Pada tahun 2023 ini, terdapat beberapa buah kdrama siri dari Korea Selatan yang mengetengahkan isu keganasan dalam rumah tangga.
Jenayah keganasan rumah tangga ini bukan sahaja dilakukan secara penderaan fizikal, setiap mangsa keganasan ini juga biasanya akan didera secara mental dan membuatkan hidup mereka hancur musnah. Bukan senang bagi para mangsa untuk bangkit dan keluar dari kemelut hidup mereka yang penuh sengsara.
Memang tidak dinafikan, kisah setiap watak yang terpaksa melalui kegetiran keganasan rumah tangga dalam drama-drama siri Korea Selatan ini telah berjaya membuatkan para penonton merasa sebak, sedih, geram dan juga terbawa-bawa emosi.
Siapakah watak-watak malang dalam Kdrama yang dimaksudkan? Jom sama-sama kita lihat info artikel berikut sampai akhir ya!
1. Dalam Kdrama siri The Glory Part 2 (2023), Kang Hyeon Nam (Yeom Hye-ran) mempunyai dendam mendalam terhadap suaminya yang selalu melakukan penderaan dan penyeksaan terhadapnya
2. Jo Su Hui (Kim Sun Young) langsung tidak rasa bersalah melampiaskan kemarahannya terhadap suaminya yang berlaku curang dalam Crash Course in Romance (2023)
3. Ma Hee Ja (Nam Go Ae) terpaksa melalui segala keperitan dan kesakitan kerana dia berusaha untuk mempertahankan hartanya yang akan dirampas dalam Kdrama Call It Love (2023)
4. Jung Gum Ja (Kang Mal Geum) memutuskan untuk menjadi ibu tunggal kerana selalu dipukul oleh suaminya dalam The Good Bad Mother (2023)
5. Dalam Lies Hidden in My Garden (2023), ada watak Chu Sang Eun (Lim Ji Yeon) yang diseksa secara fizikal dan mental oleh sang suaminya yang tidak bertanggung jawab
6. Masih dalam Kdrama yang sama iaitu Lies Hidden in My Garden (2023), ada Moon Joo Ran (Kim Tae Hee) merasa terkurung secara mental akibat manipulasi suaminya yang kejam
7. Dalam See You in My 19th Life (2023), ibu bapa Ban Ji Eum (Park So Yi) sering terlibat bertengkar dan akan berlaku kekerasan di rumah mereka
Dari kisah ketujuh-tujuh watak yang tersenarai tersebut tersimpan banyak pengajaran yang dapat dijadikan pedoman untuk para penonton. Komunikasi yang baik sangat diperlukan dalam sesebuah keluarga supaya dapat menghindari masalah emosi yang berakhir dengan kekerasan dan penderitaan.