Home Disney+ 7 Watak Detektif dalam Kdrama Chief Detective 1958, Pelbagai Sikap dan Perwatakan

7 Watak Detektif dalam Kdrama Chief Detective 1958, Pelbagai Sikap dan Perwatakan

0

Drama Korea terbaru iaitu Chief Detective 1958 menyoroti liku-liku dan cabaran kehidupan Park Yeong Han (Lee Je Hoon), detektif polis Hwangcheon yang dipindahkan untuk bertugas ke Balai Polis Jongnam di Seoul.

Berlatarkan tahun 1960-an, mengisahkan Park Young Han dan skuadnya di Seoul, menghadapi kes pembunuhan yang mencabar dan letupan kereta.

IMG 3448

Tidak semuanya berjaya menangkap penjenayah dan penjahat dengan mudah. Kini, Park Yeong Han perlu menghadapi gangster paling berbahaya yang terkenal hingga ke setiap pelusuk negara iaitu Lee Jung Jae (Kim Young Sung).

Perkara ini tidak mudah baginya kerana rupa-rupanya Lee Jung Jae memiliki pengaruh dan kenal rapat dengan para pegawai tinggi polis Jongnam. Walau demikian, nasib baik Park Yeong Han masih memiliki ketua unit yang jujur dan tidak turut sama terlibat dalam jenayah rasuah dan suapan tersebut.

Mempunyai sisi detektif yang berbeza-beza, berikut dibawah ini adalah tujuh watak detektif polis Jongnam dalam drama siri Chief Detective 1958.

 

Detective1. Yoo Dae Cheon merupakan satu-satunya ketua unit yang tidak terlibat dengan rasuah yang jijik yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tinggi Polis Jongnam

 

 

Detective 19582. Manakala Park Yeong Han merupakan satu-satunya detektif baru yang berjaya menangkap ketua geng Dongdaemun tanpa perlu melakukan kekerasan

Baca juga: Choi Woo Sung Sanggup Tambah Berat Badan Berpuluh Kg untuk Wataknya dalam Chief Detective 1958

 

59a19c7c 6532 4ef8 9179 8d766d5e27453. Mendapat gelaran “anjing gila”, Kim Sang Soon merupakan detektif yang kerap membangkang dan melawan pihak atasan dan memilih untuk menggunakan caranya sendiri

 

 

 

2dbd03c1 6565 44ed afd9 d452e8d115264. Inspektor Senior Choi Dal Sik dalam diam menerima banyak rasuah dan kerap melepaskan banyak jenayah gengster Dongdaemun

 

 

 

8d96119b 5615 4b7f a830 796cc95c514d5. Manakala ketua unit Byun Dae Sik menjadi ketua yang diam-diam membantu aksi penyeludupan yang dilakukan Lee Jung Bum

 

 

 

10af3cb0 0312 46c8 890e 860cc9b1b2796. Hwang Soo Man juga turut terlibat di dalam skandal ini. Dia mendapat banyak wang suapan untuk tutup mulut, buta hati demi duit

 

 

 

d76293b6 6296 490d bd16 d18d211177af7. Oh Ji Sub adalah maknae di unit 2 yang mudah dipengaruhi oleh Park Yeong Han dan membocorkan maklumat penyeludupan itu

Demikian sahaja tujuh watak detektif dalam drama Chief Detective 1958. Tidak semua detektif ini menjunjung tinggi kejujuran dan integriti dalam jawatan mereka, ada juga detektif yang terpesong dan melakukan tindakan jahat yang mencemarkan nama baik polis. Siapakah watak detektif kegemaran anda?

Chief Detektif 1958 telah mula ditayangkan di MBC TV dan Disney Plus pada 19 April. Episod baharu akan keluar setiap hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu jam 9:50 malam KST.

Baca lagi: ‘Chief Detective 1958’ Memecahkan Rekod MBC, Dengan Rating Dua Digit
Baca juga: Kdrama Terbaru Chief Detective 1958 Tampilkan Lee Je Hoon Sebagai Detektif