Home Netflix 7 Pilihan Filem Baru Netflix Tayang Julai 2024, Pelbagai Genre dari Pelbagai...

7 Pilihan Filem Baru Netflix Tayang Julai 2024, Pelbagai Genre dari Pelbagai Negara

0

Netflix selalu menyediakan pelbagai pilihan filem terbaru yang menarik untuk dinikmati.

Bermula dari genre komedi yang mengundang tawa hingga thriller yang memacu adrenalin, platform streaming ini terus menghasilkan karya-karya berkualiti.

Pada bulan Julai ini, Netflix juga muncul dengan banyak filem baru yang pasti akan membuatkan senarai tontonan anda lebih panjang.

 

1. Beverly Hills Cop: Axel F (2024)

NetflixFilem komedi aksi Amerika Syarikat ini diarahkan oleh Mark Molloy. Ini adalah instalment keempat dari siri filem Beverly Hills Cop. Cerita filem ini mengikuti detektif Axel Foley semasa dia kembali ke Beverly Hills setelah nyawa anaknya terancam. Dia bertemu kembali dengan kawan lamanya John Taggart dan Billy Rosewood untuk mengungkap sebuah konspirasi. Beverly Hills Cop: Axel F telah ditayangkan di Netflix pada 3 Julai 2024.

 

2. Goyo (2024)

4e676fd1 1677 41a9 a032 345368df518fFilem drama romantik Argentina ini diarahkan oleh Marcos Carnevale. Filem ini ditayangkan di Netflix pada 5 Julai 2024. Mengisahkan tentang Goyo, seorang peminat Van Gogh yang autistik. Dia bekerja di Muzium Nasional Seni di Buenos Aires. Hidupnya berubah secara tidak terduga apabila dia bertemu dengan Eva, seorang pengawal keselamatan baru di muzium tersebut.

Seiring berkembangnya hubungan antara Goyo dan Eva, mereka mengeksplorasi kompleksiti cinta, emosi, dan hubungan antara manusia. Filem ini menawarkan perspektif yang unik dan menyentuh perasaan.

 

3. Wild Wild Punjab (2024)

b1fd30f8 ad63 4fb8 8d43 20c666d375ebWild Wild Punjab merupakan filem komedi yang berlatar belakang di Punjab, India. Cerita tentang Khanne yang patah hati selepas putus cinta. Kawan-kawannya, Arore, Jainu, dan Honey Paaji memberi sokongan untuk menghadapi perpisahannya secara langsung dan meneruskan hidup. Mereka memulakan perjalanan darat melintasi Punjab untuk membantu Khanne menemui kedamaian dan mengatasi patah hatinya. Filem India arahan Simarpreet Singh ini akan ditayangkan di Netflix pada 10 Julai 2024.

 

4. Vanished into the Night (2024)

c362cd99 8800 42e0 a680 9a90b6604624Filem thriller misteri dari Itali ini diarahkan oleh Renato De Maria. Menceritakan tentang Elena dan Pietro. Mereka tinggal di Puglia, Itali, berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Pada suatu hari, anak-anak mereka diculik. Penculik tersebut meminta wang tebusan sebanmyak 150000 euro dalam waktu 36 jam. Elena dan Pietro berusaha menyelamatkan anak mereka dengan segala cara, termasuk telibat dalam aksi kejahatan yang penuh risiko.

Vanished into the Night akan ditayangkan di Netflix pada 11 Julai 2024.

 

5. Blame the Game (2024)

6016f0dc f081 419a bf3a b60950cefb43

Filem komedi-thriller Jerman ini diarahkan oleh Marco Petry. Menceritakan tentang seorang pemuda yang bertemu dengan kawan-kawan kekasih barunya untuk pertama kalinya di malam ‘game night’ biasa mereka. Perkara ini membuatnya berada di bawah tekanan untuk membuat yang terbaik. Namun, keadaan berubah apabila bekas kekasihnya muncul secara tiba-tiba. Blame the Game akan ditayangkan di Netflix pada 12 Julai 2024.

 

6. Find Me Falling (2024)

2b3b43b7 537f 43b6 9c37 ad80c5652649Filem komedi romantik Amerika Syarikat ini diarahkan oleh Stelana Kliris. Cerita tentang bintang rock John Allman yang melarikan diri ke pulau Mediteranian yang indah selepas albumnya gagal. Namun, dia mendapati bahawa rumah barunya di tepi tebing mempunyai tarikan tersendiri yang tidak sangat menguntungkan yang ternyata menarik lebih banyak pengunjung.

Filem ini akan ditayangkan di Netflix pada 19 Julai 2024.

 

7. Non Negotiable (2024)

9b2188d1 c867 458a b0ec 4bdc23501449Non Negotiable merupakan filem thriller Mexico yang diarahkan oleh Juan Taratuto. Filem ini akan ditayangkan di Netflix pada 26 Julai 2024. Cerita filem ini mengikuti Alan Binder, seorang perunding tebusan yang sangat hebat di Mexico. Dia sedang menghadapi kes paling sukar dalam kerjayanya apabila Presiden dan kekasihnya diculik. Penculik menuntut untuk berunding hanya dengannya, yang mengarah pada situasi tebusan berisiko tinggi yang menguji kemampuan Binder.

Tujuh filem dengan pelbagai genre di atas bakal menghiburkan anda di Netflix sepanjang bulan Julai ini. Pastikan anda menambahkan semua filem ini ke dalam senarai tontonan anda!

Baca lagi: 6 Filem Netflix Terbaik 2024 Setakat Ini, Berdasarkan Rating Rotten Tomatoes
Baca juga: Minat Genre Romcom?4 Kdrama Romcom Menarik Ini Akan Tayang di Netflix