Lee Doona (Bae Suzy) dan Lee Won Jun (Yang Se Jong) adalah pasangan utama dalam Kdrama siri Korea Selatan, Doona!.
Walaupun permulaan kisah cinta mereka sangat manis dalam Kdrama romantik itu, pasangan ini putus menjelang pengakhiran cerita. Kisah pasangan ini juga mempunyai open ending dan hingga ke akhir, cerita mereka berdua bergantung pada persepsi dan pandangan penonton sendiri.
Termasuk pasangan wondoo ini, ada beberapa pasangan lain yang juga menunjukkan kisah open ending dalam Kdrama 2023. Contohnya adalah seperti senarai pasangan yang berikut ini. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat ulasannya.
1. Penghujung hubungan Lee Doona (Bae Suzy) dan Lee Won Jun (Yang Se-jong) dalam Doona! membuatkan muncul dua teori: antara yakin mereka telah putus atau sebenarnya telah berbaik semula
2. Tanpa pengembaraan masa, arah tuju kisah cinta Nam Si Heon (Ahn Hyo Seop) dan Han Jun Hee (Jeon Yeo Bin) berubah tetapi tanpa sebarang sambungan atau penjelasan di episod akhir A Time Called You
3. Dalam drama siri yang sama iaitu A Time Called You, Jung In Gyu (Kang Hoon) memang semakin rapat dengan Kwon Min Ju (Jeon Yeo Bin), tetapi hubungan antara mereka masih tidak jelas
4. Selepas putus dengan kekasih masing-masing, pengakhiran untuk Ha Sang Soo (Yoo Yeon Seok) dan Ahn Soo Young (Moon Ga Young) sekadar bertemu sahaja sekali lagi dalam The Interest of Love
5. Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun) dalam See You in My 19th Life berusaha untuk mendekati Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) yang amnesia. Pengakhiran kisah mereka berdua masih tergantung
6. Dalam epilog Kdrama siri Island, pisau milik Van (Kim Nam Gil) dilihat bergerak-gerak. Belum jelas apakah ini bermaksud Van masih hidup dan akan bertemu Won Mi Ho (Lee Da Hee)
7. Mempunyai keserasian yang sangat menjadi, sampai ke akhir kisah Taxi Driver 2 masih belum jelas adakah Kim Do Ki (Lee Je Hoon) mempunyai perasaan cinta terhadap rakannya, Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin)
Tujuh pasangan dalam Kdrama 2023 yang tersenarai di atas mempunyai keserasian semulajadi dan membuatkan para penonton cair hati. Sayangnya, kisah mereka tidak dijelaskan dengan lebih lanjut dan dibiarkan tergantung supaya penonton mencipta persepsi masing-masing.