Home Entertainment 7 Persoalan Ending Doctor Cha, Siapa Buah Hati Baru Roy Kim?

7 Persoalan Ending Doctor Cha, Siapa Buah Hati Baru Roy Kim?

0

Artikel ini mengandungi spoiler!!

Dalam episod akhir drama Sat-Sun JTBC “Doctor Cha”, yang disiarkan pada 4 Jun, Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) menerima pemindahan hati daripada Seo In Ho (Kim Byung-chul).

IMG 0186

Terdahulu, Seo In Ho dan Roy Kim bertengkar sesama sendiri mengenai pembedahan pemindahan hati Doctor Cha (Cha Jeong Suk). Ketika Doctor Cha muncul pada masa itu, kedua-duanya memintanya untuk membuat keputusan muktamad, dengan berkata “Ini pilihan anda. Hati siapakah yang ingin kamu terima di kalangan kami? Mari tamatkan di sini”.

Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan “ending” drama Doctor Cha ini, masih ramai juga penonton yang memuji akhir bahagia dari drama Doctor Cha ini. Tapi, masih ada beberapa pertanyaan yang mungkin masih menjadi tanda tanya para penonton.

Jom kita lihat 7 persoalan ”ending” drama Doctor Cha ini!


1. Apakah Seo In Ho masih cinta sama Cha Jeong Suk?

IMG 0173 1Seo In Ho (Kim Byung Chul) sejak awal tidak ingin menceraikan Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa). Namun akhirnya, Seo In Ho beralah agar Cha Jeong Suk sudi menerima hati yang didermakannya.

Setelah 3 tahun berlalu, hubungan Seo In Ho dan Cha Jeong Suk masih baik-baik saja. Saat Cha Jeong Suk memeluk Seo Jung Min (Song Ji Ho) dan Jeon So Ra (Jo A Ram) di Gangwon-do, Seo In Ho juga ingin melakukan hal yang sama. Namun, Cha Jeong Suk menolak.

Tersiratnya, mungkin selama ini Seo In Ho masih mencintai istrinya itu. Di sisi lain, walaupun Cha Jeong Suk masih mencintai Seo In Ho, dia lebih memilih untuk hidup sendiri dan menemukan kebahagiaannya.

2. Mungkinkah Seo In Ho kembali semula bersama Choi Seung Hi?
Doctor Cha

Beberapa hari setelah Seo In Ho dan Cha Jeong Suk bercerai, dia bertemu dengan Choi Eun Seo (So A Rin). Saat itu, Choi Eun Seo sudah tahu jika ayahnya dan Cha Jeong Suk sudah bercerai.

Choi Eun Seo sempat meminta Seo In Ho untuk mempertahankan hubungan dengan ibunya, Choi Seung Hi (Myung Se Bin). Sama seperti saat Seo In Ho menolak untuk bercerai dari Cha Jeong Suk.

Setelah 3 tahun berlalu, Choi Seung Hi dan Seo In Ho masih berhubungan baik, bahkan mereka saling membantu sebagai doktor. Apakah keduanya telah kembali bersama? Jika anda imbas kembali episod dimana Cho Seung Hi menemui penilik nasib, menurut dari tilikan yang dibuat, sepertinya tidak mungkin.

3. Apakah hubungan sulit Seo In Ho dan Choi Seung Hi tidak pernah terbongkar?

IMG 0182

Sepertinya tidak ramai orang yang tahu soal hubungan sulit Seo In Ho dan Choi Seung Hi, termasuklah orang-orang di Rumah Sakit Universitas Gusan. Hanya orang-orang terdekat Seo In Ho dan Choi Seung Hi yang mengetahui fakta tersebut. Namun, setelah 3 tahun berlalu, adakah skandal mereka masih tidak diketahui mereka?

Kemungkinan besar hubungan sulit itu masih dirahsiakan dari orang luar, disebabkan itulah Seo In Ho masih boleh meneruskan kerjayanya dan naik pangkat sebagai Pengarah di Hospital Universiti Gusan.

4. Bagaimana nasib mertua Cha Jeong Suk yang ditipu?

IMG 0183

Ramai penonton yang membuat andaian jika sejak awal Kwak Ae Sim (Park Jun Keum) akan menjadi korban penipuan. Terbukti, hubungan sulitnya akhirnya terbongkar sekaligus ditipu oleh Profesor Park Ho Won (Nam Myung Ryul).

Di episod 16, Kwak Ae Sim telah menanggung hutang 300juta won demi melakukan pelaburan. Namun, setelah 3 tahun berlalu, nasib hutang tersebut tidak dibahas lagi.

Setelah Seo In Ho bercerai dari Cha Jeong Suk, Kwak Ae Sim diceritakan mengurus pekerjaan rumah. Kemungkinan besar, Seo In Ho sudah pun menyelesaikan hutang-piutang ibunya, apalagi dia sudah menjadi pengarah hospital, pastinya dia ingin menjaga nama baiknya dan gajinya pun semakin besar.

5. Siapa kekasih Roy Kim?

IMG 0175

Majoriti penonton sangat kecewa dengan hubungan Roy Kim (Min Wook Hyuk) yang tidak bersama dengan Cha Jeong Suk. Namun penonton bersyukur kerana akhirnya Roy Kim sudah menemukan wanita yang dia sukai.

Namun, siapa gerangannya wanita itu tidak dijelaskan sehinggalah episod 16 berakhir. Baek Mi Hee (Baek Joo Hee) hanya melihat Roy Kim dan kekasihnya dari jauh. Sementara itu, Cha Jeong Suk hanya menyebut Roy Kim sering bercerita tentang wanita yang dekat dengannya tersebut. Misteri sungguh kan??

6. Apakah Seo I Rang dan Choi Eun Seo belajar di kolej yang sama?

IMG 0184

Tiga tahun sebelumnya, Seo I Rang (Lee Seo Yeon) sempat bertemu dengan Choi Eun Seo di kedai peralatan buku. Di sana, Choi Eun Seo mengucapkan selamat kerana Seo I Rang lulus percubaan pertama.

Di sisi lain, Choi Eun Seo sedang mempersiapkan ujian percubaan terakhir. Choi Eun Seo berkata tidak masalah jika dia tidak lulus, kerana dia masih boleh belajar di luar negeri. Agaknya, mereka belajar di tempat yang sama tak?

7. Apakah Jeon So Ra dan Seo Jung Min sudah atau akan berkahwin?

IMG 0185 1

Di akhir episod 16, Jeon So Ra (Jo A Ram) dan Seo Jung Min (Song Ji Ho) menunggu Cha Jeong Suk di Gangwon-do. Mereka nampak rapat dan tidak kekok di depan Cha Jeong Suk dan Seo In Ho.

Jeon So Ra juga sempat bercerita bahwa dia melakukan keujian kehamilan, tetapi hasilnya negatif. Seo Jung Min nampak mengharapkan kehamilan tersebut.

Hubungan mereka pun sudah diketahui umum, apakah mereka masih lagi sepasang kekasih atau sudah berkahwin? Hingga akhir, tidak dijelaskan, status hubungan Seo Jung Min dan Jeon So Ra setelah 3 tahun berlalu.

Deretan pertanyaan di atas memang tidak akan mempengaruhi ”ending” dari drama Doctor Cha ini. Namun, ia masih membuatkan tanda tanya yang besar kepada para penonton juga kan? Yang penting Doctor Cha telah menemukan ketenangan dan kebahagiaan dengan caranya sendiri!

Baca lagi: Episod Akhir Doctor Cha Memuaskan Hati?

Baca juga: 10 Pelakon Kdrama Terkenal Sepanjang Zaman