Drama Korea merupakan salah satu hiburan yang dicari-cari pada masa kini. Drama Korea dengan cerita yang ringan, menyenangkan dan terselit elemen komedi tentu akan mengurangkan rasa letih dan bebanan seharian. Menonton drama-drama ringan dapat membawa mood yang baik dan suasana ceria.
Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan drama Korea ringan yangenatik untuk ditonton, lebih menarik lagi, drama-drama ini sesuai ditonton bersama keluarga!
1. Hometown Cha Cha Cha
Drama Hometown Cha Cha Cha merupakan filem komedi romantik tahun 2021 yang dibintangi oleh Shin Min Ah, Kim Seon Ho, dan Lee Sang Yi. Drama ini menceritakan tentang seorang doktor gigi yang memulakan kliniknya di sebuah kampung tepi pantai. Di sini dia bertemu dengan seorang lelaki tempatan dan kedua-duanya saling membantu.
2. Reply 1988
Reply 1988 merupakan drama slice-of-life tahun 2015 yang menceritakan kisah sebuah kejiranan di akhir tahun 1980-an. Drama Korea ringan ini menceritakan tentang kehidupan seharian orang-orang yang tinggal bersama di kejiranan sekitar dan kehangatan serta kasih sayang yang mereka miliki antara satu sama lain.
Lee Hyeri, Ryu Jun Yeol, Park Bo Gum, Go Kyung Pyo dan Lee Dong Hwi merupakan pelakon utama dalam siri ini.
3. Hospital Playlist
Siri Hospital Playlist adalah siri komedi menarik yang mengisahkan tentang sekumpulan doktor yang telah berkawan sejak zaman kuliah lagi. Musim pertama siri ini ditayangkan pada tahun 2020 dan menampilkan Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung, dan Jeon Mi Do sebagai pelakon utama.
4. Be Melodramatic
Be Melodramatic adalah drama ringan yang dibintangi oleh Chun Woo Hee, Jeon Yeo Been, Han Ji Eun, Ahn Jae Hong, dan Gong Myung.
Drama ini menceritakan kisah tiga orang kawan yang berusia akhir dua puluhan dan bagaimana mereka menghadapi dunia pekerjaan dan kehidupan cinta mereka.
5. Yumi’s Cells
Berdasarkan webtoon, drama unik ini menggabungkan elemen live-action dan animasi. Yumi adalah seorang wanita muda yang menjalani kehidupan seadanya. Sewaktu Yumi menjalani hidup, dunia perasaan dan emosinya juga terpengaruh.
6. Extraordinary Attorney Woo
Extraordinary Attorney Woo merupakan salah satu drama undang-undang yang menghiburkan. Ditayangkan pada tahun 2022 dan dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh dan Kang Ki Young.
Drama ini menceritakan tentang seorang peguam yang mengidap neurodivergent. Siri ini mengeksplorasi perjuangan dan pencapaiannya.
Drama ini mendapat pujian para pengkritik dan juga turut dipuji mereka-mereka yang terlibat dalam dunia perundangan kerana menggambarkan kenyataan sebenar dengan tepat dan lebih dekat.
7. Mr Queen
Mr Queen adalah drama komedi romantik sageuk yang menampilkan Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun. Seorang tukang masak terkenal dari zaman dunia moden masuk ke dalam tubuh seorang permaisuri pada zaman Joseon. Tidak dapat disangkal keserasian antara kedua-dua pelakon ini sangat memukau dan komedi yang ditampilkan sangat mencuit hati.
Demikian sahaja 7 pilihan drama Korea ringan yang boleh anda tonton bersama keluarga pada masa-masa terluang. Jangan lupa menonton ya!