Home Artis Korea 7 Watak Kdrama, Memburu Roh Jahat

7 Watak Kdrama, Memburu Roh Jahat

0

Dalam kdrama penyiasatan kebiasaannya seseorang detektif akan berusaha sehabis baik untuk menangkap penjahat dan para penjenayah, lain pula kisahnya dengan watak detektif-detektif dalam kdrama siri di bawah ini.

Mereka juga hebat dalam menangkap roh jahat! Padahal, kebanyakan dari mereka ini pada asalnya langsung tidak mempercayai hantu, syaitan dan roh jahat. Bagi mereka, semuanya karut belaka.

Lalu, apakah yang akan terjadi jika sasaran yang perlu ditangkap oleh watak detektif dalam drama siri bukan manusia jahat seperti biasa, melainkan sebenarnya sasaran mereka adalah roh jahat? Tentunya bukan perkara yang biasa terjadi!

Berikut ini merupakan watak-watak detektif dalam Kdrama siri Korea yang mempunyai kemampuan dan kebolehan menangkap hantu dan roh jahat. Jom sama-sama kita lihat:

 

1. Dia juga tidak pernah percaya wujudnya hantu, detektif Lee Hong Sae (Hong Kyung) dalam drama siri Revenant (2023) akhirnya memburu roh jahat yang membunuh rakan sepasukannya

Kdrama

2. Ga Mo Tak (Yoo Jun Sang), bekas detektif dalam The Uncanny Counter 2 (2023) masih aktif menangkap penjahat dan juga roh jahat sebagai seorang anggota counter

c2559fbc 95a5 4e0e 8797 322be41d2578

3. Ketua detektif Han Seok Hee (Kim Ji Young) dalam drama siri Monstrous (2022) menyiasat patung Buddha yang ternyata telah dirasuk oleh roh jahat

3e67ca54 12da 4192 812f fc49a75191b7

4. From Now On, Showtime! (2022) mengisahkan tentang balas dendam detektif Go Seul Hae (Jin Ki Joo) kepada roh jahat yang telah membunuh ayahnya

b1ad479c 4c5b 45ca ae12 d04742303489

5. Dalam Kdrama The Guest (2018), pendirian detektif Kang Kil Young (Jung Eun Chae) yang tidak mempercayai roh jahat berubah setelah melihat insiden yang mengerikan

3a29802b c841 4cce bf0a 6b339f6da665

6. Lee Da Il (Choi Daniel) dalam drama siri The Ghost Detective (2018) adalah detektif persendirian yang secara khas menangkap hantu roh jahat

1ea678ee e24e 4c2e be8e 961335e79b93

7. Sewaktu menderita amnesia, detektif Yang Shi On (So Yi-hyun) dalam Kdrama Who are You (2013) menyiasat penyebab kematian hantu-hantu dan roh yang tidak tenang

4fb8e783 2352 4ce1 aa5e 5d4a2028b0b0

Bukan hanya kebolehan dan kemampuan menangkap penjahat sahaja, tujuh watak detektif dalam Kdrama yang tersenarai di atas juga berjaya menghalang dan menghapuskan roh jahat. Perjalanan mereka dalam menyiasat hantu berkeliaran tidak tenang juga sangat menarik untuk diikuti!

Anda sudah menonton kehebatan detektif-detektif tersebut?

 

Baca lagi: 11 Kpop Idol Buat ”Debut” Dalam Kdrama Tahun 2023
Baca juga: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023