Drama-drama Korea selalunya menampilkan barisan pelakon lelaki kdrama yang dapat memikat hati ramai penonton. Bukan hanya tertarik dengan paras rupa mereka sahaja, para pelakon lelaki kdrama ini juga mempunyai kualiti dan bakat lakonan yang luar biasa.
Tidak hairanlah, apabila tampil dalam sesebuah drama, kemunculan mereka sebagai pelakon lelaki kdrama menjadi daya tarikan tersendiri yang akan membuatkan para penonton semakin setia untuk menikmati drama-drama lakonan mereka. Drama-drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon popular ini biasanya memang dinanti-nantikan.
Berikut ini adalah tujuh orang pelakon lelaki kdrama yang paling popular menurut laman MyDramaList.
1. Lee Jong-Suk
Lee Jong-suk merupakan pelakon lelaki kdrama paling popular di laman sesawang MyDramaList. Profil pelakon ini telah disukai oleh 20752 orang pengguna.
Memulakan debut pada tahun 2005, dia telah muncul sebagai salah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang paling terkenal waktu kini. Beberapa drama popular yang pernah dibintanginya adalah seperti Big Mouth (2022), The Hymn of Death (2018), While You Were Sleeping (2017), dan Doctor Stranger.
2. Ji Chang-Wook
Seterusnya adalah Ji Chang-wook. Selama ini, pelakon yang dilahirkan pada 5 Julai 1987 tersebut telah banyak membintangi filem dan drama Korea. Tidak hairanlah, di laman MyDramaList, profil pelakon ini telah disukai oleh 16833 orang pengguna.
Antara drama Korea popular yang pernah dibintangi oleh Ji Chang-wook adalah Empress Ki (2013), Healer (2014), Suspicious Partner (2017), dan If You Wish Upon Me.
3. Park Seo-Joon
Profil Park Seo-joon telah disukai sebanyak 14634 pengguna. Pelakon ini menyelesaikan latihan ketenteraan wajib pada tahun 2010 dan terus terjun ke dunia hiburan. Waktu itu, dia tampil dalam video muzik Bang Yong-guk bertajum I Remember.
Salah sebuah drama Korea popular yang pernah dibintanginya adalah What’s Wrong With Secretary Kim. Dalam siri ini, dia bergandingan dengan pelakon cantik jelita Park Min-young. Pelakon ini juga tampil dalam drama Hwarang (2016), Fight for My Way (2017), dan juga Itaewon Class (2022).
4. Song Joong-Ki
Song Joong-ki disukai oleh 14593 orang pengguna MyDramaList. Pelakon lelaki yang dilahirkan pada tahun 1985 ini mula dikenali selepas membintangi drama bertajuk Sungkyunkwan Scandal pada tahun 2010.
Selepas itu, populariti yang dimilikinya terus meledak apabila dia membintangi drama-drama seperti The Innocent Man (2012), Descendants of the Sun (2016), Arthdal Chronicle, Vincenzo (2021), dan juga Reborn Rich (2022).
5. Kim Soo-Hyun
Kim Soo-hyun menarik perhatian ramai melalui drama bertajuk Dream High pada tahun 2011. Hasil lakonannya yang memukau dan penampilannya yang menawan, dia terkenal sebagai salah seorang pelakon lelaki kdrama dengan bayaran yang paling mahal.
Antara drama Korea yang dibintanginya adalah Moon Embracing the Sun (2012), My Love from the Star (2013), It’s Okay to not Be Okay (2020), dan juga One Ordinary Day (2021). MyDramaList menyaksikan profil pelakon ini telah disukai sebanyak 14285 pengguna.
6. Lee Min-Ho
Dikenali secara meluas sebagai pelakon, penyanyi, dan model yang berasal dari Korea Selatan, Lee Min-ho adalah pelakon yang membawa gelombang budaya Korea iaitu hallyu, pesonanya dalam siri Boys Over Flowers(2009) sangat memukau.
Dalam MyDramaList, profil Lee Min-ho telah disukai sebanyak 13915 pengguna. Antara drama yang dibintanginya adalah City Hunter (2011), Faith (2012), The Heirs (2013), The Legends of the Blue Sea (2016), dan juga Pachinko (2022).
7. Nam Joo-Hyuk
Profil Nam Joo-hyuk telah disukai sebanyak 12513 pengguna. Dalam perjalanan kariernya di dunia lakonan, pelakon ini telah tampil dalam pelbagai drama popular seperti Who Are You:School 2015 (2015), Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016), Start Up (2020), dan juga Twenty-Five Twenty-One(2022).