Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 7 Perkara Menarik Tentang Watak Jung Hae In dalam Drama Terbaru Love...

7 Perkara Menarik Tentang Watak Jung Hae In dalam Drama Terbaru Love Next Door

0

Pelakon terkenal Jung Hae In kali ini kembali menyapa para peminat setianya melalui drama barunya. Pelakon berbakat besar ini diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama drama Korea baru Love Next Door bergandingan dengan Jung So Min. Drama ini adalah merupakan projek lakonan dramanya selepas drama terakhirnya iaitu D.P. Musim ke 2 yang ditayangkan pada tahun 2023 lalu.

Drama Korea Love Next Door membawa genre romantik komedi, menceritakan tentang kawan masa kecil yang kembali bertemu selepas mereka dewasa. Pertemuan ini seperti membangkitkan semula kenangan lama tentang kisah mereka di masa lalu.

Sebelum anda menonton drama baru ini, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang watak yang dibawa oleh Jung Hae In dalam drama Love Next Door seperti berikut ini.

 

785b04e8 2e8a 4ace 9cd7 28d74130e7cc

1. Jung Hae In membawa watak sebagai Choi Seung Hyo. Dia merupakan seorang arkitek muda yang popular yang berasal dari Korea Selatan

 

61779e00 cb51 4c06 8d69 9c344a14bbd3
2. Seung Hyo (Jung Hae In) menjalankan perniagaan dalam bidang arkitek yang dikenali sebagai Studio In, perniagaannya ini laris dan meningkat naik

 

c697a1c9 8121 4e48 9a47 ba75aa11dbe2
3. Selain digambarkan sebagai figura yang sempurna dalam pekerjaannya, Seung Hyo (Jung Hae In) juga mempunyai sikap dan sifat yang baik

 

5c86ef40 a95f 409a 9121 acf775573b10
4. Tapi dia mempunyai sebuah kenangan di masa lalu yang sangat ingin dilupakan dan dihapuskan, bahkan Seung Hyo (Jung Hae In) tidak mahu mengingatinya lagi

 

6834ad79 cb00 475b 87f9 92fa0a9f77f9
5. Kenangan tersebut melibatkan kawan masa kecilnya iaitu Bae Seok Ryu (Jung So Min), pada masa lalu, kedua ibu mereka juga turut bersahabat baik

 

b78356aa d4fc 4871 9767 f47cde146279
6. Dahulu Seung Hyo (Jung Hae In) dan Seok Ryu (Jung So Min) sering menghabiskan waktu bersama, mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama

 

Jung hae in
7. Hingga akhirnya, kedua-dua sahabat ini kembali bertemu dan seakan-akan sudah ditakdirkan bahwa mereka akan bersama lagi

Penampilan Jung Hae dalam drama In di Love Next Door merupakan salah satu penampilan yang paling dinantikan pada tahun ini. Tambahan pula dia akan bergandingan dengan Jung So Min, tentu sahaja keserasian mereka ini akan menambah lagi tarikan buat drama ini.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton drama Korea ini yang telah mula ditayangkan pada 17 Ogos 2024 di Netflix, tayangan setiap Sabtu dan Ahad!

Baca lagi: 11 Filem Seram Thriller Bertemakan Amarah dan Dendam, Penuh Emosi
Baca juga: 10 Drama Korea Baru yang Boleh Anda Tonton Di Hujung Minggu, Isi Masa Lapang Bersama Keluarga