Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Kejutan dalam Episod Awal Good Partner, Rahsia Pilu Terbongkar?

7 Kejutan dalam Episod Awal Good Partner, Rahsia Pilu Terbongkar?

0

SBS kembali mempersembahkan hiburan untuk para peminat drama Korea melalui drama terbaru mereka iaitu Good Partner.

Drama Good Partner yang ditayangkan secara perdana 12 Julai 2024 di Viu ini telah ditunggu-tunggu oleh ramai peminat sebelum ini. Sebab utama drama ini memang dinantikan adalah kerana drama ini menampilkan nama-nama besar seperti Jang Na Ra, Nam Ji Hyun, Kim Jun Han, dan Pyo Ji Hoon sebagai watak utama.

Good Partner menyoroti tentang kisah Cha Eun Kyung (Jang Na Ra) yang menjadi ketua pasukan peguam perceraian bagi Firma Undang-Undang Daejeong. Wanita itu merekrut anggota pasukan baru iaitu Han Yu Ri (Nam Ji Hyun). Mereka bekerja sama untuk menangani berbagai-bagai kes perceraian yang berbeza pada setiap episod.

Walau berbeza kes pada setiap episod, drama ini memiliki konflik utama yang sangat menarik. Di episod awal tayangannya, terdapat banyak kejutan yang membuat para penonton tercengang.

Ingin tahu? Mari sama-sama kita lihat di bawah ini!

 

Good partner

1. Semasa proses temu duga kerja, Han Yu Ri bersemangat untuk bekerja di mana-mana jabatan pun kecuali jabatan perceraian. Dia menyimpan harapan untuk bekerja di bahagian korporat. Sayangnya, dia terpilih menjadi peguam perceraian

 

 

Good partner

2. Cha Eun Kyung, ketua tempat kerjanya ternyata pernah memberi kuliah di kelas Yu Ri semasa dia masih belajar. Dia tidak menyukai ketuanya tersebut sejak dari waktu kelas kuliah itu

 

 

76cbdaa1 ee88 4be1 90ca fcfae609087e

3. Menangani kes pertamanya, Yu Ri percaya pelanggannya itu tidak curang. Namun, selepas mendapat kemenangan dalam kes tersebut, dia mendapati bahawa pelanggannya itu memang curang dan jahat

 

 

e912f2ee 171a 4d17 91ba a0352f74880c

4. Kelihatan seperti seorang gadis yang ceria, Yu Ri rupa-rupanya mempunyai masa lalu yang sangat memilukan. Bapanya berlaku curang sejak dia masih remaja

 

 

aa27fc91 7e11 4214 bc6c 57ac5223dd8a

5. Sementara itu, Cha Eun Kyung sebagai peguam perceraian paling popular pada waktu ini memiliki rumah tangga yang tidak bahagia

 

da976723 4faf 404b 86bc af70f6f2149f

6. Semasa Han Yu Ri hendak berehat di ruang rehat syarikat, dia menyaksikan suami Eun Kyung melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain

 

 

f5d1fd13 8f3e 439b a96e 831187bd121d

7. Lebih mengejutkan lagi apabila Yu Ri memberitahu Eun Kyung tentang perkara itu, dia rupa-rupanya sudah mengetahui tentang perbuatan curang suaminya. Bahkan, dia juga tahu tentang siapakah perempuan simpanan suaminya

Kejutan-kejutan yang disajikan pada episod awal membuatkan drama Korea Good Partner terbukti sangat berbaloi untuk ditonton. Walau menampilkan genre makjang, tetapi sajian cerita dan kehebatan pasukan satu Firma Undang-Undang Daejeong menampilkan cerita yang menyegarkan dan tidak membosankan. Jangan lupa tonton hanya di Viu ya!

Baca lagi: “Good Partner” Ditulis oleh Peguam Perceraian Sebenar, Menggabungkan Pakatan Hebat Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun
Baca juga: The Auditors Membawa Genre Thriller Misteri, Bahas Isu Jenayah dan Rasuah