Video muzik merupakan salah satu komponen penting sewaktu artis KPop melancarkan lagu baru mereka.
Mereka menyajikan video muzik dengan konsep yang matang dan berkualiti untuk menarik minat dan perhatian para penggemar dan peminat setia masing-masing. Tidak hairanlah jika kos yang dikeluarkan untuk sesebuah video muzik adalah amat tinggi.
Beberapa orang artis KPop juga ada yang tampil berani menggunakan adegan sadis dalam video muzik mereka. Video muzik tersebut juga dapat dikategorikan sebagai tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.
Video muzik milik artis Kpop manakah yang mengetengahkan kandungan sadis dan tidak sesuai untuk tontonan umum ini? Jom kita lihat senarainya di bawah ini!
1. Bang Yong Guk menggunakan konsep Yakuza dalam “Yamazaki“. Oleh kerana video muzik tersebut mengandungi adegan gore, di awal video mereka memberi peringatan untuk ditonton oleh 19+ sahaja
2. “Voodoo Doll” milik VIXX menceritakan tentang seseorang yang rela melakukan apa-apa sahaja demi orang yang dicintainya. Video muzik untuk lagu ini dipenuhi dengan adegan yang membuatkan anda merasa ngilu
3. Cross Gene melancarkan “Black and White” pada 8 Februari 2017. Muzik video lagi tersebut ditampilkan dengan konsep thriller dan aksi yang mengerikan
4. NATURE melancarkan video muzik untuk lagu “Girls” dalam dua versi, iaitu versi selepas dan sebelum sensor. Mereka memasukan unsur gore secara halus ke dalam video muzik mereka
5. “Peek A Boo” milik Red Velvet memberi kesan yang memuaskan namun amat menyeramkan. Dalam video muzik terdapat adegan senjata yang membuat para penonton merasa ngilu, seperti pisau pencukur dan kapak
6. Video muzik “Where U At” milik 1NB dibuka dengan adegan sensual, kemudian diikuti oleh adegan sadis yang boleh membuatkan anda mual. Mereka melancarkan lagu ini pada 29 November 2017
7. BAP tampil sebagai mafia dalam video muzik “Sky Dive”. Seperti sebuah filem, mereka menampilkan jalan cerita dengan plot twist dan dihiasi adegan jenayah yang berdarah
Beberapa video muzik di atas memiliki jalan cerita yang tersendiri yang sesuai dengan konsep lagu-lagu yang dipersembahkan. Para peminat mungkin ada yang tidak sanggup untuk menontonnya walaupun lagunya sedap untuk didengar. Adakah anda sudah menonton video muzik yang tersenarai di atas?