Home Kdrama/Kmovie 7 Watak Wartawan dalam Kdrama 2024, Berani Menyiasat Jenayah Walau Nyawa Jadi...

7 Watak Wartawan dalam Kdrama 2024, Berani Menyiasat Jenayah Walau Nyawa Jadi Taruhan

0

Wartawan merupakan salah satu watak yang sering muncul dalam Kdrama. Mereka sering kali digambarkan sebagai watak yang tidak akan menyerah kalah dan selalu berusaha untuk mendapatkan maklumat penting. Ada yang bekerja di stesen televisyen dan juga bekerja di syarikat surat khabar.

Watak wartawan juga dibawa oleh Jin Ki Joo yang membuat kemunculan dalam Kdrama Uncle Samsik. Drama Korea tersebut ditayangkan pada 15 Mei 2024, drama ini mengikuti kisah Sam Sik (Song Kang Ho) dan Kim Sam (Byun Yo Han) pada tahun 1960an. Jin Ki Joo merupakan seorang wartawan lulusan Sastera Korea terbaik yang lahir sebagai anak Anggota Majlis Kebangsaan.

Berbagai-bagai watak wartawan lain juga ditampilkan dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal tahun ini. Ada yang menjadi wartawan baik dan jujur dan ada juga wartawan yang berkelakuan buruk. Berikut ini adalah 7 watak wartawan dalam drama Korea 2024.

 

Drama korea
1. Merupakan pelajar terbaik jurusan Sastera Korea, Joo Yeo Jin (Jin Ki Joo) belajar memandang dunia secara objektif dengan menjadi wartawan dalam Kdrama terbaru, Uncle Samsik

 

 

 

Kdrama2. Bekerja sama dengan detektif, Oh Yoon Jin (Jeon Mi Do) merupakan wartawan yang selalu mengutarakan setiap pandangannya dan sangat mencintai keadilan dalam Kdrama Connection

 

 

 

8db4d5cd b103 4957 8385 e9bd56bec7e23. Walau sudah mendirikan rumah tangga dengan anak chaebol, Seo Jung Won (Kim Ha Neul) tetap menjadi wartawan untuk mengikuti jejak langkah mendiang bapanya dalam Kdrama Nothing Uncovered

Baca juga: 4 Kes Paling Menarik dalam Nothing Uncovered, Pelbagai Misteri

 

 

Drama korea
4. Merupakan musuh kepada Seo Jung Won di tempat kerja, No Ji Ho (Park Hyoung Soo) sering kali bergaduh dengan rakan sekerjanya dalam drama Nothing Uncovered

Baca juga: Kdrama Baru Knock Off, Menyaksikan Jo Bo Ah sebagai Cinta Pertama Kim Soo Hyun

 

 

3f679795 8fc9 45f6 8438 46c72d614bf0
5. Seterusnya adalah watak Yang Ae Na (Kim Ji Sung) yang merupakan wartawan dan jug kawan baik Seo Jung Won yang sangat prihatin dalam drama Nothing Uncovered

 

 

 

4a276334 79ba 45dc bd3f 1a17cdbdd5be
6. Masih dalam drama Nothing Uncovered, Lee Ba Reun (Seo Bum June) menjadi wartawan untuk mengungkap kebenaran tentang kematian saudaranya

 

 

 

b5bf506d b3e2 4201 b40f 701a42b5ac58
7. Bekerja sebagai wartawan, Kang Ik Jun (Shin Mun Sung) disyaki sebagai penyebab kemalangan yang meragut nyawa anak chaebol dalam Wedding Impossible

Pekerjaan mereka yang mencabar membuatkan setiap watak wartawan dalam drama Korea 2024 di atas memiliki semangat untuk pantang menyerah. Bahkan, ada yang digelar sebagai ‘wartawan gila’ kerana melakukan sanggup segala cara untuk mendapatkan berita eksklusif. Anda paling menyukai watak yang mana?

Baca lagi: 5 Cadangan Filem Aksi Thriller Bertemakan Serangan Pengganas
Baca juga: 4 Drama Korea Romantik Tentang Cikgu dan Pelajar, Pelbagai Rintangan Kerana Berbeza Usia