Home Artis Korea 7 Pelakon Pernah Menjadi Anak Ryu Seung Ryong

7 Pelakon Pernah Menjadi Anak Ryu Seung Ryong

0

Ryu Seung-ryong adalah pelakon senior yang terkenal dan ternama di Korea Selatan. Pelakon ini sudah biasa melakonkan pelbagai jenis watak dalam Kdrama dan juga filem.

Sebut sahaja watak apa pun, penulis, detektif, dan pembunuh, semuanya telah dibawa dengan cemerlang oleh Ryu Seung Ryong. Pastinya setiap pelakon mempunyai trademark tersendiri, salah satu watak yang selalu membuatkan kita teringat-ingat apabila mendengar nama Ryu Seung Ryong adalah wataknya sebagai seorang ayah yang selalunya memang sangat ikonik.

Watak ayah sudah melekat bagi pelakon yang dilahirkan pada tahun 1970 ini, ajaibnya dia mampu memberi sentuhan berbeza pada setiap watak ayah yang dilakonkan olehnya. Dalam drama terbarunya yang bertajuk Moving, wataknya sebagai ayah kepada Go Yoon Jung meraih banyak pujian dari para penonton.

Kerap membawa peranan sebagai seorang ayah, berikut adalah 7 orang artis yang pernah menjadi anak Ryu Seung Ryong dalam Kdrama dan juga filem.

 

 Ryu Seung Ryong1. Dalam Filem Miracle in Cell No.7 (2013), Kal So Won membawa watak sebagai Ye Sung, anak kepada Ryu Seung Ryong. Kisah kedua-dua ayah dan anak ini amat menyentuh perasaan!

 

877ac9f1 244b 4b32 8f13 e40b4fd0079a2. Masih dalam filem yang sama iaitu Miracle in Cell No.7 (2013), Park Shin Hye menjadi Ye Sung versi dewasa. Dia merupakan seorang peguam yang membela Ryu Seung Ryong di muka pengadilan

 

 

c2c8a2f2 3a30 4e56 b9d8 e01393a82c533. Shim Eun Kyung dan Ryu Seung-ryong menjadi ayah dan anak yang lama terpisah dalam filem superhero Psychokinesis (2018)

 

 

80dc7fba 9658 409e bdbe d84e2f9b27714. Dalam filem Seven Years of Night (2018), Ryu Seung-ryong adalah seorang pembunuh. Dia mempunyai seorang anak yang dilakonkan oleh Go Kyung Pyo

 

 

cfa5c1e3 2635 4ea2 9225 68ccd08590205. Pelakon muda berbakat besar iaitu Kim Hye Jun menjadi anak kepada Ryu Seung-ryong dalam drama Kingdom (2019). Kedua-duanya berjaya membuatkan penonton sakit hati!

 

 

50247864 3987 44ff ae9c 3e5c06d087bc6. Membawa genre komedi, Sung Yoo Bin membawa watak menjadi anak kepada Ryu Seung-ryong dan Oh Nara dalam filem Perhaps Love (2021)

 

ec9e8296 57d0 483a a10a a4b2df93a864

7. Masih ongoing, Go Yoon Jung dan Ryu Seung-ryong menjadi ayah dan anak yang memiliki kekuatan penyembuhan semula dalam drama Moving (2023)

Ryu Seung Ryong selalu berjaya membangunkan chemistry yang sangat semula jadi dengan pelakon yang bergandingan dengannya. Keserasian yang baik dengan pelakon-pelakon lain menyebabkan mereka tidak mengalami kesukaran untuk menampilkan interaksi sebagai ayah dan anak yang dinamik.

Siapakah yang paling sesuai menjadi anak
Ryu Seung Ryong?

 

Baca lagi: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving
Baca juga: 22 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton