Home Artis Korea 7 Perkara Menarik Tentang Watak Park Shin Hye dalam The Judge From...

7 Perkara Menarik Tentang Watak Park Shin Hye dalam The Judge From Hell, Tayang 21 September Nanti

0

Drama korea terbaru yang akan ditayangkan di saluran TV SBS iaitu The Judge from Hell bakal menemui anda pada 21 September 2024 akan datang. Drama ini memang sangat dinantikan oleh para peminat kerana drama ini mempunya plot cerita yang menarik.

The Judge from Hell menggandingkan Park Shin Hye dan Kim Jae Young sebagai pelakon utama. Drama Korea ini mengisahkan tentang iblis yang merasuk tubuh seorang hakim dan cuba menghukum para penjenayah. Iblis tersebut dihantar ke bumi dan mempunyai misi untuk menyeret sepuluh penjenayah kembali ke neraka.

Dengan menggabungkan unsur romantik dan fantasi, berikut ini adalah 7 perkara menarik tentang watak Park Shin Hye dalam drama The Judge from Hell!

 

Park shin hye

1. Dalam drama Korea The Judge from Hell, Park Shin Hye akan membawa watak sebagai Kang Bit Na, seorang hakim yang pada awalnya mendapat kritikan teruk kerana memberikan hukuman ringan pada setiap penjenayah yang didakwa

 

IMG 98432. Masyarakat tidak menyedari bahawa Kang Bit Na telah dirasuk iblis yang mempunyai misi untuk menghukum penjenayah dan menghantar mereka ke neraka

 

 

IMG 9840
Screenshot

3. Dia tanpa segan silu akan melakukan keganasan dan membunuh para penjenayah yang tidak merasa bersalah atas perbuatan jahat mereka

 

IMG 9841

4. Kang Bit Na selalu menampilkan aura yang cukup menegangkan. Ekspresi wajahnya yang dingin dengan tatapan sinis membuatkan ramai orang takut dengannya

 

IMG 9839

5. Terutamanya penjenayah yang berhadapan terus dengannya, mereka akan semakin merasa takut. Kang Bit Na tidak akan memberi pengampunan atas segala perbuatan mereka

 

IMG 9842

6. Hingga Kang Bit Na bertemu dengan seorang detektif yang bernama Han Da On (Kim Jae Young) yang hatinya dipenuhi kasih dan gigih dalam pekerjaannya

 

 

7. Kang Bit Na terus dilanda dilema moral yang sangat kompleks untuk menjadi hakim sejati walau dia adalah makhluk yang berasal dari neraka

Watak yang dibawa oleh Park Shin Hye dalam drama The Judge from Hell membawa kesan baru kepada watak-watak yang pernah dimainkannya. Biasanya Park Shin Hye sangat identikal dengan watak yang kuat dan tabah, kini pelakon ini cuba mengambil cabaran baru dengan membawa karakter hebat dan dingin yang penuh dengan sifat kebencian dalam hati.

Jadi, nantikan drama baru ini untuk menyaksikan sisi baru lakonan Park Shin Hye!

Baca lagi: Suka Kdrama Pyramid Game? Tonton Siri Terbaru Viu Original Ini, Mengetengahkan Isu Buli dan Thriller Penyiasatan
Baca juga: 7 Drama Korea Romantik 2024 Bawa Tema Jatuh Cinta Sesama Jiran, Pernahkah Anda Mengalami Situasi Sama?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here