Taxi Driver 2 baru sahaja tamat pada 14 Februari 2023 lalu. Ending yang tidak diduga dengan keadaan villain utamanya, membuatkan para penonton saling beranggapan dan masih berbicara soal apa yang terjadi.
Ada yang lega kerana pada akhirnya On Ha Joon (Shin Jae Ha) mendapat pembalasan, ada pula yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa karakter tersebut. Disebalik semua itu, berikut ini adalah beberapa orang mangsa pembunuhan On Ha Joon.
Jom baca sama-sama, kita mahu bersimpati atau berpuas hati dengan pengakhiran On Ha Joon.
1. Seorang kanak-kanak sewaktu On Ha Joon berumur 10 tahun
Siapa sangka pembunuhan awal yang dilakukan oleh penjahat dalam Taxi Driver 2 ini dimulakan sejak dia masih kanak-kanak. Pembunuhan berlaku kerana kanak-kanak yang mati itu mengejek Oh Ha Joon. Bukan itu sahaja, ekspresi yang dibuat oleh On Ha Joon langsung tidak menunjukkan rasa penyesalan sama sekali. Dia seolah-olah bingung dan merasa kebanggaan kerana Bishop menyanjungnya dan memberinya nama “On Ha Joon.”
Baca Lagi: 11 Watak Misteri Yang Menjadi Buruan Dalam Kdrama
2. Seorang ketua polis
Park Hyun Jo (Park Jong Hwan) merupakan seorang ketua polis yang berada di bawah naungan Bishop. Tidak hairanlah banyak kes kejahatan yang dilakukan oleh On Ha Joon dilepaskan begitu sahaja. Sewaktu kes Black Sun didedahkan kepada orang ramai oleh anggota teksi mewah, Park Hyun Jo sebelum itu sudah dikatakan akan mendapat jawatan yang lebih tinggi. Black Sun tertangkap menyeludup dadah dan sekaligus menjerat ketua polis itu. On Ha Joon yang geram dengan kakacauan itu akhirnya mencekik leher Park Hyun Jo hingga lelaki itu mati. Padahal Park Hyun Jo telah banyak kali membantu menutup kejahatan Black Sun.
3. Ketua perniagaan buruh paksa ke Vietnam
Siapa sangka sebenarnya ketua yang menjalankan perniagaan buruh paksa ke Vietnam ini adalah seorang ketua polis. Dia adalah Kim Hyung Sub (Park Sung Geun).
Pada awalnya semua berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Hingga Kim Do Gi (Lee Je Hoon) datang dan menyamar untuk bekerja di situ. Sewaktu Kim Do Gi dalam pertarungan dengan ketua itu, tiba-tiba peluru senapang meluncur dari satu arah dan menancap tepat pada jantung Kim Hyung Sub. Polis itu terjatuh dan mati di tempat kejadian. Pembunuhnya adalah On Ha Joon. Ternyata perniagaan haram itu merupakah salah satu jenayah haram yang dikelola oleh On Ha Joon. Waktu dia tahu semua sudah kacau bilau, ketua sindiket tadi menjadi target utama untuk dilenyapkan.
4. Ahli perniagaan hartanah
Kes seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui oleh anggota teksi mewah di tepi jalan, ternyata itu adalah kanak-kanak yang berjaya melarikan diri. Kanak-kanak itu lari dari tempat penyeksaan kanak-kanak.
Ternyata individu yang menyeksa kanak-kanak itu merupakan pemilik perniagaan hartanah yang sangat disukai di Korea Selatan. Apabila jenayah jahatnya terungkai oleh ahli teksi mewah, perniagaan milik Kang Pil Seung (Kim Do Yoon) ini terus hancur. Dia menjadi miskin dan berkeliaran sebagai gelandangan. Akhirnya On Ha Joon datang dan membunuh Kang Pil Seung dan membuang mayatnya di kawasan gunung.
5. Kim Do Gi
Salah satu sebab On Ha Joon ingin melenyapkan Kim Do Gi adalah kerana rasa iri hati. Iri hati kerana pemandi teksi itu berjaya melakukan apa sahaja dengan kemenangan mutlak. Selain itu, pemilik Black Sun ini juga kesal kerana Kim Do Gi selalu menghalang beberapa perniagaannya. Hingga pada suatu malam, On Ha Joon meletakkan sebuah bom di bawah tekai mewah yang membuatkan teksi itu meletu. Beberapa saat sebelum meletup, Kim Do Gi berjaya melompat keluar dari kenderaan itu. Nasib menyebelahi Kim Do Gi kesayangan penonton kerana ternyata dia masih selamat dan baik-baik sahaja.
6. Ayahnya sendiri
Betapa terkejutnya On Ha Jun sewaktu melihat gambar-gambar yang diberikan oleh Jang Sung Cheol (Kim Eui Sang) yang merupakan pemilik perniagaan Rainbow Taxi, tempat Ha Joon pernah menyamar sebagai pemandu teksi. Dia terkejut kerana salah satu gambar itu merupakan gambarnya sewaktu dia masih kecil bersama ibu dan ayahnya. On Ha Joon kembali teringat dengan seorang mangsa yang pernah dibunuhnya dulu. Kenyataannya, dia telah membunuh ayahnya sendiri kerana perintah dari Bishop. Ayahnya pada waktu itu sedang menunggu kehadiran anaknya. Tanpa ragu-ragu kerana tidak mengetahui siapakah mangsanya, Ha Joon telah menolak mangsanya itu yang merupakan ayahnya sendiri hingga terjatuh dari bangunan dan mati. Sungguh tragis!
7. The Bishop
Pada episod terakhir, On Ha Joon meminta Kim Do Gi untuk mengambil kesnya sebagai salah satu khidmat balas dendam dari pasukan teksi mewah. Sewaktu pemandu teksi itu tiba di tempat yang disebutkan oleh Ha Joon, di sana dia sudah disambut oleh ramai anak buah dan juga Bishop. Siapa sangka sebenarnya On Ha Joon memilih untuk menyelesaikan masalahnya sendiri dengan menolak Bishop tersebut dan dia sama-sama terjun dari atas bangunan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian. Mangsa pembunuhan On Ha Joon pada episod terakhir adalah satu kemenangan dan kegembiraan buat semua penonton. Bishop yang merupakan akar dari segala permasalahan akhirnya menemui ajalnya.
Para peminat “Taxi Driver 2” kini pastinya tidak sabar untuk menantikan musim ke-3 pula nanti kerana seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Taxi Driver 3 bakal kembali menemui para peminatnya sama ada pada akhir tahun ini atau 2024!
Bagi anda yang masih belum lagi mula menonton Taxi Driver 2 ini, kini anda boleh mula marathon kesemua episod di Viu Malaysia!
Baca Juga: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan