Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) dalam Welcome to Samdal-ri terpalit dengan skandal yang membuatkan kerjayanya sebagai juru gambar malap dan ditimpa malang. Dia difitnah sebagai orang yang melakukan keganasan di tempat kerja yang membuatkan Bang Eun Ju (Jo Yun Seo) ingin mengakhiri hidupnya.
Akibat skandal itu, Cho Sam Dal kehilangan semua pekerjaan dan pelanggan-pelanggannya. Bukan hanya itu, pameran yang selama ini dirancang untuk meraikan 15 tahun kerjayanya sebagai juru gambar juga terpaksa dibatalkan.
Walau kerjayanya hancur selepas terpalit dengan skandal yang sangat memalukan itu, Cho Sam Dal boleh bangkit semula dan melawan sagala nasib malang yang menimpanya.
Ulasan berikut menjelaskan sebab-sebab Cho Sam Dal boleh bangkit melawan nasib malangnya selepas terjebak dengan skandal yang menerpa dirinya.
Awas! Spoiler bagi yang belum tonton!
1. Saat jatuh terduduk, Cho Sam-dal mendapati dia mempunyai banyak sokongan di kampung halamannya. Dia boleh bertahan kerana sokongan mereka
2. Cho Sam-dal tidak bersalah dalam skandal itu. Dia merupakan mangsa fitnah gosip dan khabar angin buruk yang dibuat oleh Bang Eun Ju yang iri hati kerana Cho Sam-dal mempunyai kerjaya gemilang
3. Cho Sam-dal juga tidak terus menghakimi Bang Eun Jun dan menyalahkannya. Dia berusaha untuk menyiasat adakah dia memang bersalah atau dia juga adalah mangsa
4. Sewaktu menyedari dirinya difitnah, Cho Sam-dal juga tidak pernah membalas apa-apa atau melawan Bang Eun Ju. Dia memilih untuk menenangkan diri sahaja
5. Sewaktu mengetahui konsep fotonya ditiru, Cho Sam Dal sengaja membiarkannya kerana dia sedar Bang Eun Ju tiadak akan nerjaya dengan karya-karya yang dicuri
6. Terbukti, Bang Eun Ju yang awalnya mendapat simpati dari orang ramai kini semakin sukar mendapat pelanggan kerana hasil kerjanya yang buruk
7. Hanya menunggu waktu sahaja hingga pelanggan-pelanggan lama Cho Sam Dal kembali bekerja sama. Tambahan pula, Cho Sam Dal dikenali sangat bertanggung jawab dengan pekerjaannya
Cho Sam Dal terperangkap dengan skandal yang membuatkan kariernya hancur dan dia terpaksa pulang kampung halaman. Walau begitu, dia nampaknya akan kembali bangkit dan boleh melawan nasib malangnya dan akan berjaya mendapatkan semula pekerjaannya seperti sebelum ini. Tambahan pula, dia sememangnya tidak bersalah dalam kes itu.