Dalam drama siri Korea Selatan, biasanya akan ditampilkan karakter atau watak yang memiliki kisah hidup yang cukup menyedihkan dan kurang bahagia. Mereka memiliki pasangan hidup, tetapi hubungan antara mereka dengan pasangan masing-masing adalah tidak berapa baik dan boleh dikatakan mereka menghadapi hubungan toksik. Sikap pasangan mereka yang sangat toksik itu akan merugikan diri mereka sendiri.
Penonton yang menyaksikan sikap toksik dalam sesebuah hubungan dalam drama-drama Korea tersebut pasti akan dihambat dengan rasa geram dan sakit hati. Watak-watak toksik ini seolah-olah langsung tidak mempedulikan pasangan mereka, tanpa memikirkan pasangan, mereka melakukan apa-apa sahaja sesuka hati mereka.
Siapakah watak-watak dalam drama Korea 2024 ini yang terpaksa menghadapi pasangan toksik? Berikut dibawah ini adalah tujuh watak tersebut.
1. Hubungan Bok Dong Hee (Claudia Kim) dan teman lelakinya dalam The Atypical Family adalah sebuah hubungan yang tidak sihat. Teman lelakinya hanya mengambil kesempatan ke atas Dong Hee
Baca juga: Claudia Kim Bawa Watak Paling Sweet dalam The Atypical Family
2. Mulanya menghilang dan memalsukan kematian, suami Na Moon Young (Lee Bo Young) juga sanggup berlaku curang dengan jirannya sendiri dalam drama Hide
3. Kang In Ha (Lee Jun Young) dalam The Impossible Heir mempunyai pasangan yang rupa-rupanya mencintai orang lain
4. Masih dalam drama yang sama iaitu Impossible Heir, pasangan Na Hye Won (Hong Suzu) melakukan kekerasan dan penderaan fizikal padanya, lebih teruk dia juga turut dikurung, kejam!
5. Dalam Nothing Uncovered, suami Seo Jeong Won (Kim Ha Neul) berlaku curang, menyusahkan ramai orang lain dan selalu play victim
6. Disangkakan suami idaman, ternyata pasangan Eun Soo Hyun (Kim Na Joo) dalam Wonderful World pernah menghabiskan malam dengan wanita lain
7. Bukan hanya manipulatif, suami Kang Jing Won (Park Min Young) sebelum berlakunya penjelajahan masa sanggup berlaku curang dengan sahabatnya dalam drama Marry My Husband
Ketujuh-tujuh watak yang memiliki pasangan toksik dalam drama Korea 2024 tersebut memiliki kisah percintaan yang menyedihkan dan penuh cabaran. Selain membuatkan penonton ditunjal emosi amarah, hubungan mereka yang tidak sihat itu juga turut menjadi isi penting dalam perjalanan cerita. Dari ketujuh-tujuh watak di atas, siapakah yang mempunyai kisah yang paling menyayat hati dan menggugat emosi bagi anda?