Home Artis Korea 7 Pelakon Wanita Korea Ini Dulu Langsung Tidak Meminati Dunia Lakonan

7 Pelakon Wanita Korea Ini Dulu Langsung Tidak Meminati Dunia Lakonan

0

Ada kalanya, impian dan cita-cita yang sangat didambakan tidak dapat dicapai kerana pelbagai situasi dan sebab yang berbeza. Situasi itulah yang dialami oleh beberapa orang pelakon wanita Korea Selatan ini.

Rupa-rupanya, ramai diantara mereka dahulu memang tidak mahu dan tidak berminat untuk mencuba bidang lakonan.

Berikut merupakan senarai beberapa orang pelakon wanita Korea selatan yang sebelumnya mempunyai hala tuju dan perancangan lain untuk karier seni mereka di masa hadapan.

Namun, mereka akhirnya terjun ke dunia lakonan dan dikenali sebagai pelakon wanita ternama dan popular yang mana lakonan mereka telah berjaya membuatkan para penonton kagum dan terpukau.

Jom sama-sama kita lihat pelakon wanita Korea yang disebutkan seperti di bawah ini:

 

Pelakon   Wanita Korea1. Seo Woo tidak pernah berminat untuk mengejar kerjaya sebagai pelakon. Dia hanya secara kebetulan bertemu dengan pengarah Jang Jin hingga akhirnya berjaya debut di dalam filem, lalu dia meneruskan karier sebagai seorang pelakon

Pelakon wanita korea2. Yoo In Na pada awalnya berjuang untuk menjadi bintang idol dengan menyertai training selama 10 tahun. Namun, dia lelah menunggu untuk membuat debut dengan begitu lama hingga memilih untuk menjadi pelakon

d9efb0e2 5ec5 4bed b2f3 4fdee88e6e6a3. Impian Park Shin Hye adalah untuk menjadi seorang pegawai polis. Cita-citanya itu berubah sewaktu dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang pelakon cilik selepas menyertai uji bakat untuk MV Lee Seung Hwan

e24f1a04 c7a8 441f ab25 d0898fb8d2914. Bae Suzy dahulu hanya ingin fokus sebagai penyanyi. Dia pernah menangis dan menolak debut lakonan untuk Dream High (2011) kerana dia tidak yakin dia boleh berlakon

d3534c12 b791 42cd 813d 0c0a94edeec05. Lee Yoo Bi menyertai uji bakat untuk debut sitkom Vampire Idol (2011) bukan kerana dia ingin menjadi pelakon, tetapi kerana dia tidak mahu pergi ke sekolah

fdc0c6ee 653d 4f04 b464 363563ffe7446. Jun Ji Hyun pada awalnya mahu menjadi seorang pramugari. Dia melepaskan impiannya itu setelah merasakan pengalaman penerbangan yang buruk

abb69c8e 23e0 4cb2 a07d 0a777c4a62c67. Impian Lee Bo-young adalah untuk menjadi seorang penyampai berita. Namun, dia gagal sewaktu peringkat rekrutmen tahunan MBC pada 2002. Akhirnya, dia fokus untuk menjadi pelakon

Walaupun dunia lakonan pada awalnya bukanlah tujuan dan bidang yang diinginkan dan diminati, para pelakon wanita Korea yang tersenarai di atas telah berjaya membuktikan diri mereka dan mereka tetap hebat menyelesaikan berbagai projek lakonan. Kemampuan dan bakat lakonan mereka turut diakui dan dipuji oleh para penonton dan juga para peminat.

Baca lagi: 9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa

Baca juga: “Lies Hidden In My Garden” Dibanjiri Komen Memberangsangkan