yang tampak sempurna dan bahagia. Choi Sun Hee (Park Joo Hyun) merupakan anak angkat seorang peguam bernama Choi Jin Hyuk (Kim Byung Chul) dan Ha Eun Joo (Yoon Se Ah).

Choi Sun Hee diambil sebagai anak angkat selepas anak tunggal keluarga itu meninggal dunia kerana kemalangan. Walau bukan anak kandung, dia sangat disayang dan dilindungi oleh ibu angkatnya. Suatu hari, Choi Sun Hee terlibat dalam kes kematian kawannya. Kes itu membuatkan kehidupan keluarganya mengalami perubahan.

Selain pelakon utama, Perfect Family juga menampilkan Lee Si Woo, Yoon Sung Hyun, Choi Ye Bin, Kim Young Dae, dan Kim Do Hyun. Kim Myung Soo bakal muncul sebagai cameo dan membawa watak sebagai detektif.

 

2. Bitter Sweet Hell

f3056d7b 7532 44c9 93bb 3725d6552d59

Bitter Sweet Hell merupakan Kdrama bergenre black comedy yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga yang dari luar nampak bahagia dan sempurna. Suatu hari, hidup aman keluarga itu terancam akibat sebuah kes. Walay saling membenci, menantu dan mertua saling bekerja sama untuk menyelamatkan keluarga mereka.

No Yeong Won (Kim Hee Seon) merupakan perunding psikologi dan selebriti. Dia juga merupakan isteri kepada doktor yang bernama Choi Jae Jin (Kim Nam Hee). Sementara itu, Hong Sa Gang (Lee Hye Young) merupakan penulis buku misteri yang dikenali sebagai seorang manusia berkarisma dan sensitif. Dia sering mempunyai konflik dengan menantunya, No Yeong Won. Secara mengejut, dia terlibat dengan wanita misteri yang mengganggu keluarganya.

 

3. The Atypical Family

66156cd9 d612 4336 b8b7 5092c8adcc8f

The Atypical Family merupakan Kdrama fantasi yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga yang mempunyai kuasa super. Keluarga itu sudah bertahun-tahun tidak boleh menggunakan kuasa mereka kerana mengalami pelbagai masalah seperti masalah kesihatan dan juga masalah mental. Suatu hari, keluarga itu didatangi oleh seorang wanita misteri yang bernama Do Da Hee (Choi Woo Hee).

 

4. Hide

IMG 4643 1

Hide menampilkan kisah keluarga peguam yang juga merupakan pemilik firmal guaman. Na Moon Young (Lee Bo Young) bekas pendakwa raya yang kini menjadi peguam. Suaminya adalah Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng) yang merupakan CEO di Firma Guaman Cha Woong.

Suatu hari, Cha Sung Jae tiba-tiba menghilang. Na Moon Young mengenali suaminya sebagai sosok yang baik, tapi terkejut dengan banyak rahsia yang terungkap semasa suaminya menghilang. Dia berjuang mencari suaminya dan mengungkap kebenaran yang tersembunyi.

 

5. Wonderful World

IMG 4644

Wonderful World menampilkan kisah Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) yang merupakan profesor psikologi dan penulis terkenal. Suaminya adalah Kang Soo Ho (Kim Kang Woo), seorang pembaca berita yang pentingkan keadilan. Kehidupan pasangan suami isteri itu tiba-tiba berubah apabila anak tunggal mereka meninggal dunia akibat kemalangan.

 

6. A Shop for Killers

a08826eb dd3e 4380 9091 8b0d66ffff9a

A Shop for Killers merupakan Kdrama aksi yang berlatarkan sebuah kedai misteri. Jeong Ji An (Kim Hye Jun) tinggal bersama bapa saudaranya selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia. Bapa saudaranya, Jeong Jin Man (Lee Dong Wook) sangat tegas dan membuatkan dia memilih untuk berpindah rumah.

Suatu hari, Jeong Ji An dikejutkan dengan berita kematian bapa saudaranya. Dua juga tiba-tiba mewarisi sebuah kedai misteri dan perlu bertahan dari serangan para pembunuh upahan.

 

7. My Happy Ending

66becdaf 93b3 4baf 8542 928fc947c9f6

My Happy Ending menampilkan kisah wanita hebat yang memiliki kehidupan yang sempurna. Dia adalah Seo Jae Won (Jang Na Ra), seorang CEO di syarikat perabot dan juga merupakan seorang influencer terkenal. Dia berkahwin dengan Heo Soon Young (Son Ho Jun). Suaminya sangat penyayang dan mementingkan keluarga dari segalanya.

Hidup Seo Jae Won yang sempurna itu tiba-tiba berubah secara drastik. Dia dikhianati oleh orang-orang yang dipercayanya dan perlu menghadapi wajah sebenar yang selama ini mereka sembunyikan.

Keluarga-keluarga yang tersenarai di atas tampak sempurna dan menjadi idaman dari luar. Namun, siapa sangka ada banyak konflik dan misteri yang selama ini tidak pernah diketahui oleh orang lain.

Anda sudah tonton?

Baca lagi: tvN mengumumkan 7 Kdrama Mereka untuk separuh kedua Tahun 2024
Baca juga: 10 Kdrama Thriller Terbaik yang Perlu Ditonton, Misteri Pembunuh Bersiri yang Mengejutkan