Home Kdrama/Kmovie 7 Pilihan Drama dah Filem Seram Korea yang Hingga Hari Ini Masih...

7 Pilihan Drama dah Filem Seram Korea yang Hingga Hari Ini Masih Ditonton

0

Drama siri dan filem Korea bukannya didominasi oleh genre romantik sahaja. Tema seperti seram dan supernatural juga sangat berjaya dan diminati ramai.

Beberapa buah drama dan filem seram Korea dengan tema seram ini di antaranya sangat berjaya dan menarik kerana digabungkan dengan genre misteri, jenayah, dan juga fantasi.

Berikut dibawah ini merupakan beberapa buah drama dan filem seram Korea menarik yang perlu anda tonton yang membawa tema misteri dan juga seram:

 

1. SAVE ME (2017)

Drama koreaSave Me adalah drama seram korea yang menceritakan tentang sebuah ajaran sesat bernama Goseonwon. Drama ini dimulakan dengan perpindahan Im Sang-mi (Seo Yea-ji) dan keluarganya ke sebuah kota bernama Muji.

Majoriti penduduk Muji menganut ajaran sesat tersebut. Walau tampak aman damai dan penuh kasih sayang dari luar, namun sebenarnya puak ajaran sesat tersebut banyak melakukan tindakan kekerasan kepada para pengikutnya. Konflik bermula apabila saudara kembar Sang-mi yang bernama Sang-jin memutuskan untuk bunuh diri kerana tidak tahan lagi dibuli. Oleh sebab anaknya bunuh diri, mental ibu Sang-mi mula berkecamuk dan bermasalah. Ayah Sang-mi membawa keluarganya untuk menyertai ajaran sesat tersebut walau Sang-mi berusaha mencegahnya.

Tiga tahun kemudian, seorang anak kepada ketua bandar tersebut yang bernama Han Sang-hwan (Taec-yeon) bersama kawan-kawannya kembali ke bandar. Menggunakan pengaruh Sang-hwan yang merupakan anak ketua bandar, Sang-mi meminta mereka untuk membantunya membongkar kejahatan ajaran sesat tersebut. Namun tidak mereka ketahui bahawa semuanya ini hanya merupakan secebis rahis gelap dari berbagai-bagai masalah yang lebih besar.

 

2. SVAHA: THE SIXTH FINGER (2019)

Drama Seorang gadis bernama Lee Geum Hwa lahir bersama kembarnya yang ajaib. Ramai orang menganggap kembar Geum Hwa sebagai iblis atas pelbagai sebab dan alasan. Salah satunya adalah kerana tepat sebelum dilahirkan dia memakan daging bahagian kaki milik saudaranya sendiri. Sejak itu hidup keluarganya berantakan.

Ibunya meninggal dunia sebulan selepas melahirkan, sementara ayahnya memutuskan untuk bunuh diri. Geum Hwa yang malang hanya tinggal bersama datuk dan nenek yang sudah tua dan saudara yang tidak pernah hidup berdampingan dengannya. Kembar Geum Hwa disimpan di tempat terpisah dan sangat teruk.

Filem seram Korea ini akan memberikan anda cerita yang sangat jelas tentang sebuah kisah ajaran sesat serta berbagai-bagai perkara fantasi yang menyeramkan.

 

3. ISLAND (2022)

Filem seramDrama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang terancam kerana hadirnya iblis jahat. Sementara itu tiga orang manusia berjuang melawan para iblis melibatkan manusia setengah iblis bernama Van, pendeta bernama Johan, dan Won Mi Ho seorang wanita yang diramal boleh memusnahkan para iblis.

Drama ini memiliki dua musim dan berjaya meraih sangat banyak perhatian. Bukan hanya memberikan kisah seram yang cukup mengerikan sahaja, drama ini juga memaparkan kisah fantasi yang menakjubkan.

 

4. POSSESSED (2019)

76d5319a 32d3 4dbf ba8f 678ffb95d484Possessed merupakan drama Korea seram yang diwarnai sedikit adegan komedi. Drama ini mengisahkan tentang seorang detektif iaitu detektif Kang Pil Sun (Song Sae Byuk) yang menyiasat kes pembunuhan. Dia menyedari bahawa dia boleh melihat hantu dan roh, Pil Sun juga bertemu dengan seorang gadis cantik bernama Hong Seo Jung (Goo Jun Hee) yang dalam diam memiliki kuasa luar biasa. Mereka berdua bersama-sama menyiasat dan menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang kembali terjadi sama seperti kejadian 20 tahun yang lampau.

 

5. MIRROR OF THE WITCH (2016)

12c14531 33f2 4b52 849c c2d528134e58Mirror of The Witch adalah drama Korea sageuk romantik seram yang disiarkan pada tahun 2016. Siri ini mengisahkan tentang Heo Joon (Yoon Shi Yoon), anak kepada gundik diraja Dinasti Joseon. Dia terlibat dalam kisah cinta dengan Seo Ri (Kim Sae Ron), seorang puteri yang terpaksa dibuang dan dipisahkan dari keluarga serta saudara kembarnya. Seo Ri memiliki sumpahan jahat yang tidak boleh dihapuskan. Apabila dewasa, dia berjumpa dengan Heo Joon yang berusaha untuk menghilangkan sumpahan tersebut.

 

6. CHABAK (2023)

2de8546b e8ec 41cc 9bf4 a6c2f164c15f

Bagi anda yang meminati filem seram, filem seram ini mungkin akan menjadi pilihan yang menarik untuk anda. Kisah dimulakan semasa sepasang merpati dua sejoli meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan berkhemah di wilayah pegunungan terpencil. Namun, malam itu berubah menjadi ngeri apabila seorang pembunuh bertopeng mula mengganggu mereka di kegelapan malam. Mengerikan!

 

7. THE WAILING (2016)

8f2dc0bc f8b0 4c1a 83cc 38faf8419cc0Filem seram ini mengambil latar di sebuah kampung yang kelihatan tenang dan aman damai sahaja. Siapa sangka rupa-rupanya di kampung tersebut telah merebak wabak yang membuatkan para penduduk mati dengan ngeri seorang demi seorang secara misteri. Kejadian ngeri dan misteri tersebut membuatkan seorang anggota polis yang bernama Jong-Goo menyiasat tempat tersebut bagi mencari penyebab utama setiap kematian.

Polis setempat mengatakan bahawa penyebab kematian penduduk adalah kerana racun. Sebaliknya, Gong Woo mendengar desas-desus bahawa jirannya yang bernama Jun Kunimura merupakan dalang disebalik kematian misteri yang bersiri itu.

Gong Woo semakin terdesak selepas mendapati anak perempuannya yang bernama Hyo-Jin juga mula mengalami gejala berupa gangguan mental yang sama seperti yang menimpa penduduk kampung sebelum mereka meninggal dunia. Adakah Gong Woo akan berjaya menyelesaikan misteri itu?

Sebenarnya banyak lagi drama dan filem seram Korea menarik yang tidak disenaraikan diatas. Demikian sahaja beberapa buah cadangan drama dan filem seram Korea menarik yang boleh anda tonton. Bukan hanya seram, namun jalan cerita dalam drama-drama dan filem seram Korea ini juga sangat menegangkan dan mengujakan.

Selamat menonton ya!

Baca lagi: 5 Filem Seram Indonesia Yang Mencipta Kontroversi, Daripada Berbau Lucah Hingga Dianggap Haram
Baca juga: 5 Cadangan Filem Seram Korea Agak Underrated, Mungkin Sesuai Untuk Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here