Variety show Korea Selatan iaitu Running Man selalu membuat penggambaran di luar negara. Kehadiran mereka ke mana-mana negara selalu disambut oleh jutaan peminat yang sangat setia menunggu di lapangan terbang. Di negara-negara yang telah mereka kunjungi, Running Man melaksanakan misi dengan konsep yang sesuai dengan negara tersebut.
Bermula dari negara yang berada di benua Asia sampailah ke benua Eropah, semuanya telah mereka kunjungi. Terdapat juga negara yang dikunjungi lebih dari sekali oleh mereka, jom sama-sama kita lihat 7 buah negara yang pernah dikunjungi oleh pasukan Running Man!
1. Taiwan (Episod 212)
Episode 212 dilakukan di sebuah taman tema yang terletak di Taiwan. Mereka perlu menaiki permainan menakutkan seperti sebuah roller coaster yang bernama Screaming Condor di Taiwan. Roller coaster ini dianggap sangat ekstrem kerana Screaming Condor bergerak secara vertikal dan bahaya..
Namun, tentu sahaja setiap anggota Running Man diberi peluang untuk mengelak menaiki roller coaster tersebut. Mereka perlu mengubah nombor 1470 menjadi nombor 0 dengan melakukan serangkaian misi.
2. Dubai (Episod 289-290)
Running Man membawa Jung Il Woo dan Lee Da Hee untuk mengikuti perjalanan mereka di negara Dubai. Pada awalnya pihak Running Man menyatakan bahawa perjalanan ini merupakan hadiah untuk anggota Running Man berlibur. Namun ternyata, di sana mereka tetap diberi misi untuk diselesaikan.
Dimulakan dari sebuah bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa, anggota Running Man dan kedua-dua bintang jemputan memulakan perjalanan mereka menjelajahi Negara Dubai.
Mereka akan melawat beberapa tempat pelancongan, salah satu aktiviti yang dilakukan adalah sky diving atau terjun bebas. Kemudian, mereka perlu mengumpulkan 10 bintang supaya boleh bisa berehat di sebuah hotel mewah. Anggota yang tidak berjaya akan berakhir dengan tidur di tengah-tengah gurun pasir.
Baca Lagi: 13 Siri Anime Terbaik di Netflix Sekarang
3. Jepun (Episod 347-348, 353-355, 390-392)
Merupakan salah sebuah negara jiran, membuatkan Running Man telah beberapa kali mengunjungi Jepun untuk menjalankan misi. Terdapat juga beberapa episod yang menyaksikan mereka pergi dan balik Korea Selatan-Jepun hanya dalam masa satu hari.
Dalam banyak-banyak episod Running Man yang berlatarkan negara Sakura tersebut, pastinya para penonton akan mengingati episod yang paling epik iaitu ketika mereka melaksanakan hukuman pada episod 354. Hukuman ini diberikan kepada anggota yang kalah pada dalam projek global race.
Mereka adalah Yoo Jae Suk, Ji Seok Jin, Lee Kwang Soo, Jeon So Min, dan Yang Se Chan yang akan memasuki sebuah rumah hantu menyeramkan yang berada di taman hiburan Fuji-Q Highland, Jepun.
4. Macau (Episod 133)
Negara berikutnya yang pernah dikunjungi oleh Running Man adalah Vietnam. Han Hye Jin dan Lee Dong Wook menjadi bintang jemputan pada episod ini. Sewaktu masih berada di dalam kapal terbang, para anggota Running Man sudah menerima misi untuk menemui seseorang yang disebut “Fisherman’s Wharf” di lapangan terbang nanti.
Episod ini diberi tajuk “Rahsia 9 Pedang” di mana setiap pasukan perlu mencari kesembilan-sembulan pedang yang berada di beberapa tempat di Asia. Salah satu tempat yang mereka kunjungi adalah Menara Macau. Di sana mereka perlu menjalani tiga misi ekstrem, di antaranya adalah berjalan di udara, memanjat tiang, dan juga melakukan bungee jumping tertinggi di dunia.
Misi tersebut wajib dilakukan untuk mendapatkan tiga huruf yang kemudian mereka cantumkan untuk menyelesaikan misi.
5. Vietnam (Episode 134, 136)
Episod ini merupakan lanjutan dari Asia Race yang pertama diselenggarakan di Macau. Pada pagi harinya, mereka terbang ke Vietnam untuk melanjutkan misi mencari pedang yang tersisa. Ketika kesemua sembilan pedang sudah terkumpul, sebilah pedang emas akan kembali. Mereka mengunjungi beberapa tempat untuk melaksanakan misi.
6. Mongolia (Episod 351-352)
Dalam episod 351 dan 352, anggota Running Man dipecahkan menjadi dua pasukan. Di antaranya adalah pasukan yang pergi ke Mongolia dan pasukan yang pergi ke Rusia. Yoo Jae Suk, Ji Seok Jin, Song Ji Hyo, dan Jeon So Min harus pergi ke Mongolia kerana mereka telah menikmati masakan khas negara tersebut yang disediakan dengan menggunakan daging biri-biri.
Di Mongolia pasukan ini akan berjumpa dengan pengembala, memerah susu biri-biri, dan membawanya kembali ke Korea Selatan. Kali ini, Song Ji Hyo mengambil tugas sebagai ketua pasukan. Ia mempunyai kuasa untuk mencatat nama anggota kumpulan yang tidak mematuhinya.
7. Rusia (Episod 351-352)
Pasukan Rusia ini dianggotai oleh Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, dan Yang Se Chan. Misi yang mereka lakukan juga cukup sukar iaitu menangkap ketam raksasa dan 10 jenis ikan di laut Okhotsk. Oleh kerana itu, pasukan yang diketuai oleh Kim Jong Kook ini perlu berlayar ke tengah lautan.
Mereka menumpang sebuah kapal nelayan yang selalu menangkap ketam. Misi ini bukan misi yang mudah. Setelah mengambil masa yang lama untuk memancing, mereka masih tidak berjaya untuk membuat sebarang tangkapan.
Running Man sekarang ini telah sampai ke episod 600 lebih. Program yang telah ditayangkan selama 13 tahun ini masih menjadi tontonan kegemaran untuk mengisi waktu lapang dan senggang.
Baca Juga: 12 Karakter Yang Salah Faham Dengan Keluarga Sendiri Dalam Kdrama