Home Kdrama/Kmovie 7 Kejutan yang Ditampilkan dalam Frankly Speaking, Kisah Kian Menarik

7 Kejutan yang Ditampilkan dalam Frankly Speaking, Kisah Kian Menarik

0

On Woo Joo (Kang Ha Na) adalah watak utama wanita dalam drama Korea terbaru Frankly Speaking. Dia merupakan seorang penulis program variety show. On Woo Joo menguruskan variety show yang telah lama ditayangkan iaitu Men on the Run. Namun, sebuah kejadian malang membuatkan program Men on the Run dibatalkan dan dibubarkan.

On Woo Joo terus bangkit dan membuat variety show baru yang berjudul Couples Paradise. Konsep program sama seperti Single’s Inferno. Song Ki Baek (Go Kyung Pyo) merupakan salah seorang peserta program Couples Paradise. Dia adalah seorang pembaca berita yang meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan layanan dan kerenah rakan-rakannya.

Kim Jeong Heon (Jo Jong Hyuk) juga merupakan salah seorang perserta variety show Couples Paradise. Dia adalah artis terkenal dan digelar-gelar sebagai menantu idaman. Di masa lalu, ternyata Song Ki Baek dan Kim Jeong Heon telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi.

Berikut dibawah ini adalah tujuh kejutan yang dipersembahkan di episod 5-6 drama siri Frankly Speaking.

 

 

Frankly speaking
1. On Woo Joo muncul dengan idea variety show bertemakan ‘dating’ yang bertajuk Couples Paradise dan para peserta lelaki masing-masing mempunyai persamaan yang tidak jauh berbeza

 

 

 

14b1ac22 2eab 4536 ac58 8f9a9ef02a79
2. Ternyata Song Ki Baek dan Kim Jeong Heon adalah sahabat di bangku sekolah dan mereka merebut gadis yang sama iaitu Min Cho Hui (Han Dong Hee)

 

 

 

6889c646 8677 4d34 861e e381a477d567
3. Bukan hanya Song Ki Baek dan Kim Jeong Heon, Min Cho Hui juga rupa-rupanya adalah cinta pertama semua peserta lelaki program Couples Paradise

 

 

 

65f7b4ba 2a9c 4230 8fb7 858798f27108
4. Perkara itulah yang merupakan persamaan bagi para peserta lelaki Couples Paradise. Kru menampilkan Min Cho Hui untuk menambah tarikan bagi program tersebut

 

 

 

ce54fc84 96eb 41cc 82fc caf603339f83
5. On Woo Joo mendapat idea untuk mencipta program Couple Paradise kerana catatan yang diberikan oleh Song Ki Baek padanya

 

 

 

2c634d81 07e2 438f 87da 6c22bec394ba
6. Semasa Song Ki Baek hilang di hutan, On Woo Joo menemuinya dan mengatakan bahawa hatinya berbunga-bunga setiap kali melihat lelaki itu

 

 

 

bdabfd7d 4a7a 41aa b550 034b6eaea94c
7. Salah seorang peserta melarikan diri, On Woo Joo yang merupakan ketua penulis turut sama menjadi peserta Couple Paradise

On Woo Joo yang merupakan bekas kekasih Kim Jeong Heon, kini turut menjadi peserta program Couples Paradise. Walau mereka sudah lama putus, nampaknya Kim Jeong Heon masih memiliki perasaan pada On Woo Joo. Namun, kini On Woo Joo lebih rapat dengan Song Ki Baek. Lalu, siapakah yang akan menjadi pilihan On Woo Joo? Saksikan episod seterusnya nanti di Netflix ya!

Baca lagi: Semakin Mencuit Hati, Apakah Sebenarnya yang Terjadi pada Go Kyung Pyo dalam Frankly Speaking?
Baca juga: ‘Frankly Speaking’ Kdrama Komedi Romantik Terbaru Tayang 1 Mei Ini