Home News 7 Watak dalam Kdrama 2024 Berakhir Sebagai Banduan Penjara, Mengapa?

7 Watak dalam Kdrama 2024 Berakhir Sebagai Banduan Penjara, Mengapa?

0

Drama siri Korea yang ditayangkan pada awal tahun 2024 menampilkan pelbagai kisah menarik dan segar serta konflik-konflik yang mengejutkan. Ditambah pula dengan variasi watak di dalam setiap drama siri yang semakin membuatkan drama-drama tersebut memang sentiasa dinanti-nantikan setiap minggu semasa masih ditayangkan.

Salah satu watak yang berjaya menarik perhatian ramai adalah watak-watak yang berakhir di penjara dan menjadi banduan. Seseorang yang disumbat ke penjara biasanya adalah mereka yang melakukan tindakan kejahatan ataupun jenayah, tidak kurang juga banduan yang terperangkap dan menjadi mangsa penganiayaan.

Sebenarnya tidak semua watak dalam Kdrama pada awal tahun 2024 ini masuk penjara kerana kesalahan mereka sendiri. Ada yang telah diperangkap untuk menutup kesalahan orang lain, tentu sahaja perkara ini tidak adil untuk mereka.

Siapakah watak banduan dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal tahun 2024 ini?

 

22594931 53bc 4fe9 b80b bff36e43884c
1. Dalam drama siri Death’s Game, Lee Jin Sang (Yoo In Soo) berakhir sebagai banduan kerana dia telah membunuh kawan sekelasnya sendiri dengan sangat brutal

 

 

74ba982f 7206 43b5 bb85 0b32a2722560
2. Masih dalam drama yang sama iaitu Death’s Game, Cho Tae Sang (Lee Jae Wook) terpaksa menjalani hukuman orang lain kerana dia dijanjikan habuan wang yang lumayan

 

 

Watak
3. Selama ini, kejahatan Noh Suk Min (Kim Tae Hoon) dalam drama siri My Demon disimpan rapi, apabila jenayahnya terbongkar, akhirnya dia merengkok dalam penjara selepas membunuh ramai orang

 

 

b56db797 3fd6 4c15 8827 38797d232b05
4. Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) diperangkap oleh suami dan ibu mertuanya dalam drama Queen of Divorce, dia terpaksa menjadi banduan sedangkan sebenarnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah

 

 

d5fecfed 2017 4e99 b1bc d6cac407b671
5. Dunia Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) runtuh kerana dia kehilangan anak lelakinya dalam Wonderful World drama baru akan datang pada 1 Mac, dia juga berakhir menjadi banduan

 

 

IMG 5360 1

6. Dalam Marry My Husband, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) merancang untuk membunuh isterinya sendiri dengan tragis sehingga dia juga ditangkap polis pada hari pengkebumian isterinya dan dia mendapat hukuman penjara

 

 

IMG 5371
7. Begitu juga dengan Jung Su Min (Song Ha Yoon) dalam Marry My Husband yang bersubahat dengan Park Min Hwan, dia juga berakhir menjadi banduan

Penjara merupakan hukuman terbaik bagi penjenayah-penjenayah yang memang membuat kesalahan dan kejahatan. Namun, ada yang diperangkap dan dianggap sebagai penjahat kerana tindakan orang lain. Contohnya seperti watak yang dibawa oleh Lee Ji Ah, dia menjadi banduan kerana dijerat suaminya sendiri. Hati-hati! Jauhi jenayah!

Baca lagi: Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah dan Kang Ki Young
Baca juga: Watak Kang Bom dalam Queen of Divorce Mencuri Perhatian, Ini 9 Perkara Menarik Tentangnya