Home News 7 Watak Antagonis Kdrama Yang Selalu ‘Play Victim’

7 Watak Antagonis Kdrama Yang Selalu ‘Play Victim’

0

Choi Seung Hi adalah watak antagonis yang sangat dibenci di seluruh dunia ketika ini

Lakonannya yang menyakitkan hati dan selalu acah-acah tersakiti seperti dialah mangsa sebenar dalam Doctor Cha benar-benar berjaya membuatkan para penonton meluat dan merasa geram.

Watak antagonis

Lakonan bersahaja, hebat dan sangat berkesan oleh Myung Se Bin kali ini benar-benar berjaya meraih perhatian ramai. Watak penyondol yang dibawanya adalah watak seorang profesor dan doktor pakar yang sangat berjaya dan cemerlang dalam kerjaya.

Namun wanita bijak ini juga tewas dalam pelukan nafsu lelaki buaya, dia memilih sengsara sedangkan dia boleh hidup bahagia sendiri atau mencari pasangan yang bukannya suami orang.

Bukan sahaja watak Choi Seung Hi yang selalu berlakon seperti dia adalah mangsa keadaan selepas melakukan kesalahan, terdapat beberapa karakter antagonis lain dalam drama siri Korea Selatan pada tahun 2023 ini yang berjaya menunjukkan seolah-olah dia adalah mangsa sedangkan sebenarnya dialah punca segala masalah.

Mereka bersikap seperti mangsa padahal sebenarnya mereka yang jahat. Memang berjaya buat ramai orang geram, jom sama-sama kita lihat senarai watak antagonis yang kerap berlakon seperti mereka pula mangsa keadaan sedangkan mereka pencetus derita orang lain dalam drama siri Korea Selatan 2023:

76e0ff42 7e51 42f9 9ac0 c7f18dab1291

1. Bukannya mahu meminta maaf, Choi Seung Hi (Myung Se-bin) dalam kdrama Doctor Cha tanpa rasa malu menyalahkan isteri yang sah atas perlakuan curangnya dengan suami orang. Dia yang sengaja menyondol, orang lain pula yang salah. LOL

373a74d7 78f5 4cc4 95d0 6b791d9d7ffa 12. Demi kelangsungan kerjaya politiknya, Baek Jae Min (Ryu Soo Young) dalam drama siri Queenmaker sanggup menyalahkan mangsa yang dianiaya olehnya

d204cb5a e70b 4f37 ab96 12405bb96e88

3. Sampai ke akhir The Glory Part 2, Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) tetap tidak mahu mengaku bersalah dan tanpa segan silu menyalahkan mangsa yang telah dibulinya, mangsa yang sudah mati didedahkan mengandung anak luar nikah. Dia sanggup mengotorkan nama orang lain untuk menutup kesalahannya

11a0bab5 31e8 4f36 a2ea 06555584bff2

4. Oleh kerana sangat takut rahsianya yang telah melakukan pembunuhan terbongkar, Kook Young Soo (Ahn Do Kyu) melakukan perkara jahat yang tidak diduga dalam Duty After School

bbc96952 3f03 47ed a182 5b27f610e8cf

5. Cho Won Oh (Jo Jae Ryong) yang telah terlibat dengan rasuah, enggan mengaku salah dan tidak mahu dipandang serong, dia tanpa rasa bersalah telah memfitnah penduduk di desanya sebagai pemberontak dalam Our Blooming Youth

78401489 9d0c 4882 93dd 909c3a08047e

6. Sewaktu diabaikan dan tidak dibantu, Bang Sam Sik (Yoo In Soo) merasa sangat marah padahal pada waktu lalu dia selalu membuli kawannya itu dalam The Good Bad Mother

b088a7fd 5c59 499b 8603 b24fc95989dc7. Merupakan seorang gabenor yang penuh rasuah, Ahn Hak Soo (Baek Sung Cheol) dalam drama siri Poong, the Joseon Psychiatrist 2 sering memutar belit fakta dan tidak mahu bertanggung jawab atas setiap kesalahannya

Bukannya menyesal, minta maaf, kemudian bertanggung jawab, malah kesemua tujuh watak antagonis yang tersenarai di atas sama sekali langsung tidak pernah merasa bersalah. Mereka sanggup memutar belit fakta dan malah menyalahkan mangsa sebenar demi menutup kesalahan mereka.

Tentu sahaja sikap super toksik watak antagonis ini tidak patut dicontohi dalam kehidupan nyata kita semua. Watak antagonis yang mana satukah paling menyakitkan hati anda?

Baca Lagi: Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas

Baca Juga: 15 Kdrama Komedi Yang Pasti Mengundang Ketawa