Home Artis Korea 7 Perkara Menarik Tentang Watak Lee Min Ki dalam Kdrama Baru “Crash”,...

7 Perkara Menarik Tentang Watak Lee Min Ki dalam Kdrama Baru “Crash”, Genre Penyiasatan Komedi

0

Selepas drama terakhirnya pada tahun 2023 lalu iaitu dtama siri Behind Your Touch meraih kejayaan besar, Lee Min Ki sekali lagi membuat kemunculan dalam drama baru untuk tahun ini. Pelakon ini diberi kepercayaan untuk menjadi plakon utama lelaki bagi drama terbaru Crash yang sudah ditayangkan di stesen TV ENA pada 13 Mei baru-baru ini, drama ini juga boleh ditonton di platform striming terpilih.

Drama Crash ini kisah menarik kerja sama pasukan polis dalam menyelesaikan kes yang berkaitan dengan lalu lintas dan trafik. Aksi mereka dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya memjadi plot utama yang menarik dan laun dari lain kerana berbicara tentang jenayah trafik dan kemalangan jalan raya. Lee Min Ki tidak sendirian kerana pelakon ini digandingkan dengan Kwak Sun Young dan Heo Sung Tae sebagai partner di drama.

Berikut dibawah ini adalah beberapa perkara menarik tentang warak yang dibawa oleh Lee Min Ki dalam drama Korea terbaru, Crash.

 

Lee min ki
1. Dalam drama Crash, Lee Min Ki membawa watak sebagai Cha Yeon Ho yang baru sahaja dipindahkan ke pasukan TCI (Traffic Crime Investigation)

 

 

 

Crash
2. Dari penampilannya sendiri sudah kelihatan bahawa Cha Yeon Ho adalah seorang lelaki yang pintar dan cerdas

 

 

 

9c303cdb a15a 4d63 845f b0274a4797de
3. Cha Yeon Ho adalah lulusan Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) yang sangat terkenal dalam kepakaran bidang matematik

 

 

 

53c1d047 75d7 4f26 8eaf 30d55447ffa9
4. Kebolehan dan kepintarannya ini membuatkan Cha Yeon Ho boleh membuat simulasi tentang waktu terjadinya sesuatu kemalangan

Baca juga: Mengapakah Anda Perlu Menonton “Crash”? 2 Episod Awal adalah Dari Kisah Benar

 

 

766b2669 65da 4788 abed 4ab4bd3f41c3
5. Di sebalik wataknya yang berbakat, kemampuan sosial Cha Yeon Ho sangat kurang sehingga membuatkan orang lain kerap berfikir buruk tentang dirinya

 

 

 

dc43ad14 ed95 468d b461 a5a5442ce5d2
6. Cha Yeon Ho juga tidak boleh memandu kenderaan sehingga meninggalkan kesan buruk pada kerjayanya sebagai seorang anggota polis

 

 

 

9b21d9a7 ff97 4141 bb1d c43d384aeb50
7. Cha Yeon Ho bekerja sama dengan anggota pasukan TCI lain untuk membanteras kes jenayah trafik dan lalu lintas

Buat anda para peminat setia Lee Min Ki, jangan lupa untuk menonton drama terbarunya Crash yang kini sudah pun bersiaran. Lee Min Ki beraksi sebagai salah seorang anggota pasukan unit lalu lintas yang kurang pandai bergaul.

Baca lagi: This Is My First Life: Sebuah Cerita Cinta Lakonan Jung So Min Dan Lee Min Ki Yang Perlu Di Tonton
Baca juga: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton