Sama ada untuk menyara diri, keluarga, atau karier mereka, berikut kerja sambilan yang pernah mewarnai resume tujuh penyanyi K-Pop ini:
1. Suga BTS
Sebelum Suga mula debut dengan BTS, dia harus cari duit lebih bagi menampung hidupnya sepanjang tahun-tahunnya sebagai trainee.
Dia pernah bekerja sambilan sebagai rider atau penghantar barang. Malangnya, dia ditimpa kemalangan motosikal semasa bekerja sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada bahu, dan sampai sekarang bagi kesan pada pergerakan tariannya.
2. Soyou SISTAR
Soyou terpaksa mula bekerja seawal usia 16 tahun kerana keluarganya tidak berkemampuan. Dia bekerja keras untuk mendapatkan sijil pendandan rambut profesional dan bekerja sambilan di salun rambut.
Selain itu, dia turut pernah bekerja di sebuah stesen minyak. Boleh dikatakan hampir semua jenis kerja part-time dia dah pernah rasa.
3. Im Siwan ZE:A
Im Siwan dikenali sebagai seorang pelajar cemerlang dan presiden kelas semasa zaman sekolah.
Sebelum debut, dia merupakan penuntut kejuruteraan mekanikal di Universiti Busan dan buat duit sebagai tutor peribadi, mengajar matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
4. Choa AOA
Selepas gagal dalam uji bakat ketika berusia 20 tahun, Choa jadi jurujual produk. Dia gigih bekerja sehingga dapat meraih sales terbanyak dan terbaik di antara semua pekerja.
Dengan menggunakan wang simpanan hasil titik peluhnya itu, dia berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam uji bakat seterusnya.
Akhirnya Choa berjaya menyertai FNC Entertainment dan memulakan debutnya dengan AOA.
5. Lee Hongki FT ISLAND
Dari kedai kecantikan hingga menjadi pekerja penghantaran, itulah kerja sambilan yang pernah dilakukan oleh Lee Hongki.
Menurut penyanyi itu, pekerjaan paling sukar adalah pemandu penghantaran di restoran Cina dan terpaksa ambil balik bekas penghantaran. Di Korea, servis penghantaran makanannya pakai pinggan, bukan bungkusan macam kita dan pinggan itu perlu dikembalikan semula ke restoran.
6. Geummi Crayon Pop
Yang ini unik sebab kerja Geummi adalah cabut akar rambut, di mana dia perlu pisahkan folikel dari rambut untuk tujuan perubatan.
7. Ken VIXX
Sebelum debut, Ken pernah bekerja sambilan di Loteria, sebuah restoran makanan segera francais selama sembilan bulan. Sebab itulah dalam rancangan TV “The Capable Ones” dia dapat kenal pasti mana satu burger dari Loteria.
Sumber: KpopStarz