7 watak yang setia menyokong Cha Jeong Suk dalam Doctor Cha
Drama siri Doctor Cha memberi pengajaran yang cukup bermakna buat para penontonnya bahawa di dunia ini, tidak ada yang boleh diharapkan selain daripada diri sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan cubaan dan canaran hidup.
Kadang kala ada perkara-perkara yang perlu diselesaikan sendiri tanpa campur tangan orang lain, contohnya masalah rumah tangga dan juga kerjaya.
Watak Cha Jeong Suk yang dilakonkan oleh Uhm Jung Hwa dalam drama siri Doctor Cha dikhianati oleh suaminya setelah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun bersama-sama.
Di sebalik kepahitan tersebut, terdapat tujuh watak penting yang selalu menjadi penyokong setia yang selalu menyokong setiap keputusan yang diambil oleh Cha Jeong Suk.
Siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Oh Deok Rye (Kim Mi Kyung), ibu kepada Cha Jeong Suk selalu berdiri teguh di belakang anaknya dan dialah yang paling awal hadir untuk menyokong segala keputusan anak kesayangannya
2. Seo Jung Min (Song Ji Ho), anak pertama Cha Jeong Suk yang selalu bersimpati dan membela ibunya. Dia turut menyokong cita-cita ibunya
3. Roy Kim (Min Woo-hyuk), rakan sekerja Cha Jeong Suk ini memberikan sokongan sepenuhnya setelah memgetahui Cha Jeong Suk dicurangi oleh suaminya
4. Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) sangat menyayangi ibunya, terbukti apabila dia membela hak ibunya itu di depan ayah dan neneknya
5. Baek Mi Hee (Baek Joo Hee), sahabat baik Cha Jeong Suk ini selalu ada di waktu senang dah susah sahabatnya itu
6. Digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat bossy dan bermulut lepas, Jeon So Ra (Jo A Ram) menunjukan sisi baik dan mesranya dengan memberikan perhatian dan pertolongan kepada Cha Jeong Suk
7. Pengarah Oh, merupakan pesakit Cha Jeong Suk yang berjaya sembuh, dia memberikan sokongan penuh kepada Cha Jeong Suk, supaya dapat mencapai impiannya
Drama siri Doctor Cha memberi sangat banyak pengajaran kepada para penontonnya, antaranya adalah orang terdekat dengan kita juga boleh menjadi pengkhianat dan igauan buruk buat kita.
Mereka sengaja menyakiti tanpa mempedulikan segala kenangan manis dan indah yang telah terukir selama ini, mereka juga senang melupakan segala kebaikan dan pengorbanan yang telah diberikan.
Namun dalam segala kepayahan dan kekecewaan, terdapat juga insan-insan ikhlas yang setia memberi sokongan dalam segala situasi. Mereka inilah yang wajib dijaga dan dihargai.
Baca Lagi: 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini
Baca Juga: 10 Watak Talam Dua Muka Dalam Kdrama 2023