Salah satu tema cerita yang banyak diangkat dalam Kdrama siri pada tahun 2023 ini adalah teman pengembaraan waktu.
Dalam barisan senarai Kdrama siri ini, sebahagiannya menyelitkan kisah romantik yang membuatkan para penonton jatuh hati dan tertunggu-tunggu episod baru setiap minggu. Watak-watak utama dalam drama siri ini dikisahkan bertemu jodoh sewaktu menjelajah waktu ke masa depan atau masa lalu.
Tujuh pasangan dalam Kdrama berikut ini bertemu jodoh ketika dalam penjelajahan waktu. Walaupun tujuan atau misi asal mereka dalam pengembaraan waktu tersebut bukanlah mencari jodoh, semua watak-watak ini pada akhirnya menemui cinta sejati dan belahan jiwa mereka. Siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat!
1. Sewaktu menjelajah ke tahun 2023, Park Yeon Woo (Lee Se Young) bertemu dengan lelaki yang sangat mirip dengan mendiang suaminya dalam The Story of Park’s Marriage Contract
2. Sewaktu berusaha mengubah nasib ibu bapanya di tahun 1995, Ha Eun Gyeol (Ryeo Un) bertemu cinta pertamanya dalam Twinkling Watermelon
3. Dalam drama siri yang sama, On Eun Yu (Seol In Ah) menjelajah waktu ke masa lalu untuk menemui cinta pertama ibunya. Namun dia juga turut bertemu dengan jodohnya sendiri
4. Dalam My Perfect Stranger, tujuan Yoon Hae Jun (Kim Dong Wook) menjelajah ke tahun 1987 untuk adalah untuk menangkap psikopat yang merupakan pembunuh bersiri, siapa sangka dia juga bertemu dengan bakal isterinya di sana!
5. Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) dalam drama siri yang sama iaitu My Perfect Stranger tanpa sengaja terjebak dalam pengembaraan waktu. Di sana, dia menjalin kasih dengan pengembara waktu yang lain
6. Han Jun Hee (Jeon Yeo Bin) dalam A Time Called You menjelajah waktu ke tahun 1998 dan bertemu lelaki yang sangat mirip dengan mendiang kekasihnya
7. Nam Si Heon (Ahn Hyo Seop) dalam drama siri yang sama iaitu A Time Called You mengembara ke masa depan untuk menemui cinta pertamanya yang berbeza garis masa dengannya
Semua pasangan dalam drama siri 2023 di atas mempunyai cerita masing-masing dalam menjelajah waktu dan misi mereka semuanya berbeza. Walaupun begitu, persamaan mereka adalah mempunyai kisah cinta yang terjalin sewaktu sedang menjelajah waktu. Kisah siapakah yang paling anda suka?