Choi Woo Shik menampilkan sisi berbeza dengan membintangi drama A Killers Paradox. Pelakon ini membawa watak seorang pelajar biasa yang tanpa sengaja telah membunuh seorang pembunuh bersiri. Kejadian itu membuatnya mula membunuh orang-orang yang telah melakukan kejahatan keji dan menganggap pembunuhan tersebut sebagai hukuman.
Tanpa disangka, watak yang diperankannya sebenarnya mempunyai masa lalu yang sukar untuk dilupakan. Dia pernah menjadi mangsa buli kerana dianggap lemah oleh kaki buli. Perkara itu membuatnya berkawan rapat dengan kawan satu sekolah yang juga menjadi mangsa buli sepertinya.
Berikut dibawah ini adalah beberapa watak mangsa buli lain dalam drama Korea yang ditayangkan pada bulan Januari dan Februari 2024.
1. Kini merupakan seorang pembunuh bersiri, Lee Tang (Choi Woo Shik) pernah menjadi mangsa buli bersama kawan baiknya sewaktu dia masih di bangku sekolah menengah dalam A Killer Paradox
Baca juga: Walau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam Kdrama Popular
2. Khabar angin tidak baik tentang kematian ibu bapanya tersebar hingga trauma membuatkan Jeong Ji An (Kim Hye Jun) dibuli semasa dia berpindah sekolah rendah dalam A Shop for Killers
3. Pengakuan palsu dari kawan baiknya sendiri membuatkan Kang Ji Won (Park Min Young) menjadi mangsa buli semasa di sekolah menengah dalam Marry My Husband
Baca juga: 13 Drama Terbaik Kang Ki Young, Menyerlah Membintangi Pelbagai Watak
4. Dia baru sahaja berpindah sekolah, Sung Soo Ji (Bona) terus dibuli oleh kawan barunya kerana mempuyai status populariti paling teruk dalam drama Pyramid Game
5. Menghidap penyakit mental, Seo Jae Won (Jang Na Ra) menjadi bahan ejekan kawannya dalam My Happy Ending. Dia memilih untuk berpindah sekolah dan menukar namanya
Baca juga: 3 Watak Paling Malang dalam Persahabatan untuk Kdrama Februari 2024, Ada Kawan Toksik Tikam Belakang
6. Masih dalam drama sama iaitu My Happy Ending, Yoo Tae O (Lee Ki Taek) yang membesar di Amerika Syarikat juga turut dibuli semasa di bangku sekolah kerana dia datang dari benua Asia
7. Trauma hingga yang membuatnya takut kepada anjing telah menyebabkan Jin Seo Won (Cha Eun Woo) dibuli oleh kawan-kawan sekolahnya dalam drama siri A Good Day to Be a Dog
Berbagai-bagai faktor menyebabkan watak-watak dalam Kdrama yang ditayangkan pada 2024 di atas mengalami pengalaman menyedihkan iaitu dibuli. Kawan-kawan sekolah mereka sanggup meremeh-remehkan mereka kerana mereka dianggap lemah. Bukan semua mangsa buli boleh bertahan dengan seksaan dan caci maki kaki buli kerana ada yang memilih untuk berpindah sekolah dan menjalani kehidupan baru.
Sudahkah anda menonton kisah mereka dalam Kdrama yang dinyatakan di atas? Jangan lupa untuk menonton ya!