Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Pelakon Wanita Korea Ini Bawa Watak Hakim dengan Berkesan, Sangat Menjiwai

7 Pelakon Wanita Korea Ini Bawa Watak Hakim dengan Berkesan, Sangat Menjiwai

0

Penegak undang-undang adalah watak sinonim yang sering muncul dalam drama Korea.

Ada beberapa bidang pekerjaan yang bergerak dalam bidang undang-undang, salah satunya adalah kerjaya hakim. Kerjaya tersebut sangat berpengaruh dalam sistem undang-undang kerana para hakim membuat keputusan hukuman pada orang yang didakwa.

Beberapa orang pelakon wanita Korea menunjukkan bakat lakonan mereka melalui watak sebagai seorang hakim dalam drama Korea. Adakah watak-watak ini layak disebut sebagai hakim yang baik atau sebaliknya? Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Park Shin Hye dalam The Judge from Hell (2024)

Pelakon wanita

The Judge from Hell merupakan drama Korea kedua yang dibintangi oleh Park Shin Hye pada tahun ini. Drama Korea tersebut menceritakan tentang sosok hakim wanita yang dikenali mempunyai sikap dingin dengan reputasi yang buruk. Namun, di sebalik itu, dia sebenarnya adalah iblis dari neraka yang turun ke bumi untuk menghukum para penjahat.

Park Shin Hye memang dipilih untuk membawa watak utama sebagai hakim tersebut. Dia menunjukkan lakonan yang berbeza dari sebelum ini dengan melakonkan watak makhluk supernatural. Dia bergandingan dengan Kim Jae Young yang membawa watak sebagai detektif.

Wataknya ini selalu dipandang remeh kerana dianggap tidak sesuai sebagai hakim yang berkelayakan. Penampilannya yang terlalu berani juga dianggap kurang berwibawa sehingga kerap ditegur oleh pihak atasan kerana seperti merendahkan kerjayanya sebagai hakim.

 

2. Kim Hye Soo dalam Juvenile Justice (2022)

6e87fa6e c525 4d6f 926a 6ffe79c22e6e

Pada tahun 2022, Kim Hye Soo berlakon dalam drama Korea original Netflix yang berjudul Juvenile Justice. Dia membawa watak sebagai seorang hakim yang menangani kes jenayah remaja bawah umur. Karakternya digambarkan sebagai sosok yang tidak berhati perut sehingga sering menjatuhkan hukuman terberat pada mereka yang didakwa.

Bukan sengaja melakukan semua itu, ianya dilakukan kerana kebenciannya pada remaja bawau umur. Dia pernah kehilangan anak lelaki kesayangannya akibat kejahatan pesalah juvana yang tidak boleh dihukum kerana masih di bawah umur. Oleh kerana itu, dia memiliki prinsip bahawa semua orang perlu dihukum apabila melakukan kesalahan.

 

3. Lee Jung Eun dalam Juvenile Justice (2022)

Korea

Selain itu, ada juga Lee Jung Eun yang turut memeriahkan drama Korea Juvenile Justice sebagai salah seorang pelakon utama. Wataknya sebagai Na Geun Hee merupakan bekas pendakwa raya yang kini menjadi seorang hakim di mahkamah juvana. Pada mulanya, dia memiliki sikap keras kepala.

Na Geun Hee mempunyai cara bercakap yang lembut, tetapi dia mempunyai personaliti yang dingin dan garang, dan dia menangani jenayah juvana dengan cara yang praktikal dan cekap. Dia percaya kelajuan adalah yang paling penting, jadi dia mempunyai konfrontasi yang tegang dengan Shim Eun Seok yang gigih menyelidiki kes.

Walau begitu, dia tetap berjuang habis-habisan untuk memberikan hukuman yang tepat pada para remaja yang melakukan jenayah. Kerja keras membuatkan dia berjaya menjadi ketua hakim menggantikan Kang Won Jung (Lee Sung Min).

 

4. Park Eun Bin dalam Judge vs. Judge (2017)

e24bd11c 7922 4915 b857 4e1430597031

Judge vs. Judge ditayangkan pada tahun 2017 dan mengisahkan tentang dua orang hakim yang memiliki cara berbeza dalam menangani kes di mahkamah. Salah seorang hakim tersebut adalah Lee Jung Joo yang dilakonkan oleh Park Eun Bin.

Wataknya pernah bekerja sebagai juru hebah radio yang idealistik. Dia selalu bekerja keras dalam menegakkan keadilan dan membela orang-orang yang tertindas akibat ketidakadilan. Dia dan hakim lain juga bekerja sama walau memiliki sikap dan pendekatan yang berbeza.

 

5. Kim Jae Kyung dalam The Devil Judge (2021)

0afd71e7 c7ae 4409 be02 a14eb7a268f5

Bintang ini lebih fokus sebagai pelakon, Kim Jae Kyung diberi kepercayaan untuk melakonkan watak hakim pembantu dalam drama The Devil Judge. Dia berjaya membuat para penonton hilang fokus dengan karisma dan kecantikannya. Wataknya digambarkan sebagai sosok yang bercita-cita tinggi dan berani menegakkan keadilan dengan melawan para penjenayah.

The Devil Judge menceritakan tentang sistem pengadilan yang diubah menjadi reality show untuk menghukum para penjenayah. Rancangan realiti tersebut diketuai oleh ketua hakim yang dingin dan tidak mengenali erti takut. Dia menjatuhkan hukuman seberat-beratnya tanpa belas kasihan.

 

6. Park Jin Hee dalam The Escape of the Seven: Resurrection (2024)

b95e7dd7 afa1 4641 8212 d9aa6288456d

Pada tahun ini, The Escape of the Seven: Resurrection meneruskan kisah musim pertamanya tentang aksi balas dendam pada orang-orang yang terlibat dalam kes kehilangan seorang gadis. Nasib baik, kebenaran berjaya terungkap dan keadilan ditegakkan.

Pada akhir drama, Matthew Lee (Uhm Ki Joon) mendapat hukuman mati dan tidak boleh merayu keputusan yang dikeluarkan oleh hakim yang dilakonkan oleh Park Jin Hee. Walau karakternya hanyalah cameo, wataknya mengajar para penonton untuk lebih mengambil berat dan saling membantu orang sekeliling.

Setiap pelakon wanita tentu sahaja memiliki cara tersendiri dalam menyampaikan watak mereka sebagai seorang hakim dalam drama Korea yang mereka bintangi. Mereka juga memiliki cara berbeza dalam membuat keputusan hukuman di mahkamah. Bagi anda, watak hakim manakah yang paling melekat dalam hati?

Baca lagi: 2 Episod Pertama Raih Rating Tinggi, The Judge from Hell, Park Shin Hye Ditugaskan Membawa Penjahat ke Neraka
Baca juga: Umur Sebenar 7 Pelakon Utama The Judge from Hell, Jauh Beza dengan Drama